Tuesday 20 December 2016

Show Gala Dinner IMWS 2016 : Showtime!

[Sambungan dari Prep Story ]

After all the trainings and what not, akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu.
It's showtime baybeyyyhhhhh!!!!

Pagi tu semua tengah bersukaria bergolek-golek kegirangan kat bilik hotel lagi hahaha sebab pagi tu memang free. Tapi team paciak dah ada kat sana dengan Fiqa sebab depa dah kena main pagi tu.

Team paciak

Tengahari tu kami siap-siap pi PWTC sebab nak lunch. Hehe lunch free kot takkan nak lepaskan ye dak. Sepatutnya ada soundcheck dengan rehearsal lepas solat jumaat. Sepatutnyalah. Tapi taktau lah apa yang pihak management silap, last-last soundcheck delay sampailah lepas asar.

So cerita dia memang tak sempatlah nak buat full rehearsal bagai. Sebab soundcheck tu pun sebenarnya dah makan masa yang lama.

Muka-muka kebosanan nak tunggu soundcheck start


Received a visit from them. Katanya, datang nak bagi semangat kat semua yang terlibat.
Thank you Umar, Ayu, Sheera, Raihan sebab sudi datang jauh-jauh melawat kami.

Getting ready for soundcheck



Finally soundcheck session has started

Here's a lil sneakpeak of our soundcheck session thanks to Kajai yang rakam

Repertoire for IMWS Gala Dinner Show;

Overture Star
Laksamana Raja di Laut
Zapin Pusaka
Habibi Ya Nur Ain
The Moon
Kurik Kundi
Galang Maya

Lepas dah settle soundcheck dengan quick run through, kami cuma ada masa sat ja untuk makan malam, lepastu nak lari balik hotel untuk bersiap, lepastu lari balik ke PWTC untuk show. Masa ni tak pikiaq lagi pasal nervous. Dok pikiaq sempat ka tak nak dinner. Dah lah aku ni jenis yang makan slow macam siput lol.

Lepas makan tu, semua kelam kabut macam ribut lari balik hotel. Nasib baiklah kostum show dah iron siap-siap malam sebelumnya. Macam ribut semua orang mandi, dengan nak belit shawl, nak mekap lagi hahaha. Tapi last-last semua sempat ja sampai PWTC balik.

Time ni tengah ready atas stage, sementara nak tunggu VVIP dengan tetamu kehormat yang lain sampai.

Acah-acah live update sikit sebelum show

Cuba teka siapa VVIP?
Taraaa....
Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah. Ha jangan main-main tau. Once in a lifetime ja kot dapat chance nak perform depan Permaisuri Agung.

Nervous and stage fright started to kick in. Fuhh berdebar. Tiba-tiba ja MC announce tetamu semua dah sampai and semua orang be like

"Hah!! Dah sampai??? OMG OMG'

Disebabkan show ni takdak siapa record, so taktau laa macam mana bunyi dia kan haha. Tapi team paciak yang tengah duduk makan kat meja belakang tu ada laa jugak tangkap gambar sikit-sikit masa kami tengah perform.

Spotted myself smiling there sebab tengah stage fright teruk sampai takleh nak main betul-betul.





Antara gambar yang team paciak tolong tangkapkan.

Akhirnya habislah segala repertoire. Dah boleh tarik nafas lega hehe.

After show obligatory photography session

One with the whole Citra performers



Team gamelan

Team percussion

We called ourself as 'The Popiah Girls'
Missing in pic: Abang

Team band

A big shoutout to our PIC; Syafiqa Rozaidi. You da best!

Lepas settle tangkap gambar, semua orang tolong-menolong angkut instrumen dari Dewan Merdeka tu pi naik ke tingkat empat nak simpan kat satu bilik khas. Lepas dah penat-penat semua, kami pun jalanlah balik ke hotel. Ada yang ajak pi makan mamak lah apa lah. Kami singgah kfc sat tapau burger dengan cheesy wedges pastu balik makan kat bilik hehe.

Malam tu semua tidoq tak ingat dunia sebab terlampau penat hahaha.

Originally, we were told to stay there sampai hari last IMWS, which is on Sunday. But again, taktau kat mana silap dia, kami hanya stay sampai Sabtu ja. Tengahari tu, semua kelam kabut kemas barang nak checkout.

Lori angkat barang sampai petang. Jadi sementara nak tunggu lori sampai nak angkut barang, kami pun pi lah berjimba sat kat Sunway Putra Mall. Dah dekat kan? Takkan nak lepaskan peluang hihuhihu. Maka bertebaranlah semua orang mencari tempat makan etc.

Kami pilih nak lunch kat nasi ayam penyet entah apa nama restoran ni tak ingat haha. Time ni aku takdak sebab pi beli chatime hehe.

Oh here's a (decent) picture of me. Jadi subject untuk test kamera Jai.

Tengah dok syok berjimba kat situ, tiba-tiba dapat mesej kata lori dah sampai. Ha kelam kabut semua pi PWTC nak load barang dalam lori. Dah siap load, kami pun bertolak lah balik UIA naik kereta Nisa.

Babai PWTC. Kami balik duluuuuuu~~

Kami sampai UIA dalam pukul 5 lebih macam tu. Lambat sikit sebab ada tersesat sikit dengan jalan boleh tahan jammed jugak laa. Lori sampai dulu dari kami. Memang tak sempat nak tolong unload barang. Masa tu sangat-sangat berterima kasih kat ahli-ahli Andeka yang lain sebab sanggup mai CAC untuk tolong unload barang.
Kamsahamnida! Semoga Allah balas jasa kalian.


And with that, habislah cerita show ni. Ni lah first show besar yang mana aku kena jadi gereteh. Dia punya stage fright tu boleh tahan teruk jugak. Ada laa menggigil sikit tangan tu hahaha. But it was a very nice experience and aku sangat bersyukur dapat peluang macam ni.

Nanti esok-esok boleh cerita kat cucu;

"Cu, kalau cu nak tau, tok hang ni dulu pernah perform untuk Permaisuri Agung. Ha, hang toksah dok buat lekeh kat tok hewhewhew"

Thanks mainboard sebab bagi kepercayaan ni.
With that, byebye~~~



Sunday 18 December 2016

Show Gala Dinner IMWS 2016 : Prep Story

This semester is soooo fast-paced sampai tak sempat langsung nak update blog lol.
Sebenarnya dah lama excited nak cerita pasal show ni tapi tak pernah menyempat nak tulis.

IMWS ataupun nama panjang dia International Muslim Women Summit ni sebenarnya lebih kurang macam convention gitu lah. Tak tahu sangat main objective dia tapi kalau nak agak berdasarkan dia punya tajuk tu macam lebih kurang for empowering women macam tu lah. Event 3 hari ni buat dekat PWTC and of course lah penganjur dia UIA.

Taknak cerita banyak pun sebenarnya pasal event ni sebab aku tak pi mana-mana pun sub-event under IMWS ni. Haha aku nak cerita pasal show Gala Dinner IMWS ja. Gala Dinner ni dia buat masa malam first event IMWS ni.

Masa mula-mula mainboard dapat tau pasal show ni, semua macam tengah taktau nak pilih players. Sebabnya dia macam bertindih sikit dengan show COD yang kemudiannya terpaksa cancel. Aku pulak masa ni tengah busy sebab jadi committee Speta COD, jadi tak menyempat nak masuk sangat conversation MB kat dalam group whatsapp tu pasal pemilihan players. Last-last semua dah setuju nak ambik siapa yang tak terpilih untuk jadi performers COD sebagai players IMWS.

Aku pulak bila dah free sikit malam tu, scroll laa segala conversation depa. Tengok-tengok nama aku pun naik jugak jadi players.

Lineup for Show IMWS:


PIC :

Fiqa

Gereteh:

Kak Wani
Abang
Nisa
Aku

Tingkah:

Aina
Milin

Mula-mula macam "Eh, bolehka ni? Takut tak sempat nak catch up lagu. Dahlah kena jadi gereteh tapi semua lagu tu tak pernah belajar lagi"
Lepastu macam fikir, "Ohh maybe ni rezeki kot lepas kena reject tak dapat perform untuk COD"
Aku pun "Ha yelah yelah oklah bolehlah nak join"

Long story short, sempat berlatih dalam 2 minggu macam tu ja. Memang waktu tu macam struggle gila, kalau masa tengah free tu ada orang bukak bilik training, terus pi nak practice walaupun sat ja sebab kalau nak bergantung kat waktu training yang official memang tak cukup.


Ni masa tengah rehearsal. Nervous kot time ni sebab rektor semua turun nak tengok rehearsal tapi sebenarnya waktu ni tak hafal lagi semua lagu.

Kami bertolak pi PWTC hari khamis, sehari sebelum event.
Semua berkumpul kat CAC dulu sebab nak kena load barang masuk dalam lori. Ni antara yang terawal sampai CAC . Aku of course lah bukan yang terawal lol.


Bergambar dulu sebelum tunggu lori bawak barang sampai hehe


Rehearsal tak start lagi? Takdak hal. Tangkap gambar dulu.
Walaupun sikit lagi nak mengamuk jadi hulk sebab lama gila tunggu nak rehearsal

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya tengahari/petang tu takdak pun rehearsal. Kami pun angkutlah segala barang kami pi hotel. Pihak management event bagi kami duduk kat Hotel Sani, lebih kurang 10-15 minit lah dari PWTC tu kalau jalan kaki. Malam tu kami pi balik PWTC sebab Cikgu nak buat dry run through.

Lepas habis dry run through, Cikgu ada bagi pesanan dengan amanat sikit.
((Cantik kan bunga-bunga hiasan tu hahaha))


Lepas tu, kami ada buat premortem sikit-sikit sebelum balik hotel


Kawan-kawan kelab lain :)

Singgah 7E depan hotel dulu beli stok makanan sebelum balik bilik hahaha.
((Kak wani why so funneyh))

Oh terserempak dengan Syudud, Kina, Kak Qairun dengan Put dekat sini.

Oklah setakat ni dulu. Nanti cerita pasal Show Day sambung lain kali hewhewhew dah malas nak tulis panjang-panjang.












Wednesday 14 September 2016

#AndekaBusking2016

Lebih kurang 4-5 bulan lepas, ((dah lama kannnn haha)), aku ada join satu program yang kelab aku organize.

Tadaaaaa #AndekaBuskingProject

Sebenarnya program ni bawah tanggungjawab aku dengan Nana, sebab ni projek Biro Entrepreneur Andeka. Tapi kami dua orang tak terlibat sebagai komiti pun, just pantau sesikit ja. Kami dua orang sibuk nak join sebagai players ja hehe.

Untuk busking kali ni, kami buat kat KL Tower. Sebelum ni pernah buat kat Taman Layang-Layang dengan Taman Tasik Titiwangsa. Plan asalnya nak buat kat KLIA 2, orang kata tempat tu cantik, besar etc. Entahlaa, aku pun tak pernah sampai kat situ lagi haha. Tapi atas sebab-sebab tertentu, venue dah diubah ke KL Tower.

Aku pun macam 'YAYYYYYYYYYYYYYY' excited gila lah kan haha sebab dah nak 4 tahun study kat sini, sekali pun tak pernah jejak lagi KL Tower ni. Rupa dia lagumana pun aku tak pernah tau haha.

Credits: gifsec.com

On that day, mula-mula kami breakfast dulu kat istana. Lepas semua dah cukup, barulah kami angkat barang, load dalam bas lepastu bertolak.

Ready to perform

Awis sebagai MC. Lepas dia habis introduce, kami pun start main.



The crowds


Lepas lebih kurang sejam lebih perform, tamatlah sesi pertama. Kami dapat rehat lama jugaklah, sampai lepas zohor camtu. Part yang paling best, abg Fendi ((photographer KL Tower)) bawak kami semua naik kat atas tu. For freeeeeeeeeeee. Haha lagi excited lah aku ni. Jakun pun ada jugak haha.

Since instrumen semua tak kemas, kami semua kena naik 2 kumpulan gilir-gilir. Satu group akan naik dulu, lagi satu group stay kat bawah jaga instrumen.

Look at those happy faces yang dapat naik atas hahaha


Ni masa dalam lif nak naik atas tu. Muka Nana epic gila masa ni hahahaha

Apa yang best kat atas tu? Haha mestilah bergambar.
Selain kamera phone sendiri, abg Fendi tu pun tolong ambikkan gambar kami.

Yang depan sekali ni Abg Fendi











View dari atas menara. Emm tapi still tak nampak laa crush yang kat bawah tu


Sempat lagi buat #AndekaTV kat atas ni


Dengan Nananano

Lepas puas tawaf entah berapa puluh kali kat atas tu, kami pun turun lah nak bagi chance kat hat yang tak naik lagi tu naik pulak.

Lepas makan dengan solat zohor, dalam pukul 2 lebih macam tu semua dah ready nak perform untuk slot kedua.



Ada jugak tourists yang macam teringin nak try main, so kami pun ada laa ajar depa sikit-sikit.



Lepas dalam sejam lebih perform, akhirnya program busking ni pun tamat. Fuh semua orang dah barai teruk dah time tu, lagi-lagi percussionists kat belakang tu. Macam nak tercabut dah tangan tu kemain gigih tau main kompang segala bagai. Tak pernah-pernah sebelum ni join show sampai sakit habis tangan-tangan haha.

Antara seniors yang datang

Setel show fuhhh

With Cikgu Zana

Rasanya ni lah first event yang mana semua mb join

Kami takdaklah terus balik lepas habis show tu sebab bas tak sampai lagi. Kami pun pi laa tawaf kat bawah tu. Lepastu ada satu kedai tu dia jual aiskrim potong, ada macam-macam perisa. Aku sampai dua kali pi kedai tu nak beli aiskrim tu haha. Lepas tu aku dengan Atiqah jenjalan lagi, ada laa terjumpa satu kedai ni dia jual beg. Kami pun pakat beli beg sorang satu hehehehe.

Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Kami pun angkut semua alat bawak masuk dalam bas pastu piuuuu terus balik uia.






I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...