Tuesday, 20 December 2016

Show Gala Dinner IMWS 2016 : Showtime!

[Sambungan dari Prep Story ]

After all the trainings and what not, akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu.
It's showtime baybeyyyhhhhh!!!!

Pagi tu semua tengah bersukaria bergolek-golek kegirangan kat bilik hotel lagi hahaha sebab pagi tu memang free. Tapi team paciak dah ada kat sana dengan Fiqa sebab depa dah kena main pagi tu.

Team paciak

Tengahari tu kami siap-siap pi PWTC sebab nak lunch. Hehe lunch free kot takkan nak lepaskan ye dak. Sepatutnya ada soundcheck dengan rehearsal lepas solat jumaat. Sepatutnyalah. Tapi taktau lah apa yang pihak management silap, last-last soundcheck delay sampailah lepas asar.

So cerita dia memang tak sempatlah nak buat full rehearsal bagai. Sebab soundcheck tu pun sebenarnya dah makan masa yang lama.

Muka-muka kebosanan nak tunggu soundcheck start


Received a visit from them. Katanya, datang nak bagi semangat kat semua yang terlibat.
Thank you Umar, Ayu, Sheera, Raihan sebab sudi datang jauh-jauh melawat kami.

Getting ready for soundcheck



Finally soundcheck session has started

Here's a lil sneakpeak of our soundcheck session thanks to Kajai yang rakam

Repertoire for IMWS Gala Dinner Show;

Overture Star
Laksamana Raja di Laut
Zapin Pusaka
Habibi Ya Nur Ain
The Moon
Kurik Kundi
Galang Maya

Lepas dah settle soundcheck dengan quick run through, kami cuma ada masa sat ja untuk makan malam, lepastu nak lari balik hotel untuk bersiap, lepastu lari balik ke PWTC untuk show. Masa ni tak pikiaq lagi pasal nervous. Dok pikiaq sempat ka tak nak dinner. Dah lah aku ni jenis yang makan slow macam siput lol.

Lepas makan tu, semua kelam kabut macam ribut lari balik hotel. Nasib baiklah kostum show dah iron siap-siap malam sebelumnya. Macam ribut semua orang mandi, dengan nak belit shawl, nak mekap lagi hahaha. Tapi last-last semua sempat ja sampai PWTC balik.

Time ni tengah ready atas stage, sementara nak tunggu VVIP dengan tetamu kehormat yang lain sampai.

Acah-acah live update sikit sebelum show

Cuba teka siapa VVIP?
Taraaa....
Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah. Ha jangan main-main tau. Once in a lifetime ja kot dapat chance nak perform depan Permaisuri Agung.

Nervous and stage fright started to kick in. Fuhh berdebar. Tiba-tiba ja MC announce tetamu semua dah sampai and semua orang be like

"Hah!! Dah sampai??? OMG OMG'

Disebabkan show ni takdak siapa record, so taktau laa macam mana bunyi dia kan haha. Tapi team paciak yang tengah duduk makan kat meja belakang tu ada laa jugak tangkap gambar sikit-sikit masa kami tengah perform.

Spotted myself smiling there sebab tengah stage fright teruk sampai takleh nak main betul-betul.





Antara gambar yang team paciak tolong tangkapkan.

Akhirnya habislah segala repertoire. Dah boleh tarik nafas lega hehe.

After show obligatory photography session

One with the whole Citra performers



Team gamelan

Team percussion

We called ourself as 'The Popiah Girls'
Missing in pic: Abang

Team band

A big shoutout to our PIC; Syafiqa Rozaidi. You da best!

Lepas settle tangkap gambar, semua orang tolong-menolong angkut instrumen dari Dewan Merdeka tu pi naik ke tingkat empat nak simpan kat satu bilik khas. Lepas dah penat-penat semua, kami pun jalanlah balik ke hotel. Ada yang ajak pi makan mamak lah apa lah. Kami singgah kfc sat tapau burger dengan cheesy wedges pastu balik makan kat bilik hehe.

Malam tu semua tidoq tak ingat dunia sebab terlampau penat hahaha.

Originally, we were told to stay there sampai hari last IMWS, which is on Sunday. But again, taktau kat mana silap dia, kami hanya stay sampai Sabtu ja. Tengahari tu, semua kelam kabut kemas barang nak checkout.

Lori angkat barang sampai petang. Jadi sementara nak tunggu lori sampai nak angkut barang, kami pun pi lah berjimba sat kat Sunway Putra Mall. Dah dekat kan? Takkan nak lepaskan peluang hihuhihu. Maka bertebaranlah semua orang mencari tempat makan etc.

Kami pilih nak lunch kat nasi ayam penyet entah apa nama restoran ni tak ingat haha. Time ni aku takdak sebab pi beli chatime hehe.

Oh here's a (decent) picture of me. Jadi subject untuk test kamera Jai.

Tengah dok syok berjimba kat situ, tiba-tiba dapat mesej kata lori dah sampai. Ha kelam kabut semua pi PWTC nak load barang dalam lori. Dah siap load, kami pun bertolak lah balik UIA naik kereta Nisa.

Babai PWTC. Kami balik duluuuuuu~~

Kami sampai UIA dalam pukul 5 lebih macam tu. Lambat sikit sebab ada tersesat sikit dengan jalan boleh tahan jammed jugak laa. Lori sampai dulu dari kami. Memang tak sempat nak tolong unload barang. Masa tu sangat-sangat berterima kasih kat ahli-ahli Andeka yang lain sebab sanggup mai CAC untuk tolong unload barang.
Kamsahamnida! Semoga Allah balas jasa kalian.


And with that, habislah cerita show ni. Ni lah first show besar yang mana aku kena jadi gereteh. Dia punya stage fright tu boleh tahan teruk jugak. Ada laa menggigil sikit tangan tu hahaha. But it was a very nice experience and aku sangat bersyukur dapat peluang macam ni.

Nanti esok-esok boleh cerita kat cucu;

"Cu, kalau cu nak tau, tok hang ni dulu pernah perform untuk Permaisuri Agung. Ha, hang toksah dok buat lekeh kat tok hewhewhew"

Thanks mainboard sebab bagi kepercayaan ni.
With that, byebye~~~



No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...