Thursday 31 December 2015

Penang Escape theme park

Haritu masa study week aku balik rumah sat dalam 6 hari. Ingatkan balik kali ni nak selak-selak sikit buku micro. Kemain berat beg sebab usung buku micro yang setebal-tebal alam tu. Tiba-tiba ada satu hari tu, adik aku ajak "kakak, jom pi escape kat teluk bahang".

I was like "hah biaq betoi budak ni, kelaut laa study aku nanti"

Tapi bila fikir balik, 'eh macam best' aku pun tak jadi nak study haha. Terpengaruh nak pi jugak Escape tu. Once in a blue moon kot nak dapat chance pi sini hehe.


Tiket nak masuk dia hmm boleh tahan sakit jugak laa nak bayar haha. Harga untuk umur 13-60 tahun, rm 83. Tapi tu kalau kita beli walk-in laa. Kalau kita beli online, murah sikit. Macam aku haritu, beli sehari sebelum aku pi, so dapat laa rm74.70 sorang. Tiket ni kalau kita beli lagi awal (through online), lagi murah sebenarnya. Kalau beli 2-3 bulan sebelum tarikh kita nak pi main, boleh dapat dalam rm40++ camtu. Tiket online boleh beli kat SINI

Nak masuk dalam ni memang takleh bawak apa-apa makanan/minuman. Even air mineral. Tapi kalau pandai sembunyi hmm bolehlaa. Sebab nanti dia check beg kita. Weh bayangkan main penat-penat pastu takkan tak minum kan. Mau tak mau kena jugak laa beli air kat kedai dalam Escape ni. Air mineral cap Dasani 1.5l tu harga dia rm5. Mahalnyaaaa sobs.

Bila dah beli tiket, kita akan dapat satu kod 5-digits. Kod ni kita kena ingat sebab nanti nak topup duit untuk beli makanan/souvenir ataupun nak bukak tutup loker. Kalau tak ingat kod tu habislah kita haha.

Kat escape ni ada banyak loker untuk kita letak barang kita. Harga untuk setiap loker rm10. Kita boleh bukak tutup loker kita ni banyak-banyak kali. So kalau tiap kali lepas habis game, kita boleh pi kat loker kita, minum ayaq, pastu sambung main. Since handphone pun takleh bawak kat tempat game (for safety purposes, kang jatuh pecah berderai pulak), so loker ni memang wajib laa kita sewa.

 Escape ni bukak dari pukul 9 pagi sampai 6 petang tiap-tiap hari. My piece of advice, kalau nak main kat sini, pi awal-awal pagi (dalam pukul 9.30 atau 10) lepastu main sampai pukul 6 tu baru puas. Kalau setakat pi dalam 3-4 jam memang tak puas. Aku pi haritu pun still tak habis main semua game.

Muka puas lepas main berjam-jam haha

Tempat wajib semua orang untuk tangkap gambar

Aku dengan adik aku sampai sini dalam pukul 11 camtu. Lepas terkial-kial nak bukak loker apa semua, kami pun start main. First game yang kami main ialah Gecko Tower.

Sumber: FB Escape

Ni lah Gecko Tower tu. Ada 4 sides, kita kena panjat sampai ke atas. Mula-mula kita kena tekan button biru kat bawah tu sebelum panjat untuk start timing, pastu panjat sampai kita sampai nak tekan button biru kat atas untuk stop timing. Average time yang aku ambik untuk sampai kat atas tu dalam 1 minit. Hehe lambat laa jugak aku panjat. Sebab ada yang boleh buat dalam 40s. 

Next game, Monkey Business. 




Haa yang bertali-tali segala bagai tu laa Monkey Business. Game ni ada tiga level. Hari tu aku dengan adik aku sempat main level 1 ja sebab ramai sangat orang beratur nak main game ni. Kat sini laa yang ada flying fox, jalan-jalan atas tali segala bagai tu. Hmm nak cerita in details pun tak reti, sebab panjang sangat. Haha. Tapi in short, memang best game ni.




Ni masa kami tengah duk habiskan satu stesen dalam game Monkey Business ni. Kat Escape ni, ada photographer dia. Jadi kalau tetiba terjumpa orang pakai tshirt ada tulis 'Escape Photographer', senyum laa kat kamera dia. Nanti dia upload semua gambar kat FB Escape. Macam gambar ni, photographer tu yang ambik hehe.

Lepas tu kami main Kite Flyer. Nak main ni kemain lama beratur tunggu turn. Nak dekat 2 jam jugak laa kami tunggu. Tapi memang worth the wait sebab syok ooo main game ni. Gambar takdak, hmm tapi kalau nak bayang Kite Flyer tu macam mana, boleh try tengok video Kite Flyer ni.

Last game yang kami main sama-sama ialah Tubby Racer. 

Tubby Racer

Ni pun best jugak hahaha. Dia macam main gelongsor air yang kat water theme park tu. Masa aku dengan adik aku main tu dah petang, dalam pukul 4.30 camtu so tak ramai sangat orang beratur. Dapatlaa kami merasa naik dua kali. Ingat nak naik lagi sekali, tapi dah tak larat sebab nak kena heret pelampung tu naik bukit yang boleh tahan tinggi gak laa haha.

Last game yang aku try sebelum balik ialah Atan's Leap. Memandangkan adik aku takut nak main game ni, aku suruh dia record video time aku terjun hehe. Dia ada dua ketinggian, 12 meter dengan 20 meter. Aku try yang 12 meter ja hehe. Masa dah sampai kat atas tu, aku takut sebenarnya nak terjun, tapi tak sempat aku nak hesitate, orang tu dah tolak aku haha. To be honest aku memang nak jerit masa terjun ni, tapi taktau kenapa tak keluar suara haha. Last-last aku gelak ja sebab seronok haha.



Bagi aku, game-game macam ni bagus sebenarnya. These kind of games actually taught us to trust ourselves, to overcome our fear, and to be brave. It's a good place if you're really determined to get rid of your fear of height. Most of the games kat sini memang melibatkan tempat-tempat tinggi.

Habis game ni kami rehat-rehat sambil tunggu parents mai kutip kami hehe. Facilities kat sini not bad laa jugak. Ada gerai-gerai makanan, surau, toilet pun bersih.

Surau

Nak baring dalam buai tu pun boleh




Buai macam ni pun banyak. Kot-kot laa nak fefeeling kat sini haa pun boleh.


Jangan terkejut kalau nampak binatang kat sini. Kat sini macam-macam ada. Itik lah. Angsa lah. Ayam lah. Tinggal nak panggang ja. Ok ayat last tu tipu jangan percaya.







Trying our best on stilts hahahaha susah betul nak imbangkan badan.

Overall, memang best main kat sini. Hehe boleh laa nak release stress sempena final exam. Berbaloi laa jugak bayar mahal walaupun sebenarnya banyak lagi game yang kami tak sempat main.

Serius weh, kalau ada chance, pi tau Escape ni. Bestttttt.

Okbai mohon farahtayah sedar diri sikit dia ada lagi 4 paper nak kena jawab tapi sempat lagi melagha kat sini.
Okbai okbai.





Thursday 17 December 2015

#farahdahbesar



Today marks my first month being a 21 y/o hehehe
Orang lain dah nak masuk 22, kita baru terhegeh-hegeh nak merasa umur 21 haha.

Selalunya umur 21 kan menandakan orang tu dah matured, both physically and mentally.
Tapi aku hmm belum lagi kot. Haha.

One of the best feeling on birthdays is receiving wishes from your family and friends. Bangun-bangun pagi tengok-tengok mama ada hantar whatsapp wish birthday hehe. Siap bagi video lagi haha omma memang cute. Lepastu abah mesej wish birthday. Lepastu dari pagi sampai tengahari penuh kat whatsapp dengan birthday wishes dari semua group yang aku ada.
*bagi laa can aku nak seghonok sikit*

Ok laa. Enough. Sebagai tanda penghargaan, aku nak cakap terima kasih kat semua yang bagi hadiah kat aku (read: belanja makan) sempena birthday haritu.

Thank you fatin farhana

Farina punya wish memang hmm lol

Apa-apa pun, thanks farina :*

Thank you farhana. Kemek-kemek pun dia still sedap weh

Kak Wani bagi. haha tapi still, thanks kakwani :D

Thank you erna farina

Thank you lagi ewnaww

Thank you sheera dan kak marjan

Besides these, thank you jugak nana, faiz dan kak azreen sebab belanja makan.
Tak lupa jugak dekat roommates yang selalu bagi makanan kat aku everytime aku bising 'AKU LAPARRRRR' tengah-tengah malam hahaha.

I love food. And I love people who always gave me food. May Allah bless you guys. People who gave me food will always be my favourite people.

Happy birthday farahtayah. Semoga dengan bertambahnya umur, maka makin dekat dengan Allah. Be a filial daughter to your parents and a good friend to everybody.
I love you, dear self.
-wish dari diri sendiri kepada diri sendiri-





Sunday 13 December 2015

The Colours of Life

Too lazy to write a post for a while haha.
Okey harini kita start rajin balik dengan TCoL.

TCoL tu stands for The Colour of Life. Dah lama dah TCoL ni habis haha masa minggu kedua lepas bukak sem haritu. Dia macam sem lepas punya Citra Open Day. Tapi apa yang beza kali ni, dia asingkan teater dengan grand concert.


Untuk first day ada grand concert. Second day pulak ada 2 pementasan teater. 
Aku terlibat untuk grand concert.

Kalau dulu, setiap kelab akan perform satu lagu kelab lepastu ada laa 2-3 lagu gabung. Tapi kali ni, cikgu nak buat macam orkestra, so boleh dikatakan hampir kesemua lagu dalam repertoire grand concert kali ni adalah lagu gabung. Overall, team caklempong kena main 8 lagu.
Banyak weh.

Lagu-lagu yang caklempong kena main;
Ahlan Wa sahlan
Overture Star
Dialog Talempong
Gereteh Bertitir
Medley Zapin (Laksamana Raja Dilaut & Zapin Pusaka)
Money Money Money
Mamma Mia
Dikir Puteri

Since lagu nak kena main pun banyak, of course laa training pun kena start awal. Training start lepas raya, lepastu sambung pulak masa cuti midsem, lepastu bila dah bukak sem, kami still training continuosly sepanjang 2 minggu pertama. Tipu laa kalau tak rasa sedih sebab tak dapat nak balik langsung masa cuti midsem. Tapi bila fikir balik peluang macam ni bukan selalu datang bergolek, hmm redho ja laa.

Siapa kata training ni penat dan stress? haha.
Kadang-kadang kami pun ada jugak pi makan kat luar. Hmm tu laa part yang best sikit pasal training ni hehe.

Makan ramai-ramai dekat Awe dengan ahli kelab citra yang lain

Kawan baru dari kelab gamelan, Fida

Tengah tunggu kereta mai jemput kami bawak pi makan kat luar haha

Walaupun dah masuk kali ketiga perform kat Main Hall, tapi stage fright tu still ada. Sampai sejuk tangan sebab nervous haha.



OOTD
White and gold

Ni lah team caklempong kali ni. Yang kiri sekali tu Naeemah, PIC kami. Tepi Naeemah tu Kak Atip, Kak Lina, Umar, Abang, Kak Marjan, tepi aku tu Kak Suya.

Bila grand concert dah habis, rasa lega sangat sebab dah habis segala rasa penat, stress masa training dulu. Mana taknya, nak dekat dua bulan mengadap skor, bonang, bilik training haha.

Performers are getting ready for the arrival of VIPs

Benda paling best lepas habis show mesti laa bergambaq hehehe

Photobooth TCoL yang cantik ni Speta yang buat.
Tapi aku tak sempat pun nak bergambaq kat sini

Dengan Cikgu Ku Zahir

Dengan Awin & Putri dari kelab percussion

Awin ni bila ja yang dia tak cute haha

Dengan Kak Qairun dari kelab percussion

Yang kat atas stage tu dari kelab angklung

Dengan Nana. Nana pun caklempong gak.
Malam tu dia main paciak sambut vip

Dengan Muaz & Nana. Muaz dari kelab percussion.
Kami 3 orang sebenarnya dah lama kenal. Dari CFS lagi.

Umar, Kak Lina, Kak Suya 

Aku rasa seronok sangat malam tu sebab kawan-kawan aku mai tengok haha. Rasa terharu weh. *sob sob*

Antara kawan-kawan yang mai support. Thank you weh :')

Hanin

Shu

Didi dengan hanin

Miza dengan Shu. Aku taktau apa yang Shu dok buat kat belakang tu

GG dan Shu yang seronok dengan belon

Didi

Thank you hampa sebab mai weh. Terasa disayangi gitu haha :)

Dengan Miza

Dengan hanin
tudung aku tu bila ja tak serabut heh

Dengan Didi

Dengan GG

All in all, memang best sebab dapat rezeki untuk perform dalam TCoL kali ni.
Kalau bukan sebab izin Allah, memang aku takkan berdiri kat stage malam tu.
Harap-harap lepasni ada lagi rezeki nak perform :)

Kalau ada yang takleh pi malam tu tapi nak tengok konsert tu, boleh ja cari kat youtube.
Takpun klik ja kat SINI





I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...