Short sem kali ni aku pakat dengan roommate aku si farhana nak ambik subjek BM sama-sama. Aku dengan farhana ambik bm dengan madam mascitah. Sehari sebelum masuk kelas tu, farhana cakap kat aku "weh farah ko jangan gatal tetiba nak drop bm lepastu tinggal aku sorang-sorang dalam kelas tu. aku dah laa tak kenal sape-sape"
Aku pun "yelaa pahana.. aku pun kenal kau sorang je dalam kelas tu"
Drama sangat aku dengan farhana dekat bilik haha konon-kononnya kami kenal sesama sendiri ja dalam kelas tu lol.
Lepas aku check siapa classmate aku dekat iTaaleem, aku pun pi laa dekat compartment farhana "weh pahanaaaaaaaaa classmate kita semua budak econs laa"
Aku memang tiap-tiap awal sem aku suka check siapa classmate dengan aku. Mana nak tau kot-kot satu kelas dengan bakal crush ka hahaha okok tu tak lawak pun.
Belajar bm ni best haha. Tiap-tiap hari masuk kelas asyik gelak ja sebab madam pun jenis yang suka melawak. Bayangkanlaa aku yang mudah terhibur ni tiap-tiap hari kena control jangan gelak kuat-kuat sangat dalam kelas hmm.
Tugasan pertama yang kami kena buat ialah bentuk satu kumpulan dalam 5-6 orang untuk pembentangan projek.
Ni groupmates aku. Yang kiri sekali tu laa si farhana, roommate aku. Tepi farhana, farah najihah. Yang duduk tu haziq, tapi orang panggil dia Toq. Yang kanan sekali tu emy. Kami kena acah-acah tubuhkan syarikat sendiri lepastu konon-kononnya jual produk kecantikan keluaran syarikat kami padahal produk tu EDC yang supply haha. Lepas brainstorm kemain lama, kami pun setuju nak bubuh syarikat kami nama Durrah Dahayu Sdn. Bhd. Durrah bermaksud mutiara, Dahayu pulak bermaksud kecantikan camtu.
Selain projek ni, kami jugak kena pecah masuk group lain lepas tu kena bercakap kat depan sebagai salah satu assignment. Setiap group dapat tugasan lain-lain. Ada yang kena buat mesyuarat, ucapan awam, wawancara dan macam-macam lagi laa. Group aku kena buat ucapan awam. Dah laa group first yang kena present, siapalaa yang tak cuak.
Ni team ucapan awam. Dapat satu group dengan Azzim, Najua dengan Teha.
Kami buat *konon-kononnya* majlis perasmian koleksi jubah terbaru dari butik kami. Untuk assignment ni, azzim berlakon jadi model, najua berlakon jadi pereka fesyen untuk butik kami, teha jadi mc, lepastu aku pulak jadi datin apabenda entah yang konon-kononnya datang untuk merasmikan pelancaran jubah ni.
Azzim yang gigih berusaha tahan gelak masa modelling dalam kelas |
Teha MC yang comel haha |
Lepas habis present. Fuhhh legaaaa |
Classmates aku mostly sama batch dengan aku kecuali 4 orang. 3 orang junior lepastu lagi sorang senior. Ni laa classmates aku. Tiap-tiap hari mengadap muka depa.
Juwe, Mai, Najua, Madam, Diha dengan Spark. |
Emifazira, Shaik, Madam, Musliha, Teha, dengan Shahira |
Amiin, Ereena, Madam, Aina, Syazwani, Azzim |
Miza, Hafizah, Suzana, Madam, Mimie, Salwani, Raisudin |
Selain gelak tiap-tiap hari dalam kelas, kami ni jenis yang suka bergambar. Madam pun kadang-kadang join sekali. Dalam phone tu penuh dengan gambar kelas bm ja hahaha.
sorry cikud dengan emi terbuat peace sampai tutup muka hihi |
Siapalah yang tak rindu kelas bm ni. Aina ada buatkan video khas untuk kami semua. Thank you Aina.
Hmm selamat menghabiskan sisa-sisa cuti gaiss. Haha dan semoga semua dapat keputusan yang cemerlang lusa ni.
No comments:
Post a Comment