This semester is soooo fast-paced sampai tak sempat langsung nak update blog lol.
Sebenarnya dah lama excited nak cerita pasal show ni tapi tak pernah menyempat nak tulis.
IMWS ataupun nama panjang dia International Muslim Women Summit ni sebenarnya lebih kurang macam convention gitu lah. Tak tahu sangat main objective dia tapi kalau nak agak berdasarkan dia punya tajuk tu macam lebih kurang for empowering women macam tu lah. Event 3 hari ni buat dekat PWTC and of course lah penganjur dia UIA.
Taknak cerita banyak pun sebenarnya pasal event ni sebab aku tak pi mana-mana pun sub-event under IMWS ni. Haha aku nak cerita pasal show Gala Dinner IMWS ja. Gala Dinner ni dia buat masa malam first event IMWS ni.
Masa mula-mula mainboard dapat tau pasal show ni, semua macam tengah taktau nak pilih players. Sebabnya dia macam bertindih sikit dengan show COD yang kemudiannya terpaksa cancel. Aku pulak masa ni tengah busy sebab jadi committee Speta COD, jadi tak menyempat nak masuk sangat conversation MB kat dalam group whatsapp tu pasal pemilihan players. Last-last semua dah setuju nak ambik siapa yang tak terpilih untuk jadi performers COD sebagai players IMWS.
Aku pulak bila dah free sikit malam tu, scroll laa segala conversation depa. Tengok-tengok nama aku pun naik jugak jadi players.
Lineup for Show IMWS:
PIC :
Fiqa
Gereteh:
Kak WaniAbang
Nisa
Aku
Tingkah:
AinaMilin
Mula-mula macam "Eh, bolehka ni? Takut tak sempat nak catch up lagu. Dahlah kena jadi gereteh tapi semua lagu tu tak pernah belajar lagi"
Lepastu macam fikir, "Ohh maybe ni rezeki kot lepas kena reject tak dapat perform untuk COD"
Aku pun "Ha yelah yelah oklah bolehlah nak join"
Aku pun "Ha yelah yelah oklah bolehlah nak join"
Long story short, sempat berlatih dalam 2 minggu macam tu ja. Memang waktu tu macam struggle gila, kalau masa tengah free tu ada orang bukak bilik training, terus pi nak practice walaupun sat ja sebab kalau nak bergantung kat waktu training yang official memang tak cukup.
Ni masa tengah rehearsal. Nervous kot time ni sebab rektor semua turun nak tengok rehearsal tapi sebenarnya waktu ni tak hafal lagi semua lagu.
Kami bertolak pi PWTC hari khamis, sehari sebelum event.
Semua berkumpul kat CAC dulu sebab nak kena load barang masuk dalam lori. Ni antara yang terawal sampai CAC . Aku of course lah bukan yang terawal lol.
Bergambar dulu sebelum tunggu lori bawak barang sampai hehe
Rehearsal tak start lagi? Takdak hal. Tangkap gambar dulu.
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya tengahari/petang tu takdak pun rehearsal. Kami pun angkutlah segala barang kami pi hotel. Pihak management event bagi kami duduk kat Hotel Sani, lebih kurang 10-15 minit lah dari PWTC tu kalau jalan kaki. Malam tu kami pi balik PWTC sebab Cikgu nak buat dry run through.
Lepas habis dry run through, Cikgu ada bagi pesanan dengan amanat sikit.
((Cantik kan bunga-bunga hiasan tu hahaha))
Lepas tu, kami ada buat premortem sikit-sikit sebelum balik hotel
Kawan-kawan kelab lain :)
Singgah 7E depan hotel dulu beli stok makanan sebelum balik bilik hahaha.
((Kak wani why so funneyh))
Oh terserempak dengan Syudud, Kina, Kak Qairun dengan Put dekat sini.
Oklah setakat ni dulu. Nanti cerita pasal Show Day sambung lain kali hewhewhew dah malas nak tulis panjang-panjang.
No comments:
Post a Comment