Sejak dari zaman sekolah menengah lagi (masa kat Sakba) aku teringin nak main caklempong. Semua ni start masa aku nampak budak-budak caklempong practice kat bilik muzik. Dalam hati aku nak jugak join tapi aku dengar cerita cikgu takmau ambik orang yang takdak basic muzik. Last-last aku pendam ja laa hasrat hati.
Sejak dari hari tu, kalau aku PBM ( short for Pulang Bermalam )aku selalu tengok dekat youtube video-video caklempong. Dari youtube laa aku terjumoa Andeka Caklempong. Kiranya aku tau pasal Andeka ni sebelum aku masuk UIA lagi hehehe.
Dipendekkan cerita, aku terpilih untuk masuk dalam kelab ni masa aku first year degree. Ofkos laa sebelum terpilih tu nak kena pi interview bagai. Cuak sangat masa tu sebab takdak basic muzik langsung. Nasib baik lepas fuhh...
Setahun bersama dalam Andeka ni banyak aktiviti yang aku join. Banyak jugak laa yang aku belajar.
Masa mula-mula masuk tu memang rasa awkward sebab tak kenal ramai orang. Tapi bila dah kenal semua orang hmm rasa macam nak lepak kat Istana tu lama-lama.
Fyi, Istana tu gelaran yang kami bagi untuk bilik training.
Ni laa antara aktiviti-aktiviti yang aku join
First aktiviti ialah induction day untuk batch 11. Pagi tu ada macam explorace lepastu malam tu ada makan-makan sikit.
Ritual wajib induction night ni ialah setiap batch baru kena buat persembahan. Ni laa persembahan kami yang tak seberapa sangat hahaha.
Ni first debut aku hahaha. Main paciak sempena inter-mahallah cultural week 13/14.
Walaupun main paciak tu sat ja tapi tiba-tiba boleh kena stage fright. Terus blank taktau nak ketuk apa. Hmm teruk jugak laa
Disclaimer: Pinjam tudung akel didi pastu tudung tu takmau menjadi habis kelepet sana sini tu yang kena lipat tudung lagutu
Haaa ni pulak program Busrah (Busking + Usrah) dekat Taman Layang-Layang.
Aktiviti Busrah ni ada 2 sesi, pagi dengan petang.
Mula-mula ada sesi busking, lepastu makan tengahari dengan slot pengisian sikit dengan Cikgu Ku Zahir.
Sepatutnya petang tu ada lagi busking, tapi hujan jadi kami pun main laa benda lain hahaha.
Ni masa wedding Presiden kami, Kak Tim. Lepas habis pi wedding Kak Tim, balik tu terus sambung training untuk show taaruf.
Ni masa training gabung untuk show taaruf sem 1 14/15
Kadang-kadang boring jugak makan kat kafe uia jadi kami sekali-sekala ada laa jugak makan kat luar masa minggu training ni.
Muka masing-masing yang puas lepas dah habis show taaruf. Yay first big show aku walaupun banyaaaaakkkkkk sangat salah haha malu sangat.
Ni pulak masa wedding cikgu kami, Cikgu Zana beberapa hari lepas show taaruf tu.
Ni pulak masa program busking di mana Andeka Caklempong bergabung dengan kelab angklung dekat Taman Tasik Titiwangsa.
Ni masa Show Recital 2.0. Show Recital ni tiap-tiap bulan ada. Setiap kelab di bawah CiTRA akan hantar satu team junior dan satu team senior untuk perform dalam show ni.
Main paintball dengan ahli Andeka yang lain. Best hahaha siap dapat 'bekam free' lagi haha.
Sepanjang sem kedua aku dengan Andeka, ada 3 show wedding. Semua show tu aku join hehehe. Best sebab dapat makan nasi kenduri free sambil boleh tambah pengalaman sambil boleh try semua busana Andeka hehehe. Ni gambar-gambar kat show wedding yang aku pernah join.
Show wedding dekat Shah Alam. Ni namanya 'show rezeki last minute'. Sebab apa aku cakap lagutu, kalau ikutkan aku tak dapat pun nak join show ni. Tapi last minute ada yang tarik diri, jadi dapatlah aku join hehehe
Show wedding untuk kakak kak Syaqirah, senior Andeka kami. Ni laa first wedding show aku. Daripada tau main 2-3 lagu ja, dah boleh main lebih kurang 20++ lagu yay
Show wedding kak Sheda, senior Andeka kami. Ni laa show first Andeka yang buat di luar kawasan KL/Selangor. Wedding ni buat kat Teluk Intan, Perak.
Masa ondewei nak pi rumah kak sheda kat Perak.
Wedding Kak Sheda
Ni dekat halaman homestay yang budak perempuan duduk dekat Perak.
Dok tengah acah-acah buat photoshoot cover majalah hahaha.
Dah alang-alang pi Perak, apalagi kita pun pi laa berjalan kat Menara Condong Teluk Intan.
Menara Condong Teluk Intan.
Program solat hajat perdana dan majlis perpisahan buat para senior yang bakal bergraduasi sem tersebut.
Seronok tau buat aktiviti sama-sama dengan ahli Andeka yang lain. One year and still counting :)
No comments:
Post a Comment