Macam yang semua orang tau, AGD dengan AGM tu kan aktiviti wajib setiap kelab/persatuan setiap tahun, Sama jugak macam kelab Andeka Caklempong. kami pun ada jugak AGD / AGM ni.
Untuk AGD /AGM ni, mainboard akan suruh batch intake tahun tu handle.
Contohnya tahun lepas adalah untuk intake Batch 11. Maka, Batch 11 laa yang kena handle AGD / AGM tahun tu.
Fyi, Batch 11 tu batch aku laa hehe
So duduklaa kami satu batch brainstorm segala idea pikiaq apa yang nak kena buat segala bagai. Aku jadi biro training sekali dengan ayu. Biro training ni untuk apa? Haaa...
Masa AGD / AGM tu, Batch 11 kena perform untuk senior2. Ni memang ritual wajib dalam AGD / AGM Andeka. Jadi aku dengan Ayu kena handle waktu training dan yang sewatu dengannya gitteww.
Kami sepakat nak buat tema 'Kampung'. Semua orang kena pakai baju bertemakan kampung2 sikit. Even makanan untuk malam tu pun ala-ala kampung. Ada daging salai masak lemak, kerabu mangga, ayam goreng berempah dengan kuih-muih sikit. Hmm sedapnya.
Preparation petang hari kejadian.
Event ni macam biasa laa, lepas bukak majlis dengan al-Fatihah, ada ucapan dari director CiTRA dengan presiden kelab. Lepas tu pembentangan bajet kot. Haha taktau laa pembentangan apa sebab aku takdak kat dalam waktu tu tapi rasanya pasal bajet dgn expenditure kelab laa kot sebab Financial Controller yang bentang.
Habis semua benda tu barulaa sampai ke part yang semua orang suka. MAKANNNNN!!!!!
Tapi kami Batch 11 takleh makan lagi sebab kena get ready nak perform.
Haaa ni laa performance kami malam tu. Kami perform medley Desa Tercinta dengan Kampung Boy.
Percussionists
Aku kena main gereteh. Nervous kot masa ni sebab first time main gereteh. Dah laa main pun banyak salah.
Ni partner gereteh aku, Nisa. Nasib baik dia terer, bolehlaa nak cover sikit2 bunyi2 sumbang yang aku buat sebab salah main.
Lepastu, ada sesi pengumuman mainboard untuk tenure 2015 pulak. Ada 13 calon semuanya, lepastu semua yang hadir kena undi 6 orang yang layak untuk jadi mainboard. Tapi sebelum tu, ada penyampaian award untuk best dressing yang kami namakan sebagai 'Tok Penghulu' untuk lelaki dan 'Bidan Kampung' untuk perempuan. Khalid dengan Kak Marjan menang award ni *clapsound*
Habis semua benda tu, kiranya AGD / AGM ni secara rasminya tamat. Dah setahun Batch 11 membesar dalam Andeka Caklempong. Dah boleh dah handle program. Dah boleh dah join show. Rasa macam baru semalam ketaq lutut gelabah ayam nak pi interview. *shed tears*
Bila program dah habis, mestilaa semua orang eksaited nak ambik gambaq haha. Tapi sebab aku lapaq, aku tak peduli sangat dah tangkap2 gambaq ni. Maka berbahagialah aku dengan makanan hahaha.
Batch 10 bergambar dekat photobooth yang kami pulun buat + photobomb by Iyah
Batch 11 yang kelaparan selepas penat dok pulun bagi program ni smooth. Nampak tak muka kebuloq aku tu hahahaha
Well, at least ada laa sikit gambaq aku. Bersinar-sinar ibarat dilimpahi cahaya bulan gittew ambik hang hahaha
Family Andeka Caklempong :)
Ni video persembahan kami malam tu hee~~~
Tapi maaflaa video tak berapa nak lawa sangat
1 comment:
Bardzo ciekawy wpis. Pozdrawiam serdecznie.
Post a Comment