Friday 26 April 2019

Barakallahulakum, Dear Friends!

여러분 안녕하세요! 
 (Hi everyone) 

This week's entry is all about weddings. Almaklumlah, umur-umur gini memang banyak dapat jemputan kahwin dari rakan-rakan sebaya. So this entry is dedicated to you guys :)

1) Nana x Acap

(belah perempuan)

My bestfriend in Andeka finally married to the man she loves! Dah lama dua orang ni bercinta, Alhamdulillah selamat juga. #EconsxEcons

Pengantin tenggelam dalam segerombolan keluarga Andeka lol.



(belah lelaki)
Dulu masa last sem belajar, aku dah pesan kat Nana kalau nak kahwin, bagitau awal-awal. Yelah, baru sempat nak kumpul duit pergi Sarawak. Mula-mula macam takut jugak lah nak pergi sorang-sorang, tapi gamble je lah buat solo trip. Kawan baik kahwin kot takkan tak pergi kan?

A picture of us in Kuching, Sarawak.


2) Tashi

(Kawan dari Sakba)

Tashi (Nama sebenar Masyitah) ni kawan sekolah menengah dari Sakba. Tak sama kelas pun, tapi sebab aku selalu lepak dengan dormmate aku (Mirarock) kat kelas dia setiap malam waktu prep, so rapat jugaklah dengan Tashi ni.

Kebetulan weekend tu aku memang balik Penang, alang-alang tu pergi je lah heheh. Lagipun dah lama tak jumpa kawan-kawan Trans.

And ni first wedding kawan Sakba yang aku pi. Sebelum ni ada lagi batchmate Trans kahwin, tapi tak dapat nak pergi sebab tak balik Penang.

Tahu lighting hancur. Tahu jugak muka macam potato dalam ni hmm. Tapi apa pun, congrats Tashi!


3) Elly x Hakim


Ni lagi satu Econs couple. Elly dengan Hakim pun dah lama jugak bercinta. Alhamdulillah dah selamat. #EconsxEcons

Congrats lovebirds!


4) Izzat x Edd


Ni pun Econs couple jugak. Sama cantik, sama padan. Congrats!

#EconsxEcons


5) Dira x Ajad


Another Econs couple. Bila kahwin sesama batch, maka penuhlah pelamin tu dengan batchmates. Nasib baik pelamin kukuh. #EconsxEcons


Pengantin ft Econs Batch '94:





6) Mira x Nafis

(Belah perempuan)

Okey dah lost track berapa ramai Econs Couple. #EconsxEcons

Congrats, MiraNapoz!


(Belah lelaki)

Keesokannya pulak, majlis belah lelaki kat Bangi. Segan jugak nak pergi mula-mula sebab takdak geng, tapi diorang cakap "Ha datang je, makan free" Lol

Apa pun, tahniah lagi sekali! Terima kasih jemput heheh


7) Eyqa

(kawan sekolah HSBM)


Aku rasa ni kali kedua aku attend wedding kawan dari HSBM. First, Mai punya kenduri masa tengah final sem dulu.

Eyqa ni kawan sekelas dulu. Lepastu aku pindah sekolah masa Form 4, so lama jugaklah tak jumpa dengan Eyqa.

Here's me and the beautiful bride


8) Yana Ahmad


Yana ni pulak kawan aku dari UIA, tapi course lain. Dia dari HS. Kami kenal masa join jadi committee untuk Taaruf Week kat CFS dulu. Jodoh dapat satu bilik dengan dia heheh.


9) Fiefa Mahmud


Fiefa pulak kawan sama course tapi tak sama batch. Tak ingat macam mana boleh kenal, tapi rasanya sebab pernah ambik subjek yang sama kelas. 

Rasa terharu sangat bila naik stage nak ambik gambar, lepastu Fiefa layan macam kawan baik yang dah lama tak jumpa.

Dia tanya "Dah makan ke belum? Datang dengan siapa? Parking macam mana?" Both of them were very concerned about me when I told them I came alone.

What did I do to deserve a pure soul like this T.T


10) Najwa Jais


Mula-mula segan nak pergi sebab aku selalu gerak sorang-sorang kalau bab pergi kenduri orang. Nasib baik jumpa yang lain-lain kat sini.

Najwa pun kahwin sama Econs jugak, tapi suami dia batch senior setahun.


11) Khalilah x Haizaq


Ni pulak majlis sepupu sebaya aku, Ellah. Dulu kecik-kecik main sesama, sekarang dah besar, dah kahwin dah.


Tahniah semuanya! Barakallahulakum! Semoga berbahagia hingga ke syurga aminnn


Sincerely Yours,

Worldwide Cutiepie <3

Friday 19 April 2019

My first AirAsia In-Flight Meal


여러분 안녕하세요!
 (Hi everyone)

Harini nak cerita pasal my first in-flight meal masa naik AirAsia haritu heheh.

Kalau nak kira, aku baru 3 kali naik pesawat Air Asia ni. First time masa pergi Jakarta-Bandung dengan roommate sebelum grad (2017), kali kedua ke Kuching masa resepsi Nana (2018), dan yang terbaru, awal April haritu balik ke Penang.

Dua flight sebelum ni aku tak ambik meal pun sebab dah makan siap-siap sebelum naik flight. Tapi kali ni, aku tak sempat nak makan. Sebabnya, aku ada kelas gamelan sampai pukul 12 tengahari. Habis kelas, terus kena gerak ke KLIA2 sebab flight pukul 3:45pm. Aku kira-kira dari KLPAC (tempat kelas gamelan) ke KLIA2 ambik masa dalam 2 jam jugak perjalanan guna public transport. Tak sempat nak singgah makan kat mana-mana pun.

Dah alang-alang gitu, aku pun ambik je lah in-flight meal, walaupun KUL-PEN tu dalam 45 minit je lol. Kang berbunyi pulak perut aku dalam kapal terbang tu. Lagipun RM10.60 je harga dia, hmm okaylah kan. Aku book makanan ni dua hari sebelum flight.

Before take-off

Flying~~~

Dalam beberapa minit lepas tanda "pakai tali pinggang keselamatan" tu off, ada pramugari mai tolak troli makanan. Dia panggil nama, then mintak boarding pass kita nak check. So here comes the exciting part; MY FOOD HAS ARRIVED!


My meal: Roast Chicken with Pesto Cream Sauce nyums.

How does it look? Omnomnomnom

What's inside?
1) Fluffy mashed potato
2) Perfectly prepped roasted chicken (bahagian dada)
3) Pesto sauce
4) Steamed carrots and broccoli (untuk melengkapkan piramid makanan gittew)

Kalau flight bawah 90 minit, diorang bagi air mineral dalam cup tu je. Kalau flight berdurasi 90 minit ke atas, kita boleh pilih sama ada nak kopi atau teh.

Mula-mula takut jugak nak try pesto sauce tu. Almaklumlah, warna dia hijau cenggitu kot-kotlah ada rasa pudina ke kan. Aku dah lah tak minat benda-benda berperisa pudina ni. (Sorry Jungkook and Hobi, kita tak geng bab mint ni//Oh just some BTS-ARMY thing)

Surprisingly, sedap gila pesto tu. Taktahu nak describe macam mana, tapi hmm sedap lah. Savoury, gittew tapi taklah pedas pun.

My verdict:
Taste: 5/5
Price: 4.5/5
Portion: 4/5 (Kalau flight 3-4 jam, mungkin kena ambik 2 pax baru cukup)


Okay so ni bahan-bahan dia. Mana lah tahu tetiba aku ada teringin nak makan ni lagi ke, boleh try masak sendiri heheh.

Orait so rasanya sampai sini je. Aku try jadikan habit untuk menulis on weekly basis, sebab rindu dah lama tak membebel kat sini. 

P/S: Not sponsored by AirAsia

Sincerely yours,
Your Worldwide Cutiepie <3



Friday 12 April 2019

Happy International Women's Day

Annyeonghaseyo! Walaupun dah sebulan berlalu, rasa nak jugak buat entri pasal International Women's Day (IWD) ni. Taknak cerita pasal tema/tujuan/origin sambutan ni pun, sebab semua tu boleh google sendiri kan, tapi nak cerita pasal sambutan IWD kat tempat kerja haritu.

Credit: The Top 10

So kisah dia start sehari sebelum IWD. Team organizer untuk sambutan IWD kat tempat kerja aku mintak tolong team Management Trainee (team aku lah tu) untuk tolong kerja-kerja preparation. Dari 5 orang MT yang ada, 2 orang je boleh turun tolong sebab yang lain ada meeting/heavy workload. Kami pun gigihlah angkat/tolak/susun kerusi sebab esok ada dua talk berkenaan women's empowerment apabenda entah tak ingat sempena IWD ni.

Lepas siap susun kerusi, kena tolong buat kerja-kerja quality control pulak. Kena check bunga ros, kalau ada kelopak yang dah layu tu, ha cabut je bagi dia nampak cantik dan fresh sikit. Lepastu, stapler kan notes kecik kat bunga tu. Bunga ros tu nanti dalam pukul 11 pagi, exco members akan agihkan kat semua pekerja wanita dalam Zurich. Kira macam surprise gittew. Tapi bagi aku, dia dah tak jadi surprise lah sebab aku yang tolong buat kerja-kerja stapler notes bagai kat bunga ros tu. Sampai kena balik lambat sikit tau.

Purple rose for IWD

Mana kelopak bunga yang macam layu tu, terus cabut buang

Keesokannya pagi, exco members datang dan bagi bunga ros ni kat setiap staf perempuan di level masing-masing.

Ni bunga yang aku dapat

Mula-mula rasa biasa je lepas dapat bunga tu. Tapi lepas gegirls MT yang lain (dua orang je pun lol) tahu aku antara orang di sebalik tabir IWD, diorang cakap thanks kat dalam group. Entahlah, mungkin nampak biasa je, tapi aku rasa dihargai, so terharu lah sikit pagi-pagi tu heheh.

I always ask for Nasi Ayam Penyet if any of them said thanks to me hahah

Anyway, tu je lah nak cerita. Kadang-kadang, kita tak perlu pun bagi hadiah mahal-mahal (contohnya tiket konsert kpop/belanja makan Me'nate/fully sponsored trip to Korea #eh) sebagai tanda penghargaan kat orang yang kita sayang. Cakap 'Terima Kasih' pun dah cukup.

SO APA TUNGGU LAGI GAIS, GO AND SAY THANKS TO YOUR LOVED ONES!

Last but not least, meet the general underwriting department. Yang tengah baring atas meja tu lah CEO General Insurance. A cool and funny person he is. Yang duduk depan CEO tu Chief Underwriting Officer, aka Bos Department Underwriting.

Me? Ada tu ha seketul potato terhimpit kat depan-depan tu hahah.




Sincerely Yours,

Worldwide Cutiepie <3








I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...