Meh sambung pengembaraan #GGtakespenang day 2
Haritu cerita berhenti dekat 3D Trick Art Museum kan? Next station..........
taraaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
Padang Kota Lama ataupun dikenali jugak sebagai Esplanade
Abaikan model tak berbayar ni |
Disebabkan 3D Museum tu dekat ja dengan padang kota lama ni, kami pun jalan kaki ja pi sini. Tujuan utama kami pi sini sebab ramai yang nak makan pasemboq dia.
Ni laa rupa pasemboq tu kalau nak tau. Pasemboq ni kita boleh pilih nak apa. Ada macam-macam pilihan. Ada sotong, telur rebus goreng, fishcake, segala jenis bebola, dan macam-macam lagi. Kita ambik pinggan satu, pastu pilihlaa nak apa. harga dia caj ikut apa yang kita pilih. kalau ambik yang mahal macam sotong, mahal laa total harga pasmboq tu. Pastu nanti kita bagi kat mamak tu pinggan kita yang penuh dengan bebola fishcake etc tu, nanti dia potong-potong bagi kecik, pastu dia lumur kuah special dia atas tu. Haa pastu ada laa dia letak sengkuang dengan timun sikit. Kalau nak jimat, kongsi laa 2-3 orang. Pastu masa pilih makanan tu, jangan nak buat perangai syaiton sangat kat situ, kalau boleh semua benda nak ambik. tak habis nanti, konfem punya. Tak pasal-pasal membazir ish.
Ada banyak stall kat sini jual pasemboq ni. Selain pasemboq, ada jugak stall jual laksa penang, abc, sotong kangkung semua tu. Hmm kecuq ayaq liuq dok menaip pasal makanan ni haha.
"omaigod omaigod here the food comes" |
"Hmm apa lagi eh yang kita nak makan?" |
Muka-muka bahagia semua orang lepas dapat merasa pasemboq.
Lepas setel makan, kami pun pi jalan-jalan sikit kat area situ. Situ kan area pantai, so semua orang macam eksaited laa sikit.
yang kat belakang tu muka tengah high |
Ni pulak termenung teringat kat siapa tu? |
Fida dengan Abg Rasul macam tengah berdrama |
sambil jalan sambil fikir assignment ke tu? |
Lepas dah puas bergambar kat tepi laut ni, kami pi main-main kat padang dekat-dekat situ sementara tunggu bas mai kutip kami.
BTS
Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Perhentian seterusnya, Chowrasta.
Dekat Chowrasta ni pun ada macam-macam. barang-barang secondhand, souvenir, makanan, hmm macam-macamlah. Kedai jual buku secondhand pun banyak. Pernah sekali aku beli buku Harry Potter and the Goblet of Fire (yang BM punya) RM20 ja.
Antara kedai kat Chowrasta |
Kat sini, kami diberi masa sampai dalam pukul 8 malam untuk tawaf tempat ni. Bertebaranlah kami jenjalan kat sini.
Ada yang pi cari street art ni. Dia ada kat celah-celah lorong dekat-dekat situ, tapi tak sure sangat kat mana.
Aku ikut yang lain-lain pi mall. Mall apabenda entah tak ingat. Motif utama pi mall tu bukan nak shopping pun, tapi setakat nak merasa aircond ja hahahaha.
Ada yang beli jeruk madu pak ali sebagai buah tangan. Kat situ ada kedai dia. Dalam kedai tu siap ada tester lagi. Kami pun apa lagi, pi laa makan segala tester tu. Sekelip mata ja jeruk dalam tupperware tester tu habis haha.
Bila dah pukul 8 tu, semua kena berkumpul balik kat tempat mula-mula bas tu drop kami. Sementara nak tunggu semua sampai, tiba-tiba terjumpa presiden Andeka, Hamka. Kebetulan dia pun tengah bercuti kat Penang dengan kawan-kawan dia.
Kat sini ada jugak service sewa basikal macam hamka dengan kawan-kawan dia tengah buat ni. Tapi tak sure laa pulak sejam berapa ringgit dia caj
Lepas dah cukup semua orang, plan asal kami nak pi makan Nasi Kandar Hameediyah untuk dinner. Menurut Paan Adnan selaku tour guide kami, dia kata nasi kandaq kat situ sedap. Kami pun semangat laa berjalan ramai-ramai nak pi kedai tu. Kedai tu pun dekat area situ jugak. Tapi tengok-tengok kedai tu tutup pulak aduhh berkecai hati. Last-last kami pi makan Nasi Kandaq Line Clear. Kat sini pun sedap jugak sebenarnya. Tapi aku tak makan nasi pun sebab kenyang. Aku makan roti telur ja.
Haa kat sinilah nasi kandaq line clear tu. Aku dekat meja sebelah sana tu.
Lepas semua kekenyangan, kami pun balik ke homestay. Aku macam biasalah, tidoq sepanjang perjalanan tu. Hari kedua ni hari paling penat dalam trip ni sebab banyak tempat pi dari pagi sampai malam. Sampai homestay tu, aku solat, mandi, iron baju untuk next day pastu lepak tengok tv sat kat ruang tamu tu, pastu terus tidoq tak sedaq diri haha.
Fuh, khalas day 2.
Tunggu laa last day punya jurnal hahaha.
#GGtakespenang series
No comments:
Post a Comment