Sunday, 18 December 2016

Show Gala Dinner IMWS 2016 : Prep Story

This semester is soooo fast-paced sampai tak sempat langsung nak update blog lol.
Sebenarnya dah lama excited nak cerita pasal show ni tapi tak pernah menyempat nak tulis.

IMWS ataupun nama panjang dia International Muslim Women Summit ni sebenarnya lebih kurang macam convention gitu lah. Tak tahu sangat main objective dia tapi kalau nak agak berdasarkan dia punya tajuk tu macam lebih kurang for empowering women macam tu lah. Event 3 hari ni buat dekat PWTC and of course lah penganjur dia UIA.

Taknak cerita banyak pun sebenarnya pasal event ni sebab aku tak pi mana-mana pun sub-event under IMWS ni. Haha aku nak cerita pasal show Gala Dinner IMWS ja. Gala Dinner ni dia buat masa malam first event IMWS ni.

Masa mula-mula mainboard dapat tau pasal show ni, semua macam tengah taktau nak pilih players. Sebabnya dia macam bertindih sikit dengan show COD yang kemudiannya terpaksa cancel. Aku pulak masa ni tengah busy sebab jadi committee Speta COD, jadi tak menyempat nak masuk sangat conversation MB kat dalam group whatsapp tu pasal pemilihan players. Last-last semua dah setuju nak ambik siapa yang tak terpilih untuk jadi performers COD sebagai players IMWS.

Aku pulak bila dah free sikit malam tu, scroll laa segala conversation depa. Tengok-tengok nama aku pun naik jugak jadi players.

Lineup for Show IMWS:


PIC :

Fiqa

Gereteh:

Kak Wani
Abang
Nisa
Aku

Tingkah:

Aina
Milin

Mula-mula macam "Eh, bolehka ni? Takut tak sempat nak catch up lagu. Dahlah kena jadi gereteh tapi semua lagu tu tak pernah belajar lagi"
Lepastu macam fikir, "Ohh maybe ni rezeki kot lepas kena reject tak dapat perform untuk COD"
Aku pun "Ha yelah yelah oklah bolehlah nak join"

Long story short, sempat berlatih dalam 2 minggu macam tu ja. Memang waktu tu macam struggle gila, kalau masa tengah free tu ada orang bukak bilik training, terus pi nak practice walaupun sat ja sebab kalau nak bergantung kat waktu training yang official memang tak cukup.


Ni masa tengah rehearsal. Nervous kot time ni sebab rektor semua turun nak tengok rehearsal tapi sebenarnya waktu ni tak hafal lagi semua lagu.

Kami bertolak pi PWTC hari khamis, sehari sebelum event.
Semua berkumpul kat CAC dulu sebab nak kena load barang masuk dalam lori. Ni antara yang terawal sampai CAC . Aku of course lah bukan yang terawal lol.


Bergambar dulu sebelum tunggu lori bawak barang sampai hehe


Rehearsal tak start lagi? Takdak hal. Tangkap gambar dulu.
Walaupun sikit lagi nak mengamuk jadi hulk sebab lama gila tunggu nak rehearsal

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya tengahari/petang tu takdak pun rehearsal. Kami pun angkutlah segala barang kami pi hotel. Pihak management event bagi kami duduk kat Hotel Sani, lebih kurang 10-15 minit lah dari PWTC tu kalau jalan kaki. Malam tu kami pi balik PWTC sebab Cikgu nak buat dry run through.

Lepas habis dry run through, Cikgu ada bagi pesanan dengan amanat sikit.
((Cantik kan bunga-bunga hiasan tu hahaha))


Lepas tu, kami ada buat premortem sikit-sikit sebelum balik hotel


Kawan-kawan kelab lain :)

Singgah 7E depan hotel dulu beli stok makanan sebelum balik bilik hahaha.
((Kak wani why so funneyh))

Oh terserempak dengan Syudud, Kina, Kak Qairun dengan Put dekat sini.

Oklah setakat ni dulu. Nanti cerita pasal Show Day sambung lain kali hewhewhew dah malas nak tulis panjang-panjang.












Wednesday, 14 September 2016

#AndekaBusking2016

Lebih kurang 4-5 bulan lepas, ((dah lama kannnn haha)), aku ada join satu program yang kelab aku organize.

Tadaaaaa #AndekaBuskingProject

Sebenarnya program ni bawah tanggungjawab aku dengan Nana, sebab ni projek Biro Entrepreneur Andeka. Tapi kami dua orang tak terlibat sebagai komiti pun, just pantau sesikit ja. Kami dua orang sibuk nak join sebagai players ja hehe.

Untuk busking kali ni, kami buat kat KL Tower. Sebelum ni pernah buat kat Taman Layang-Layang dengan Taman Tasik Titiwangsa. Plan asalnya nak buat kat KLIA 2, orang kata tempat tu cantik, besar etc. Entahlaa, aku pun tak pernah sampai kat situ lagi haha. Tapi atas sebab-sebab tertentu, venue dah diubah ke KL Tower.

Aku pun macam 'YAYYYYYYYYYYYYYY' excited gila lah kan haha sebab dah nak 4 tahun study kat sini, sekali pun tak pernah jejak lagi KL Tower ni. Rupa dia lagumana pun aku tak pernah tau haha.

Credits: gifsec.com

On that day, mula-mula kami breakfast dulu kat istana. Lepas semua dah cukup, barulah kami angkat barang, load dalam bas lepastu bertolak.

Ready to perform

Awis sebagai MC. Lepas dia habis introduce, kami pun start main.



The crowds


Lepas lebih kurang sejam lebih perform, tamatlah sesi pertama. Kami dapat rehat lama jugaklah, sampai lepas zohor camtu. Part yang paling best, abg Fendi ((photographer KL Tower)) bawak kami semua naik kat atas tu. For freeeeeeeeeeee. Haha lagi excited lah aku ni. Jakun pun ada jugak haha.

Since instrumen semua tak kemas, kami semua kena naik 2 kumpulan gilir-gilir. Satu group akan naik dulu, lagi satu group stay kat bawah jaga instrumen.

Look at those happy faces yang dapat naik atas hahaha


Ni masa dalam lif nak naik atas tu. Muka Nana epic gila masa ni hahahaha

Apa yang best kat atas tu? Haha mestilah bergambar.
Selain kamera phone sendiri, abg Fendi tu pun tolong ambikkan gambar kami.

Yang depan sekali ni Abg Fendi











View dari atas menara. Emm tapi still tak nampak laa crush yang kat bawah tu


Sempat lagi buat #AndekaTV kat atas ni


Dengan Nananano

Lepas puas tawaf entah berapa puluh kali kat atas tu, kami pun turun lah nak bagi chance kat hat yang tak naik lagi tu naik pulak.

Lepas makan dengan solat zohor, dalam pukul 2 lebih macam tu semua dah ready nak perform untuk slot kedua.



Ada jugak tourists yang macam teringin nak try main, so kami pun ada laa ajar depa sikit-sikit.



Lepas dalam sejam lebih perform, akhirnya program busking ni pun tamat. Fuh semua orang dah barai teruk dah time tu, lagi-lagi percussionists kat belakang tu. Macam nak tercabut dah tangan tu kemain gigih tau main kompang segala bagai. Tak pernah-pernah sebelum ni join show sampai sakit habis tangan-tangan haha.

Antara seniors yang datang

Setel show fuhhh

With Cikgu Zana

Rasanya ni lah first event yang mana semua mb join

Kami takdaklah terus balik lepas habis show tu sebab bas tak sampai lagi. Kami pun pi laa tawaf kat bawah tu. Lepastu ada satu kedai tu dia jual aiskrim potong, ada macam-macam perisa. Aku sampai dua kali pi kedai tu nak beli aiskrim tu haha. Lepas tu aku dengan Atiqah jenjalan lagi, ada laa terjumpa satu kedai ni dia jual beg. Kami pun pakat beli beg sorang satu hehehehe.

Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Kami pun angkut semua alat bawak masuk dalam bas pastu piuuuu terus balik uia.






Monday, 8 August 2016

Raya dah habis lah



Emm nak wish Selamat Hari Raya pun, rasanya dah lambat kot haha sebab masa aku tengah tulis entri ni pun, dah habis dah bulan Syawal. Sebenarnya dah lama nak tulis tapi emm biasalah terkena sindrom writer's block yang boleh tahan lama jugak laa tempoh dia.

Disebabkan raya kali ni jatuh masa aku still dalam tempoh intern ((which i'll be posting some updates later might take a year tho)), rasa dia macam lain sikit laa. Tapi taklah lain sangat pun.

Apa yang lain tu? Haa meh nak cerita sikit.

1) Baju raya

Selalunya kalau time belajar, aku akan keluaq pi cari baju raya kat Jalan TAR either on weekends ataupun hari jumaat sebab biasanya jumaat memang takdak kelas. Dan aku boleh spend sehari suntuk kat situ mencari baju. Kadang-kadang, aku pi jugak ronda-ronda kat Mood Republik cari baju raya yang affordable dengan bajet aku.
((Pi masa hari terakhir event gaiss, masa tu memang markdown harga kaw-kaw punya))

Tapi kali ni, tak menyempat nak shopping sangat. Balik kerja tiap-tiap hari dah penat, and mostly aku spend time tidur/rehat/tak keluar bilik langsung on weekends. Kalau dah pasar ramadhan yang dekat pun aku malas nak pi, apatah lagi nak pi bersesak kat Jalan TAR tu heh.

Nasib baik sebelum bulan puasa haritu, aku ada beli sepasang baju kurung kurti kaler purple.
((Annyeonghaseyo #teamrayapurple yang lain))
At least ada lah jugak baju raya walaupun sebenarnya aku plan nak buat baju tu jadi baju harian pi kelas ja. Tudung pulak aku takdan nak cari pun, last-last aku rembat ja mana yang ada dalam simpanan.
Kiranya kali ni aku setel baju raya ala kadar ja, tak beriya sangat macam dulu-dulu.

2) Cuti raya

Kalau time belajaq, selalunya cuti raya ni jatuh time shortsem. Selalunya pihak universiti akan bagi cuti seminggu, kiranya cuti midterm lah tu. Even kalau sekolah pun sama kan. Dalam takwim persekolahan, dah ada allocation cuti seminggu untuk raya.

Bila dah kerja ni jangan nak berharap lah dapat cuti lama-lama. Kisahnya masa minggu raya tu, (4-10 July), kilang tempat aku kerja tu shutdown seminggu.

'Yessss cuti seminggu' - aku cakap dalam hati.

Ingatkan cuti tu automatik macam zaman belajaq.
Rupa-rupanya..........

"Weh farah, kau dah apply cuti ke belum untuk raya ni" 

"HAH????!!!!!"
"Kena apply ka? Ingatkan automatik cuti"

 Kisah dia, kena apply leave. Lol bila fikir balik apalah innocent sangat aku ni sampai fikir company nak bagi cuti seminggu free camtu ja. Nasib baik kawan aku tanya aku dah apply cuti ka tak. So end up, aku gunakan semua annual leave yang aku ada (dapat 3 hari annual leave untuk tempoh 3 bulan intern) untuk cuti raya ni. Haa padan muka lepas ni dah takleh nak apply cuti.

Ha tulah sikit-skit beza beraya time belajaq dengan bekerja.

1/7/16, hari jumaat tu, lepas balik kerja, bukak puasa, aku pun kalut-kalut packing nak balik. Tiket aku pukul 10 malam tu. Weh dah macam ribut aku tengok bilik aku sebab tak sempat nak kemas betul-betul.

Pukul 10 malam bertolak dari uia (naik chartered bus), lepastu dalam pukul 4 pagi lebih camtu dah sampai Penang. Sempatlah nak soq (read: sahur) kat rumah. The family is now complete. Akulah orang terakhir yang balik rumah haha. Adik-adik semua dah lama sampai.


Hari terakhir puasa, kami sekeluarga bertolak ke Kelantan. Dalam pukul 10 lebih kami bertolak, lepastu dalam pukul 4 lebih camtu sampai Kelantan. Kali ni ramai sikit yang ada. Lepas asar tu, masuk lepak duduk-duduk kat dapur, pastu tunjuk skill (acah je lebih padahal tak reti sangat pun) masak sayur.
Yup setakat ni baru reti masak sayur ja heee~~~


Ootd raya pertama; #teamrayapurple

On the first day of Raya, some of us pi sembahyang raya. Yang perempuan pi menyibuk kat dapur. First destination, pi beraya kat rumah pak usu. Lepastu sambung pi beraya rumah saudara lain pulak. Hmm baru raya first dah melantak macam-macam.

Family portrait hihi.
Yang hujung belah kanan tu tokmi, yang baju hijau tu Aisyah, cousin aku merangkap anak pak usu.


Disebabkan semalam tu masa bukak puasa aku makan kangkung masak belacan tak ingat dunia ((sebab tu aku yang masak, haruslah makan banyak sebab sedap lol)), haa ambik hang habis hidung berhingus hari raya ni. Haha almaklumlah langgar pantang orang resdung. Haa tu tengah sibuk lap hingus laa tu.


Ootd raya kedua; recycle baju raya tahun lepas.

On second day of raya, pagi tu pi dah start operasi beraya rumah saudara mara. Dalam pukul 10 lebih macam tu dah keluar rumah. Lepastu tengahari Makcik Zah kawan tokmi ada buat open house, so singgah laa rumah dia. Macam-macam aku makan harini hehe. 

Part paling best, masa nak bersalam dengan tuan rumah, tetiba dia hulur duit raya. Haha aku pun acah-acah buat muka terkejut pastu cakap laa terima kasih. Adik-adik aku yang lain tak dapat pun. Haha agaknya aku ni kiut macam budak sekolah kot sebabtu dia bagi hehe *pleasemuntah* 


Ootd raya ketiga; jubah zaman bila? +  tudung pemalas

Raya ketiga dah nak balik Penang yay.

Few mins before going back home.

Sebelum balik tu, singgah Rantau Panjang dulu. Ni memang ritual wajib setiap kali balik Kelantan. Dah puas shopping kat situ, lepastu lunch, baru sambung balik perjalanan. By 7pm cemtu, dah selamat sampai rumah.


Ootd raya keempat; baju tokmi bagi + tudung adik punya

Pagi raya keempat tu, adik aku ajak pi tegok wayang cerita Alice Through the Looking Glass. Best laa jugak cerita tu. Lepastu, tengahari tu kami pi beraya rumah tok kat Penang pulak. Lepas maghrib, kami pun balik rumah.

Raya kelima punya ootd?
Tshirt dengan seluar ja sebab aku dah nak kena balik uia hari tu. Yelah sebab esok tu dah kena masuk kerja balik. Kawan-kawan yang ambik shortsem semua tak balik lagi sebab uia cuti sampai selasa.

In short, nilah summary raya aku. Open house kawan-kawan? Tak sempat nak pi. Sebab kawan-kawan kat utagha buat open house masa aku dah pun balik uia. Kawan-kawan kat kl pulak banyak ja buat open house. Tapi aku takleh pi sebab takdak transport lepastu takdak geng nak gerak sekali dari uia. Haa sedih laa jugak. Takpa tahun depan pepandai laa aku usaha nak pi open house kawan-kawan.


Still eligible for duit raya gaissss hahaha. Aku pun terkejut gak (ceh) boleh dapat banyak tahun ni. Nak kata aku ni kecik macam budak sekolah, hmm tak jugak. Besar gedabak adalaa haha. 
Rezeki jangan ditolak orang kata hehe.

Soalan cepumas:
'Bila nak kawen?'

Surprisingly, takdak siapa pun tanya hahaha so tahun ni selamat laa aku dari menjawab soalan ni. Mungkin salah satu sebabnya aku sekarang ni tengah intern. So ramai yang lagi berminat nak tanya soalan-soalan macam;

'Intern kat mana?'
'Intern buat apa?'
'Okay ke kerja kat sana?'
'Pi kerja macam mana?'
'Ada kawan tak kat situ?'

And a lot more alike questions.
Hmm mungkin jugak orang tak tanya sebab aku ni still perangai macam budak-budak, so orang pun macam

'Eh budak ni tak eligible lagi laa nak kawen'

Haha okeylah rasanya sampai sini je kot kalini. Please lah jangan kena writer's block lagi. Berhabuk blog ni nanti.

Selamat (belated) Hari Raya dari seketul budak montel yang dah puas makan biskut raya, rendang, ketupat etc.







I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...