Showing posts with label Life in IIUM. Show all posts
Showing posts with label Life in IIUM. Show all posts

Sunday, 26 February 2017

E-Fest Cup 2016


Aku rasa ni antara event sem lepas yang aku agak enjoy jugak laa. It all started masa EMSS ada bukak application untuk jadi flexible committee sempena Economics Festival ataupun E-Fest. Memandangkan aku dengan roommates aku dah tak join EMSS untuk tenure ni, kami pun sepakat laa nak join jadi flexible committee ni. Kami diberi kebebasan nak pilih join program mana sebab under E-Fest ni, ada banyak program. Kami pun sepakat takmau berpisah pilihlaa nak join E-Fest Cup ni. Mula-mula semua macam malas-malas sikit lagi-lagi aku bila part kena buat kerja. Sekali ambik hang semua jadi head biro/mainboard program ni.

Farah Mozaimi
Assistant Program Manager

Farhana
Head Bureau Publication and Promotion

Erna
Head Bureau Sponsorship

Aku
Head Bureau Special Task

Kalau dah dapat jobscope macam ni, memang takleh nak mengelat lah cerita dia hahaha sedih.

Antara jobscope speta;
1) Buat namelist pemain football dengan netball
2) Check matric card players setiap kali sebelum game start
3) Prepare medal untuk pemenang
4) Buat hamper untuk pemenang

With that, bermulalah episod 'tiap-tiap-petang-kena-turun-padang-jaga-game'. Hari first tu memang blur gila. Semua kelam kabut macam apa lagi. Mana nak cari team yang lawan haritu, mana nak check matric card laju-laju sebelum game start, etc. I don't know, mungkin sebab ni first day kot so semua orang macam tak jumpa lagi cara yang sistematik nak handle tugas masing-masing. Day 1 ended dengan penuh ngeri bagi aku kahkahkah.

Salam hari kedua kejohanan dari sebalik meja komiti hewhewhew.

Day 2
A bit better than the day before. At least kami dah tak kelam kabut macam semalam tu.

Day 3
Aku macam biasa, duduk kat meja komiti acah-acah tolong Biro PC jaga skor.

Day 4
Hari keempat ni boleh tahan panas laa jugak awal-awal tu. Nasib baik tak lama lepas tu dah redup sikit.

Function jugak FC Efest Cup ni sampai sanggup terjun longkang kutip bola terlepas

Day 5
Hari kelima kejohanan diakhiri dengan view sunset yang sangat cantik :)
(Kamera Asus biasa-biasa jew)

Day 6
MasyaAllah hari keenam ni kemain panas terik macam tengahari. Even dah pukul 6 pun, still terik lagi. Aku dah siap buat skrip drama dalam kepala otak aku;

"Eh farah kenapa muka burn ni? Main sukan eh?"
"Eh taklah. Ni sebab komited sangat jadi komiti Efest Cup tiap-tiap hari berjemur tengah panas"

Okay okay aku mengaku laa ni hambar teruk.
-_____-

Day 7
Dah seminggu jaga game bola tapi aku still taktau offside tu apa benda. Lol noob kan aku? Hahaha

Since (almost) everyone was there that day, we decided to take some pictures of our team.
So taraaa~~

Turun padang pakai baju kurung takdak hal beb.
*buat muka swag*
Padahal malas nak tukar baju pakai pi kelas siang tu lol


Apit what you're trying to do????



PM tengah buat apa tu???

C'mon guys apa ni block kamera???




Banyak nau selfie penat ah nak maintain senyum

These fellas were roommates


Day 8
The Semis

Preparation for 'Operasi Membungkus Hamper'

Hamper yang dah siap.
Three for netball, three for football.

Model hamper.
PM for best price.
#lelongkawan

Once this final match is over, we're done with Efest Cup.
#TAKSABARRRR

Day 9
FINALE

Final match ni haruslah special sikit. Selalunya game kita buat petang, lawan kat Padang Ali. Tapi untuk final, kita buat kat stadium, and lawan waktu malam. Barulah best hehe. PM siap suruh kami pakai baju rasmi event lagi sebab nak tangkap gambar rasmi katanya.

And here we are, with Efest's official T-shirt.

Sikit lagi boleh menyamar jadi pekerja kafe Ali lol.

Official picture of us :)




Haah aku memang suka jadi lain dari yang lain.
Orang lain pakai tudung hitam, aku pakai tudung bercorak.



Finally it's over wuhuu!!!

Gegirls jemah kesayangan

One with my buddy, Syasya

One with the roomates.
((Fatin tu exception sikit. Boleh lah nak kata roommate sebab dia selalu lepak bilik kami))


Thank you guys! It was such a pleasure  to work with this team



p/s: Finally aku dah faham apa tu offside? Harapnya aku tak tersalah fahamlah lol



Sincerely yours,
farahtayah






Wednesday, 22 February 2017

Final semester, here it comes.

Wow pejam celik pejam celik tak sangka akhirnya aku dah jadi dak-dak final sem hikhik. Rasa macam baru semalam penuhkan kereta dengan barang lepastu daftar masuk CFS kat PJ, grad dari CFS dengan jayanya, lepastu daftar masuk degree. Oh wow time surely past by sooooo fast.

Aku still duduk bilik yang sama macam sem lepas dengan Erna dengan Farhana. Tapi sem ni rasa lain sikit sebab Farah Mozaimi takdak. Dia balik Melaka sebab nak intern 6 bulan kat sana sobs. So compartment dia dah ada budak baru masuk. Life will never be the same without you, girl. :'(

Sem ni aku tengah habiskan subjek-subjek specialization aku, which is Finance. Ha ada enam subjek semua sekali. Kelas aku everyday start pukul 8.30 pagi lepastu habis pukul 1 tengahari. Habis kelas boleh balik golek-golek keriangan kat bilik hehehe.

Subjek yang aku ambik sem ni

English for Academic Writing
Corporate Finance
Futures, Options, and Risk Management
Decision Science
Organizational Behaviour
Investment Analysis

Sekarang ni baru minggu keempat tapi dia punya barai tu MasyaAllah. Boleh dikatakan aku tiap-tiap hari pi kelas macam zombie. My only motivation untuk paksa diri mangkit pi kelas pagi-pagi is either;

1) Nak makan bihun kari econs ft sambal kicap pedas for lunch

OR

2) Nak balik tidoq golek-golek atas katil sampai Asar.

To be honest, aku dah start dah rasa sayu sikit-sikit dalam hati ni. Macam sayang nak tinggalkan UIA. Mana taknya, dari 2012 lagi duduk kat UIA ni. Almaklumlah, CFS pun kat kampus Gombak ja. Aku harap aku tak banjir ja masa final week nanti. Aku ni dah lah jenis manusia soft-hearted lol. Agaknya ni lah kot 'Sindrom Budak Final Sem'. 

Anyway, for those final semester students who are reading this post, I sincerely pray that we'll graduate together with flying colours InsyaAllah. May Allah ease our journey :)

Till then,
Annyeong~

Sincerely Yours,
farahtayah


Friday, 27 January 2017

My internship experience

Aku pernah tulis pasal internship experience aku selama 2 minggu. Kengkonon nak buat macam weekly update lah. Hampeh punyalah pemalaih jadi aku stop sampai week 2 ja.

Kalau nak baca, boleh try klik;

[ WARNING: Mungkin bosan sikit(?) ]

Ramai jugak yang tanya kat aku pasal intern kat sini.
Among the FAQs;

"Weh takut tak masa mula-mula nak intern?"
ANSWER:
Mula-mula nak start intern tu memang takut, sampai tidoq tak lena lol. Biasalah kot. Takut sebab kita tak familiar lagi dengan environment kat situ. Takut takdak kawan, takut takleh cope etc. Part takdak kawan tu mungkin tak applicable lah kat aku haha sebab sebelum aku start intern kat situ, ada kawan aku, Faiz dah start dulu intern kat situ. Dia start 2 hari awal dari aku sebab exam dia habis awal. Aku pun macam legalah sikit sebab at least ada jugak orang yang aku kenal kat situ. First masuk memang aku senyap lah sikit. Nak cakap dengan officemates pun takut-takut lagi. Tapi lepastu lek ja aku gelak-gelak dengan depa. Tak lama lepas tu, barulah aku start berkawan dengan intern yang lain. Lepas aku masuk, ada ja lagi 2-3 orang intern baru masuk. Tapi depa semua department lain-lain lah. Total budak intern kat Dutch Lady adalah dalam 14 orang macamtu kot.

"Kerja-kerja kat situ ada kaitan tak dengan apa yang belajar?"
ANSWER:
Directly, nope. As an economic student, 5 sem terawal aku banyak habiskan university and department punya subject. Most of the classes belajar pasal micro macro, demand supply yadda yadda. Meanwhile, kerja aku kat planning department ni macam more towards industrial management, which means, yay belajar benda baru. Nanti ada lah orang yang akan ajar. Kerja-kerja kat sini mostly melibatkan penggunaan SAP System. Awal-awal tu ha kemain terkial-kial klik sana klik sini masa nak derive daily reports. Lama-lama, okeylah dah tak terkial-kial.

"Dapat elaun tak? Berapa sebulan?"
ANSWER:
Yes elaun disediakan. Berapa? Confidential as mentioned in the contract signed.

"Cukup tak elaun tu nak hidup?"
ANSWER:
Alhamdulillah sepanjang 3 bulan intern, aku survive ja. Tapi mungkin sebab aku tak bergantung 100% dekat elaun intern jugak kot. Selain elaun intern, tiap-tiap bulan aku akan dapat monthly allowance dari sponsor aku. Lepastu sepanjang aku intern, aku stay kat mahallah, so yuran mahallah tu sponsor aku dah tolak siap-siap dari monthly allowance aku. Kiranya penginapan aku sepanjang intern ni tak kacau langsung elaun intern tu. Bab makan pulak, Dutch Lady ada sediakan meal allowance untuk staff depa. Semua orang yang kerja kat situ are entittled for this allowance, including interns and contract staffs. So masa lunch hour memang aku pi makan kat kantin ja lah dengan kawan-kawan intern yang lain. Pernah ja aku lunch kat luar tapi boleh kira dengan jari lah. Officemate aku yang lain jarang makan kat kantin, so depa ada offer nombor ID depa kalau aku nak ambik makanan waktu petang sebelum balik kerja. Kat sini, dah cut cost dari segi makanan. Basically, elaun intern aku habis kat transportation ja; minyak motor dengan tambang LRT/bas rapid.

"Mesti dapat susu free kan?"
ANSWER:
Emm yes. One of the benefits yang aku suka hahaha. Oh well siapa tak suka free food lol.

"Mana lagi best; belajar ka kerja?"
ANSWER:
Entahlah. Macam kerja lagi best kot haha. Walaupun penat, at least bila dah balik rumah, takyah fikir dah pasal kerja tu. Kiranya serabut time tengah kerja ja laa. Kalau belajar, dahlah serabut kat dalam kelas, balik tu serabut lagi dok pikiaq pasai assignment, presentation segala bagai. Tapi lain orang lain rasa(?)

"Kena interview tak? Interview dalam bahasa apa? Soalan apa yang dia tanya?"
ANSWER:
Aku tak kena interview pun. Aku just emel dekat HR resume dengan partial transcript aku, saying that aku tengah cari tempat intern lagi. Lepastu aku hantar lagi satu emel follow up. Masa ni serius aku memang desperate gila sebab masa tu dah tengah exam week tapi aku tak dapat mana-mana placement lagi untuk intern. Serius aku dah pikiaq nak give up intern, lepastu cari kerja part time kat mana-mana. Surprisingly, tak lama lepas aku follow up, Kak Fiza call dan bagitau yang ada tempat untuk intern kat planning department. Dia tanya aku bila free untuk sign offer letter. So bila aku tengah ada gap antara paper final tu, aku pun pi laa Dutch Lady untuk sign offer letter tu. Dah siap. Dalam 15 minit macam tu ja. Lepastu aku terus singgah Public Bank nak bukak account sebab elaun masuk through Public Bank. Tu ja.

"Jumpa jodoh tak?"
ANSWER:
Gila LOL.

"Masuk kerja pukul berapa? Habis pukul berapa?"
ANSWER:
Normal office hour; 8am-5pm

"Penat tak kerja?"
ANSWER:
Gila tak penat. Dahlah masa mula-mula start intern tu tengah dok bulan puasa. Pagi-pagi bangun sahur lepastu terus siap-siap nak pi kerja. Balik ja dah nak maghrib. Bukak puasa kat bilik, rehat sat, pi terawih kat masjid, habis terawih terus tidoq. Tak sempat nak layan kdrama twitter insta segala bagai lol. Lama-lama bila dah boleh adapt tu, okeylaa sikit.

"Pi kerja macam mana?"
ANSWER:
Tiga bulan dok ulang alik PJ-Gombak naik public transport ja. Mula-mula aku try naik bas rapid nak pi stesen LRT, tapi leceh sikit laa. Sebelum 6.30pagi kena terpacak dah kat bus stop sebab WAJIB naik bas pukul 6.30 tu kalau nak sampai sana on time. Kalau tertinggal bas 6.30, kena tunggu next bus pukul 7 pagi huih memang tak sempat sampai sebelum pukul 8. Lepas dah pernah ada insiden terlepas bas, aku pun start bawak motor pagi-pagi nak pi LRT. Lepastu aku naik LRT sampailah stesen ke-21; Stesen Asia Jaya, dalam 45-50 minit jugaklah kalau LRT tak buat perangai. Kat sana nanti kawan aku, Faiz mai kutip aku. Dari LRT Asia Jaya tu ada lah dalam 10-15 minit nak sampai kilang. Tapi kalau salah sorang dari kami dah lambat, aku naik bas rapid kat situ ja ataupun jalan kaki acah-acah gaya hidup sihat sangat lol. Kalau jalan kaki, ada laa dalam 20-25 minit baru sampai tengoklah laju mana aku jalan. Ada sekali tu aku lari ja pakai baju kurung sebab dah nak dekat pukul 8 lol orang dalam kereta dok usha pelik ja haha.

"Farah, lecturer kau bila nak datang tengok presentation kau?"
ANSWER:
Oh soalan ni kawan-kawan intern aku yang lain dengan officemates selalu tanya. Haha unlike orang lain, aku punya intern ni optional ja untuk majoring aku. Nak buat boleh, takmau buat pun takpa. Kalau buat pun, takdak credit hour apa pun. Presentation, log book, report apa semua tak payah buat. Cuma nanti sebelum aku habis intern, aku kena bagi satu evaluation form dari department aku kat supervisor aku untuk dia evaluate performance aku sepanjang intern. Lepas dah masuk sem, aku kena submit evaluation form tu kat Madam Izyani, advisor untuk Economics Department. Tu ja.

"Best tak intern?"
ANSWER:
Serius tak tipu, best gila. Taktau lah nak describe kot mana, tapi hmm best lah.

"Farah, ceritalah sikit pasal intern kau?"
ANSWER:
Penat nak ulang. Kahkahkah. Nah tengoklah sendiri.

Aku siap buat mini pantry lagi kat meja aku okay
#FarahxFood4lyfe

Nah belanja selfie sekerat muka kat office sikit.

Ni kawan-kawan intern aku yang lain. Ramai kan?

Ni masa kami pi farewell lunch untuk Mira, yang baju hijau tu.

Selalunya aku lunch kat kantin dengan depa ni lah.

Merah betul tudung aku lagi sikit boleh jadi maskot raya cina.

Ni semua kakak-kakak department aku.

We even had birthday celebration party untuk July, August dengan September babies. Siapa yang lahir dalam 3 bulan ni dapatlah kad birthday dengan baucer apa benda entah. Disebabkan birthday aku bukan dalam 3 bulan ni, aku tak dapatlah haha tapiiiiii depa order 2 biji kek coklat yang besarrrr so semua orang dapat makan okay. Siap tambah lagi. Lepastu siap ada makan-makan lagi kat tingkat bawah. Ada bihun goreng, rojak, sate emm kenyang betul aku hari tu hewhewhew :3

Ada satu hari tu company buat Quality Day(?) Tak ingatlah nama dia haha tapi pasal quality laa. Ada exhibition, booth untuk games. Aku pun pi laa main semua game yang ada kat situ. Ni laa hasil tangkapan aku. Main game macam-macam dapatlah hadiah topi, buah oren(?), tupperware kecik tu dengan pen. Macam baru balik dari funfair lol.

Ni masa farewell lunch aku. Best weh orang belanja kita makan hehehe.

"Sedih tak hari last intern?"
ANSWER:
Siapa tak sedih weh. Sikit lagi nak menitik ayaq mata kot. Masa hari last tu, aku memang dah takdak kerja apa sangat pun. Pagi tu aku settle kan daily report buat kali terakhir, lepastu menempek kat meja Kak Mira. Lepastu aku pun pi laa lunch kat kantin. Lepas lunch tu mula lah aku pi tawaf satu kilang nak pi babai kat semua orang yang aku kenal. Start dengan level aku, lepastu level bawah, tempat HR dengan SHE department, uncle pak guard feveret yang sambut aku masa aku first day kat sini, kawan-kawan kat warehouse. Tak sempat nak cakap bye kat mamak kantin feveret hmm. Dekat akak yang selalu tunggu bas nak balik kerja dengan aku pun tak sempat nak babai. Lepastu Idham, kawan intern aku offer bawak aku masuk tengok plant sebab aku selalu cakap kat dia bestnya boleh selalu masuk plant hahaha taklah boring sangat asyik terperap dalam office.

Kak Mira buatkan creampuff untuk aku sempena hari last :')

Hantar sample ke lab QC untuk kali terakhir :')

Rindu :')

Rindu semua :')

Sebelum balik, aku singgah kat Kak Fiza dulu sebab nak submit form apa benda entah tak ingat. Kalau nak keluar, kena isi form tu dulu lepastu kena pulangkan balik segala benda yang kita dapat. ID card, sticker kereta/motor, labcoat, safety shoes etc semua kena pulangkan balik. Tapi aku dapatlah simpan lanyard ni sebagai memento :')

Balik tu, aku tak terus straight ke UIA. Aku singgah Wangsa Walk dulu kengkonon nak treat diri sendiri sempena habis intern. Belanja diri sendiri sushi dua pinggan dengan kuey teow tomyam kat Octopus. Sayu weh makan sorang-sorang ahaha dahlah tengah tahan ayaq mata sebab sedih berpisah dengan semua orang. Lama gila aku makan kat situ hahaha. Lepastu aku pun balik UIA, and kemas-kemas barang prepare nak pindah bilik and start sem baru :')

Kata self reward, tapi pilih sushi yang pinggan paling murah puih.

Kuey teow tomyam kat Octopus yang penuh dengan hidupan laut omnomnomnom















































I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...