Saturday, 30 April 2016

Appreciation Post: A year with BECS Council

Dengan berakhirnya semester 1 2015/2016, maka berakhirlah perjalanan aku selama setahun dalam Becs Council untuk tenure 14/15 ni.



Becs Council Tenure 2015/2016 dengan kekuatan sebanyak 26 orang ahli.

Okay sebagai pengenalan, Becs Council stands for Bachelor of Economics Council.
Becs Council ni salah satu council yang terdapat dalam EMSS, which is Economics and Management Sciences Society. Kiranya Becs tu macam satu biro kecik dalam society Emss.

Nak masuk dalam Becs ni senang ja, isi borang, lepastu tunggu kena panggil interview. Selalunya borang untuk join Emss akan diedarkan masa sem 2, in other words, setiap awal tahun. Kita kena alert laa bila depa umum borang dah available dengan due date untuk hantar borang.

Aku mula-mula macam 'eh nak join ke tak, nak join ke tak'. Lepastu kawan aku, syasya ajak,

"weh farah, jom ah join becs sekali dengan aku. Baru ada geng"

Aku pun isi laa borang. Syasya ni punya semangat ajak aku join sampai borang pun dia tolong ambikkan kat aku hahaha.

Kena interview dengan Kak Hani, Amin dengan Alif.

Zuhri kena interview dengan Fazli, Daus,  Kak Daus.

Soalan interview dia hmm standard lah. Mula-mula part introduction. Perkenalkan diri sendiri bla bla bla merapu laa sorang-sorang depan depa lepastu dah. Lepastu masuk part soalan-soalan kritikal. Hmm taklah kritikal sangat. Alaa macam soalan


"kalau awak ada dalam situasi gini gini gini, apa yang awak perlu buat"
"apa pendapat awak tentang asdfghjkl"

dan macam-macam lagi.

Take note yang soalan bukan dalam bm tau, dia tanya kot omputih.
Ada satu soalan tu aku memang tak reti nak explain dalam BI. Aku main taram ja kot BM. Nasib baik bos still sudi nak rekrut aku haha.

Lepastu setiap orang, boleh jadi soalan dia lain-lain. Ada satu soalan ni Alif tanya aku pasal

"what economics issue that you can relate with our country's current situation?"

Mati akal aku fikir apa nak jawab. Aku pun tibai ja laa apa yang aku rasa betul dalam kepala otak aku. Keluar dari bilik tu, syasya tanya aku,

"weh awat hang kena tanya lama sangat?"
"Mana laaaa aku nak tau syasya"

Tak lama lepastu dapat laa mesej

"Tahniah, anda telah terpilih untuk menjadi salah seorang komiti Becs Council....................."

Dalam hati aku ingat memang tak dapat dah sebab masa interview haritu aku jawab soalan banyak gagap.

Event pertama untuk Becs Council ialah induction. Induction ni hmm boleh dikatakan antara event wajib bagi mana-mana kelab. Ya laa, sebab kita nak kenal-kenal antara ahli-ahli baru dengan yang lama. Induction untuk Becs ni kami buat kecik-kecik ja, kat dalam kelas level 4 kat Kenms tu. Kami takdaklaa buat aktiviti-aktiviti ekstrem sangat, just simple games pastu ada makan-makan sikit.


Macam ni ja induction kami. Simple ja hehe

Lepas tu, kami ada sort of 'Becs Family Day' hmm tapi taklah family day sangat. Setakat buat bbq dari petang sampai malam.

Operasi beli bahan

Operasi memerap ayam




Operasi makan-makan

Untuk tenure 2015/2016, ada 2 program besar yang kami berjaya organize.

 1) FORUM: 2008 GLOBAL FINANCIAL CRISIS



Forum ni membincangkan tentang macam mana boleh terjadinya financial crisis masa tahun 2008 dulu, macam mana cara untuk survive financial crisis etc.

2) ISLAMIC ECONOMIC SYMPOSIUM



Program terakhir Becs Council untuk tenure 2015/2016. Kami berharap dengan adanya simposium ni, lebih ramai yang akan buka mata dengan sistem ekonomi Islam.


Lepas dah penat-penat bertungkus lumus kerah tenaga untuk program-program ni, kami reward diri kami dengan makan-makan hehehe

IES Royal Dinner



IES Royal Dinner ni macam satu surprise dari mainboard program Islamic Economic Symposium. Tiba-tiba je dapat jemputan ke dinner ni haha.


Ada sesi tukar-tukar hadiah.




Thank you mainboard. Kami semua seronok makan malam tu hehe.

Family Day kali kedua katanya


Lepas dah entah berapa puluh kali fikir nak pi mana lah, bila lah, akhirnya kami sepakat nak keluar pi makan kfc lepastu main boling. Kiranya lebih kurang macam Becs Family Day 2.0 gittew.


From KFC with love

Dah setel semua kenyang perut hati riang, kami pun pi Wangsa Walk nak main boling.

Syasya: Wehh paddiaaa awat bola aku asyik masuk longkang
Me: Hmmm macam mana nak bagi naik score kita ha?
Amin: Paddiaa budak dua orang ni dok buat drama


Hmm dapat 70 markah tu pun dah kira bernasib baik luls bola semua pi kelaut.

AGD EMSS 2015


Penutup 2015: Makan-makan masa AGD










Sebagai sumbangan terakhir aku untuk Becs, aku dengan sukarelanya mem-volunteer-kan diri sendiri untuk jadi committee AGD sebab setiap council/secretariat kena hantar 2 wakil. Untuk Agd ni, aku dapat Biro PrepTech.

Hah ambik hang serabut kepala pikiaq venue, pa system etc. 
  

Committees untuk AGD EMSS 2015/2016

Postmortem session

Lepas postmortem

Banyak benda baru dapat belajar bila join Becs Council ni. Terima kasih kawan-kawan dan senioritas.
Lepas ni mesti rindu nak bergosip dengan Syasya dengan Zuhri masa meeting, usik kakak-kakak yang malu-malu, kongsi makanan sama-sama hmm.



Besties 4 lyfe lol.
Sepanjang terlibat dengan Becs Council, aku selalu berkepit dengan Syasya.
Agaknya kalau syasya ni lelaki, mesti orang ingat kami dua ni ber-couple haha.












No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...