Tuesday 30 June 2015

A year with Andeka

Sejak dari zaman sekolah menengah lagi (masa kat Sakba) aku teringin nak main caklempong. Semua ni start masa aku nampak budak-budak caklempong practice kat bilik muzik. Dalam hati aku nak jugak join tapi aku dengar cerita cikgu takmau ambik orang yang takdak basic muzik. Last-last aku pendam ja laa hasrat hati.

Sejak dari hari tu, kalau aku PBM ( short for Pulang Bermalam )aku selalu tengok dekat youtube video-video caklempong. Dari youtube laa aku terjumoa Andeka Caklempong. Kiranya aku tau pasal Andeka ni sebelum aku masuk UIA lagi hehehe.

Dipendekkan cerita, aku terpilih untuk masuk dalam kelab ni masa aku first year degree. Ofkos laa sebelum terpilih tu nak kena pi interview bagai. Cuak sangat masa tu sebab takdak basic muzik langsung. Nasib baik lepas fuhh...

Setahun bersama dalam Andeka ni banyak aktiviti yang aku join. Banyak jugak laa yang aku belajar.

Masa mula-mula masuk tu memang rasa awkward sebab tak kenal ramai orang. Tapi bila dah kenal semua orang hmm rasa macam nak lepak kat Istana tu lama-lama.

Fyi, Istana tu gelaran yang kami bagi untuk bilik training.

Ni laa antara aktiviti-aktiviti yang aku join

First aktiviti ialah induction day untuk batch 11. Pagi tu ada macam explorace lepastu malam tu ada makan-makan sikit.

Ritual wajib induction night ni ialah setiap batch baru kena buat persembahan. Ni laa persembahan kami yang tak seberapa sangat hahaha.

Ni first debut aku hahaha. Main paciak sempena inter-mahallah cultural week 13/14.
Walaupun main paciak tu sat ja tapi tiba-tiba boleh kena stage fright. Terus blank taktau nak ketuk apa. Hmm teruk jugak laa

Disclaimer: Pinjam tudung akel didi pastu tudung tu takmau menjadi habis kelepet sana sini tu yang kena lipat tudung lagutu


Haaa ni pulak program Busrah (Busking + Usrah) dekat Taman Layang-Layang. 
Aktiviti Busrah ni ada 2 sesi, pagi dengan petang.
Mula-mula ada sesi busking, lepastu makan tengahari dengan slot pengisian sikit dengan Cikgu Ku Zahir.
Sepatutnya petang tu ada lagi busking, tapi hujan jadi kami pun main laa benda lain hahaha.

Ni masa wedding Presiden kami, Kak Tim. Lepas habis pi wedding Kak Tim, balik tu terus sambung training untuk show taaruf.

Ni masa training gabung untuk show taaruf sem 1 14/15 

Kadang-kadang boring jugak makan kat kafe uia jadi kami sekali-sekala ada laa jugak makan kat luar masa minggu training ni.

Muka masing-masing yang puas lepas dah habis show taaruf. Yay first big show aku walaupun banyaaaaakkkkkk sangat salah haha malu sangat.

Ni pulak masa wedding cikgu kami, Cikgu Zana beberapa hari lepas show taaruf tu.



Ni pulak masa program busking di mana Andeka Caklempong bergabung dengan kelab angklung dekat Taman Tasik Titiwangsa.

Ni masa Show Recital 2.0. Show Recital ni tiap-tiap bulan ada. Setiap kelab di bawah CiTRA akan hantar satu team junior dan satu team senior untuk perform dalam show ni.

Main paintball dengan ahli Andeka yang lain. Best hahaha siap dapat 'bekam free' lagi haha.

Sepanjang sem kedua aku dengan Andeka, ada 3 show wedding. Semua show tu aku join hehehe. Best sebab dapat makan nasi kenduri free sambil boleh tambah pengalaman sambil boleh try semua busana Andeka hehehe. Ni gambar-gambar kat show wedding yang aku pernah join.

Show wedding dekat Shah Alam. Ni namanya 'show rezeki last minute'. Sebab apa aku cakap lagutu, kalau ikutkan aku tak dapat pun nak join show ni. Tapi last minute ada yang tarik diri, jadi dapatlah aku join hehehe

Show wedding untuk kakak kak Syaqirah, senior Andeka kami. Ni laa first wedding show aku. Daripada tau main 2-3 lagu ja, dah boleh main lebih kurang 20++ lagu yay


Show wedding kak Sheda, senior Andeka kami. Ni laa show first Andeka yang buat di luar kawasan KL/Selangor. Wedding ni buat kat Teluk Intan, Perak.


Masa ondewei nak pi rumah kak sheda kat Perak.

Wedding Kak Sheda

Ni dekat halaman homestay yang budak perempuan duduk dekat Perak.
Dok tengah acah-acah buat photoshoot cover majalah hahaha.

Dah alang-alang pi Perak, apalagi kita pun pi laa berjalan kat Menara Condong Teluk Intan.

Menara Condong Teluk Intan.

Program solat hajat perdana dan majlis perpisahan buat para senior yang bakal bergraduasi sem tersebut.

Seronok tau buat aktiviti sama-sama dengan ahli Andeka yang lain. One year and still counting :)
























Tuesday 23 June 2015

AGD / AGM Andeka Caklempong 2014

Macam yang semua orang tau, AGD dengan AGM tu kan aktiviti wajib setiap kelab/persatuan setiap tahun, Sama jugak macam kelab Andeka Caklempong. kami pun ada jugak AGD / AGM ni.

Untuk AGD /AGM ni, mainboard akan suruh batch intake tahun tu handle.
Contohnya tahun lepas adalah untuk intake Batch 11. Maka, Batch 11 laa yang kena handle AGD / AGM tahun tu.

Fyi, Batch 11 tu batch aku laa hehe

So duduklaa kami satu batch brainstorm segala idea pikiaq apa yang nak kena buat segala bagai. Aku jadi biro training sekali dengan ayu. Biro training ni untuk apa? Haaa...
Masa AGD / AGM tu, Batch 11 kena perform untuk senior2. Ni memang ritual wajib dalam AGD / AGM Andeka. Jadi aku dengan Ayu kena handle waktu training dan yang sewatu dengannya gitteww.

Kami sepakat nak buat tema 'Kampung'. Semua orang kena pakai baju bertemakan kampung2 sikit. Even makanan untuk malam tu pun ala-ala kampung. Ada daging salai masak lemak, kerabu mangga, ayam goreng berempah dengan kuih-muih sikit. Hmm sedapnya.


Preparation petang hari kejadian.

Event ni macam biasa laa, lepas bukak majlis dengan al-Fatihah, ada ucapan dari director CiTRA dengan presiden kelab. Lepas tu pembentangan bajet kot. Haha taktau laa pembentangan apa sebab aku takdak kat dalam waktu tu tapi rasanya pasal bajet dgn expenditure kelab laa kot sebab Financial Controller yang bentang.

Habis semua benda tu barulaa sampai ke part yang semua orang suka. MAKANNNNN!!!!!
Tapi kami Batch 11 takleh makan lagi sebab kena get ready nak perform.

Haaa ni laa performance kami malam tu. Kami perform medley Desa Tercinta dengan Kampung Boy.

Percussionists

Aku kena main gereteh. Nervous kot masa ni sebab first time main gereteh. Dah laa main pun banyak salah.

Ni partner gereteh aku, Nisa. Nasib baik dia terer, bolehlaa nak cover sikit2 bunyi2 sumbang yang aku buat sebab salah main.


Lepastu, ada sesi pengumuman mainboard untuk tenure 2015 pulak. Ada 13 calon semuanya, lepastu semua  yang hadir kena undi 6 orang yang layak untuk jadi mainboard. Tapi sebelum tu, ada penyampaian award untuk best dressing yang kami namakan sebagai 'Tok Penghulu' untuk lelaki dan 'Bidan Kampung' untuk perempuan. Khalid dengan Kak Marjan menang award ni *clapsound* 

Habis semua benda tu, kiranya AGD / AGM ni secara rasminya tamat. Dah setahun Batch 11 membesar dalam Andeka Caklempong. Dah boleh dah handle program. Dah boleh dah join show. Rasa macam baru semalam ketaq lutut gelabah ayam nak pi interview. *shed tears*

 Bila program dah habis, mestilaa semua orang eksaited nak ambik gambaq haha. Tapi sebab aku lapaq, aku tak peduli sangat dah tangkap2 gambaq ni. Maka berbahagialah aku dengan makanan hahaha.

 Batch 10 bergambar dekat photobooth yang kami pulun buat + photobomb by Iyah





Batch 11 yang kelaparan selepas penat dok pulun bagi program ni smooth. Nampak tak muka kebuloq aku tu hahahaha

Well, at least ada laa sikit gambaq aku. Bersinar-sinar ibarat dilimpahi cahaya bulan gittew ambik hang hahaha

Family Andeka Caklempong :)

Ni video persembahan kami malam tu hee~~~
Tapi maaflaa video tak berapa nak lawa sangat



Saturday 20 June 2015

REPOST #2 : Taaruf Programme 13/14

Hari ni rasa macam nak berkongsi sedikit cerita mengenai Taaruf Programme 13/14 ataupun singkatannya TaWe 13/14.

Sebenarnya rasa teringin nak jadi committee TaWe ni start masa aku mula2 masuk cfs. Masa tu tengok kakak2 abang2 committee handle program ni lepas tu rasa macam fuyoo bestnyaaa. Lepastu bila ada advertisement pasal borang untuk jadi committee TaWe ni, terus aku ambik lepastu isi.

Orang lain semua seronok cuti sebulan tapi kami yang dapat jadi committee ni cuti 2 minggu ja.

sobsob

Tapi takpa, berkorban laa sikit. hmm.

Basically, seminggu sebelum program TaWe start, kami dah kena berkumpul kat cfs pj. Kami yang duduk dekat Gombak ni ramai2 naik bas  uia pi PJ wohoo best kot.

Minggu pertama : Minggu Induction

 Pada hari pertama, kami ada program 'Team Building'. Program ni diadakan utk membina semangat kerjasama antara ahli kumpulan supaya TaWe 13/14 berjalan lancar.


Camwhoring sebentar bersama Lina sementara tunggu waktu riadah. hehe ;)


Hari2 seterusnya dihabiskan dgn induction dlm biro masing2. Aku dimasukkan ke dlm biro Special Task atau nama singkatannya SpeTa.

Masa ni ada benda apa ntah kat AMF. 


Dalam biro SpeTa, kami dibahagikan lagi kpd beberapa unit.

Ada 4 unit kesemuanya dlm biro ini


  • Unit MC and Talk
  • Unit Photography
  • Unit Form Submission
  • Unit Module

Aku dapat Unit Photography.

Jobscope unit photography ni senang ja. hehe.

Kami perlu menolong staff Koop utk tangkap gambar matric card students baru dan kami juga akan mengagih-agihkan matric card yg telah siap kpd students. Bunyi mcm senang kan? tapi sebenarnya agak penat jugak.

Minggu Kedua : Minggu Taaruf

 At last, the big day has arrived :)

Masa ni baru laa tau betapa susahnya nak handle students yg sgt ramai. huhu.

Tapi takpa, take this as a challenge. Walaupun penat melayan kerenah students baru yg terlupa nombor matrik lah, itu lah, ini lah, tapi pengalaman yg diperoleh sgt bermakna. Tak menyesal rasanya mohon jadi committee ni walaupun mula2 tu rasa macam 'eeee takmau laa nak patah balik duduk kat rumah sambung cuti'. lol


Keluarga bahagia SpeTa :)


Bawah dari kiri: Zul Fahmi, Wahid, Yazid, Firdaus, Hafizi
Atas dari kiri : Kak Eliza, Munirah, Kak Hidayah, Kak Izzati, Asna, aku.



Ahli2 Unit Photography yg poyopoyo. haha



Ni kami panggil 'Warung kak Ton'. Kat sini laa tempat committee semua lepak malam2 untuk supper yang biro Catering and Refreshment (CNR) buat.


whiteboard yg menjadi medan utk semua committee menyatakan rasa terima kasih kpd biro CNR kerana telah menyediakan makanan kpd kami semua.
THANK YOU CNR. WE LOVE YOU *flying kiss*


supper ramai2 dkt 'Warung kak Ton' sangatlah best :)

bilik multimedia tempat ahli2 unit photography bekerja saban hari.


Being a part of you is one of the sweetest memory I've ever had


Ni gambar ahli2 unit photography. Credit to Ami. Dia yang buat collage ni


Lepas dah habis program TaWe ni, kami budak2 Econs dah kena balik ke Gombak. First time rasa macam nak stay kat PJ lol.

Rasa macam hmm tak leh nak tulis perasaan tu kat sini hmm. But goodbyes are not meant to be forever. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita jumpa lagi :)






Friday 19 June 2015

REPOST #1


Disebabkan ni minggu first sem 1 13/14, so kelas pun tak berapa nak ada.


Jadi aku pun mengambil keputusan utk membebel sebentar di sini hihi XD
Sem lepas merupakan sem yg macam agak busy. sebabbb......... ada macam2 event yg berlangsung.Nak kena bahagi masa utk society laa, hisbah laa, study laa..Dah laa ambik 4 core subject. nasib baik languages dah exit. hew3 



1. Raudhah Festival 2013 ( Rafest '13 )



Rafest ni memang annual event utk CFS IIUM. Masa Rafest ni berlangsung, ada macam2 pertandingan, gerai2 makanan *yummy* dan juga aktiviti. Siyes best. Lepastu, aku dan juga beberapa rakan committee Econss yg lain kena jaga gerai dgn handle talk. So, kitorang pun kena bermalam dkt PJ.


inilah gerai kami.

and the best part is, gerai kami dapat no 1 yay.....





2. Sports and Martial Arts Carnival ( SMAC '13 )


SMAC ni lebih kurang mcm Sports Day laa.. ada mcm2 acara yg dipertandingkan antaranya netball, bola sepak, futsal, cross country, badminton dan emm...tak ingat.. hehe. walaupun SMAC ni berlangsung selama seminggu, tapi aku pi sana 2 kali ja.

First time sebab kena jaga welfare atlit. setiap biro dalam Econss kena hantar wakil utk jadi committee SMAC. Setiap biro ada tugasan dia. Aku dari biro education, kami kena jaga welfare. mana nak tau kot2 ada yang injured.


Second time pi sebab masuk acara cross country. Tapi dapat no 21 ja. Medal pun tak dapat. Tapi ok laa sebab dapat sumbang mata utk Econss


 
Masa ni kami baru habis lari pastu nak pi support netball.

3. Hisbah As-Saff's Amusement Day and Lollipop Night



Gempak kan nama event ni? hehe. sebenarnya event ni adalah Hisbah Day kami. Wajib diadakan setiap sem. Sebagai hisbah lines-up, aku dengan ahli hisbah yg lain perlu merangka aktiviti2 yg hendak dijalankan.
Kami sebulat suara bersetuju utk mengadakan Explorace di pagi hari dan pada malam hari mengadakan jamuan hisbah yg diberi nama 'Lollipop Night' dengan tema 'Colour Block' di mana smua ahli hisbah bleh pakai baju lawa2 bergaya sakan sgala bagai.


Ni hisbah lines up tenure sem ni.



Pemandangan dari Blok A.

4. Zero to Hero at SAMTTAJ


Program Zero to Hero ni adalah satu program khas utk para pelajar Form 1 Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah ( SAMTTAJ ), Shah Alam.


Program ni Biro Welfare Econss yang organize. Lepastu depa jemput 3 orang dari setiap biro lain dengan High Committee (mainboard) utk join event ni jadi fasilitator. 3 orang tu Head dgn Assistant biro lepastu sorang insan terpilih. *lewls ayat*


Kisah dia mula2 aku tak sepatutnya pi pun. Untuk biro edu, yang sepatutnya pi Baim, Syasya dgn Irfan. Tapi last minute ada orang dari biro lain tak dapat pi, lepastu syasya suggest nama aku. so dapatlaa nak merasa jadi fasi for the first time ever jyeah


Ni partner fasi aku, Dayana. Kami kena jaga group 'Sumayyah'
Fasilitator perempuan
Nurin dan Hadhirah, adik2 dari group Sumayyah


5. ECONSS Annual Grand Dinner


Untuk AGD Econss, setiap biro kena hantar 2 wakil untuk jadi committee. Mula2 sepatutnya bukan aku yang kena jadi committee, tapi orang lain. Tapi last2 aku jadi bidan terjun sebab orang yang sepatutnya jadi tu ada hal.


Seronok jugak sebenarnya jadi bidan terjun ni. serius tak tipu haha.


persembahan dari brothers
Game utk sisters : Sifir Zikir

Game utk brothers : Musical Chair

Tema untuk AGD kali ni setiap biro kena pakai warna yang ditetapkan.

Biro Bisnes bersama advisor, Mdm Dr Siti Rohimi
Tema : Kuning
Biro Welfare bersama advisor, Miss Ahda
Tema : Ungu
Biro Education  :)
Tema : Merah
Biro Sports
Tema : Pink
Biro InfoPub
Tema : Biru
The High Committees of Econs Society
Econss Committees Semester 3 12/13




Huh penat menaip. panjang betul entry kali ni. 

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...