Thursday 20 August 2015

IDC 2015

Okay okay aku mengaku aku sepatutnya baca buku, study untuk exam esok tapi hmm sekarang kan petang. Orang cakap kalau petang2 tak elok study, sebab tak masuk otak katanya. hihi.

Entry harini nak cerita pasal IDC 2015 ataupun nama penuh dia IIUM Interschool Debating Championship. (This IDC does not stands for 'I don't care' okay). Dah lebih seminggu dah IDC ni habis. Baru sempat nak update.


Dan sebelum ada yang tanya "hang reti ka nak debate ni? suruh cakap sikit kat depan pun asyik dok gelak ja", meh aku jawab siap2, aku join event ni sebagai komiti tau, bukan peserta. Peserta ni budak2 sekolah menengah. Memang kalah laa team aku kalau aku jadi peserta sebab asyik gelak ja nanti hahaha


Ada orang cakap kat aku "awat hang rajin sangat join benda2 macam ni?" 
Haha. Aku join sebab sepanjang 9 hari event ni (dari 3 Aug - 11 Aug) dapat makanan free. Kan dah save duit kat situ hihi. Selain makanan, dapat T-shirt free, tudung Aidijuma free, starpoint dengan sijil. Siapa yang tak suka dapat benda2 free macam ni kan.

Aku jadi komiti katering. Lagilaa seronok sebab deal dengan MAKANANNNNNNNNNNN hahahahaha *okok farah sila behave*

Hey, siapa kata komiti katering tak penat. Penat okayyy. Pukul 6.30 pagi sepatutnya dah terpacak dekat tempat bertugas sampai pukul 8.30 malam. Okaylaa okaylaa ada lagi biro yang lagi penat okaylaa okaylaa.

Dalam satu biro ni ada dalam 30 orang. Kami dibahagikan kepada 3 group kecil mengikut kategori bahasa debat. Ada BM, BI, dengan Arab. Aku kena jaga dekat tempat BI. Team BI ni perempuan ja. Lagilaa seronok hehe.



Caterinas berjaya sedang bekerja

Makcik guard belanja kami makan rambutan




Caterinas berjaya yg kepenatan bekerja. Kami makan duluuuuu


Okay sampai disini saja kali ni, habis exam kita tulis entry banyak2 sikit





No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...