Haritu masa study week aku balik rumah sat dalam 6 hari. Ingatkan balik kali ni nak selak-selak sikit buku micro. Kemain berat beg sebab usung buku micro yang setebal-tebal alam tu. Tiba-tiba ada satu hari tu, adik aku ajak "kakak, jom pi escape kat teluk bahang".
I was like "hah biaq betoi budak ni, kelaut laa study aku nanti"
Tapi bila fikir balik, 'eh macam best' aku pun tak jadi nak study haha. Terpengaruh nak pi jugak Escape tu. Once in a blue moon kot nak dapat chance pi sini hehe.
Tiket nak masuk dia hmm boleh tahan sakit jugak laa nak bayar haha. Harga untuk umur 13-60 tahun, rm 83. Tapi tu kalau kita beli walk-in laa. Kalau kita beli online, murah sikit. Macam aku haritu, beli sehari sebelum aku pi, so dapat laa rm74.70 sorang. Tiket ni kalau kita beli lagi awal (through online), lagi murah sebenarnya. Kalau beli 2-3 bulan sebelum tarikh kita nak pi main, boleh dapat dalam rm40++ camtu. Tiket online boleh beli kat SINI
Nak masuk dalam ni memang takleh bawak apa-apa makanan/minuman. Even air mineral. Tapi kalau pandai sembunyi hmm bolehlaa. Sebab nanti dia check beg kita. Weh bayangkan main penat-penat pastu takkan tak minum kan. Mau tak mau kena jugak laa beli air kat kedai dalam Escape ni. Air mineral cap Dasani 1.5l tu harga dia rm5. Mahalnyaaaa sobs.
Bila dah beli tiket, kita akan dapat satu kod 5-digits. Kod ni kita kena ingat sebab nanti nak topup duit untuk beli makanan/souvenir ataupun nak bukak tutup loker. Kalau tak ingat kod tu habislah kita haha.
Kat escape ni ada banyak loker untuk kita letak barang kita. Harga untuk setiap loker rm10. Kita boleh bukak tutup loker kita ni banyak-banyak kali. So kalau tiap kali lepas habis game, kita boleh pi kat loker kita, minum ayaq, pastu sambung main. Since handphone pun takleh bawak kat tempat game (for safety purposes, kang jatuh pecah berderai pulak), so loker ni memang wajib laa kita sewa.
Escape ni bukak dari pukul 9 pagi sampai 6 petang tiap-tiap hari. My piece of advice, kalau nak main kat sini, pi awal-awal pagi (dalam pukul 9.30 atau 10) lepastu main sampai pukul 6 tu baru puas. Kalau setakat pi dalam 3-4 jam memang tak puas. Aku pi haritu pun still tak habis main semua game.
Muka puas lepas main berjam-jam haha |
Tempat wajib semua orang untuk tangkap gambar |
Aku dengan adik aku sampai sini dalam pukul 11 camtu. Lepas terkial-kial nak bukak loker apa semua, kami pun start main. First game yang kami main ialah Gecko Tower.
Sumber: FB Escape |
Ni lah Gecko Tower tu. Ada 4 sides, kita kena panjat sampai ke atas. Mula-mula kita kena tekan button biru kat bawah tu sebelum panjat untuk start timing, pastu panjat sampai kita sampai nak tekan button biru kat atas untuk stop timing. Average time yang aku ambik untuk sampai kat atas tu dalam 1 minit. Hehe lambat laa jugak aku panjat. Sebab ada yang boleh buat dalam 40s.
Next game, Monkey Business.
Haa yang bertali-tali segala bagai tu laa Monkey Business. Game ni ada tiga level. Hari tu aku dengan adik aku sempat main level 1 ja sebab ramai sangat orang beratur nak main game ni. Kat sini laa yang ada flying fox, jalan-jalan atas tali segala bagai tu. Hmm nak cerita in details pun tak reti, sebab panjang sangat. Haha. Tapi in short, memang best game ni.
Ni masa kami tengah duk habiskan satu stesen dalam game Monkey Business ni. Kat Escape ni, ada photographer dia. Jadi kalau tetiba terjumpa orang pakai tshirt ada tulis 'Escape Photographer', senyum laa kat kamera dia. Nanti dia upload semua gambar kat FB Escape. Macam gambar ni, photographer tu yang ambik hehe.
Lepas tu kami main Kite Flyer. Nak main ni kemain lama beratur tunggu turn. Nak dekat 2 jam jugak laa kami tunggu. Tapi memang worth the wait sebab syok ooo main game ni. Gambar takdak, hmm tapi kalau nak bayang Kite Flyer tu macam mana, boleh try tengok video Kite Flyer ni.
Last game yang kami main sama-sama ialah Tubby Racer.
Tubby Racer |
Ni pun best jugak hahaha. Dia macam main gelongsor air yang kat water theme park tu. Masa aku dengan adik aku main tu dah petang, dalam pukul 4.30 camtu so tak ramai sangat orang beratur. Dapatlaa kami merasa naik dua kali. Ingat nak naik lagi sekali, tapi dah tak larat sebab nak kena heret pelampung tu naik bukit yang boleh tahan tinggi gak laa haha.
Last game yang aku try sebelum balik ialah Atan's Leap. Memandangkan adik aku takut nak main game ni, aku suruh dia record video time aku terjun hehe. Dia ada dua ketinggian, 12 meter dengan 20 meter. Aku try yang 12 meter ja hehe. Masa dah sampai kat atas tu, aku takut sebenarnya nak terjun, tapi tak sempat aku nak hesitate, orang tu dah tolak aku haha. To be honest aku memang nak jerit masa terjun ni, tapi taktau kenapa tak keluar suara haha. Last-last aku gelak ja sebab seronok haha.
Bagi aku, game-game macam ni bagus sebenarnya. These kind of games actually taught us to trust ourselves, to overcome our fear, and to be brave. It's a good place if you're really determined to get rid of your fear of height. Most of the games kat sini memang melibatkan tempat-tempat tinggi.
Habis game ni kami rehat-rehat sambil tunggu parents mai kutip kami hehe. Facilities kat sini not bad laa jugak. Ada gerai-gerai makanan, surau, toilet pun bersih.
Surau |
Nak baring dalam buai tu pun boleh |
Buai macam ni pun banyak. Kot-kot laa nak fefeeling kat sini haa pun boleh.
Jangan terkejut kalau nampak binatang kat sini. Kat sini macam-macam ada. Itik lah. Angsa lah. Ayam lah. Tinggal nak panggang ja. Ok ayat last tu tipu jangan percaya.
Trying our best on stilts hahahaha susah betul nak imbangkan badan.
Overall, memang best main kat sini. Hehe boleh laa nak release stress sempena final exam. Berbaloi laa jugak bayar mahal walaupun sebenarnya banyak lagi game yang kami tak sempat main.
Serius weh, kalau ada chance, pi tau Escape ni. Bestttttt.
Okbai mohon farahtayah sedar diri sikit dia ada lagi 4 paper nak kena jawab tapi sempat lagi melagha kat sini.
Okbai okbai.
No comments:
Post a Comment