[Sambungan trip ke Penang]
Masing-masing busy tengah kelebet-kelebet tudung depan cermin. Oh well, you know us girls and mirror are bestfriends hihuhihuhehehe.
And so, the journey continued for the second day.
First, kami keluar pi isi perut dulu. Yelah, kalau tak makan kan, nanti ada yang tergolek pengsan sebab kelaparan lulz.
First stop, breakfast kat kedai somewhere near Lorong Kulit/Ropewalk. Kemain semangat semua orang membahan makanan masing-masing. Kat sini pagi-pagi lagi dah ada nasi berlauk dan lauk-lauk dia semua sedap-sedap emm.
Muka seketul manusia yang kekenyangan lepas makan nasi sepinggan. Padahal sebelum start berjalan, dah telan berapa ketul roti aiskrim kat homestay tu lol.
Lepas breakfast, kami diberi masa dalam 30 ka 45 minit macamtu untuk pi jenjalan kat Ropewalk. Dulu masa kecik-kecik, sampai sekarang pun, aku sebut tempat ni 'ROKWOK' ja hahaha.
Ropewalk ni bukan yang jalan atas titi/jambatan gantung tu, haha ni macam lebih kurang uptown/downtown tapi belah pagi.
Yugetwataimen?
Shauqi tengah seronok sebab apa tu? 0.0 |
Lepas dah semua dah setel tawaf Ropewalk tu, kami pi Rumah Kelahiran P.Ramlee. Dari Ropewalk tu, boleh jalan kaki ja nak pi sini. Tak jauh mana pun.
View rumah P.Ramlee dari tepi. Rumah dia kecik laa jugak kalau nak compare dengan rumah kampung zaman sekarang. Rasa macam eh betulka rumah ni saiz macam ni.
Dalam rumah ni ada satu bilik tidur, ruang tamu, dengan dapur yang agak kecik. Ala-ala minimalist gitu.
Kat luar rumah ni ada hmm apa eh kita panggil? Balkoni? Pangkin? Alaa lebih kurang macam tempat nak lepak-lepak minum kopi makan cekodok/cucoq petang-petang.
Ni kat bawah rumah.
Basikal zaman dulu-dulu
Ni ruang dapur dia.
Violin P.Ramlee
Sampan ni ada kat bawah rumah P.Ramlee tu.
Sementara yang lain tengah busy kelebek-kelebek lagi rumah P.Ramlee tu, kami yang dah setel kelebek rehat dulu kat sini. Motif rehat kat sini? Haha sebab ada kipas kat pondok ni. Sejuk sikit haha.
Rumah P.Ramlee : Khalasss
Lepas puas ukur tanah segala bagai kat rumah tu, kami singgah arkib kat sebelah rumah tu. Dalam arkib tu ada macam-macam info, movie-movie P.Ramlee, even ada jual souvenir P.Ramlee. lebih kurang macam mini muzium. Lepastu, ada sorang pakcik ni yang jaga arkib ni. Pakcik ni cerita macam-macam pasal P.Ramlee. Dari cara pakcik ni bercerita, rasanya macam pakcik ni pernah kenal dengan P.Ramlee macam tu laa.
Lepas dah puas duduk dalam arkib tu, kami pun bertolak pi Masjid Negeri sebab budak lelaki nak sembahyang jumaat. Sementara tunggu budak lelaki habis sembahyang, kami yang perempuan ni pasang cd Dilwale dalam bas. Haha sebab masa ni movie Dilwale tengah meletops.
Aku? Separuh movie ja sempat tengok, lepastu aku dah tertidur hahaha.
Lepas semua dah siap solat, kami pi ke destinasi seterusnya, which was 3D Museum.
Best gila duduk dalam ni. Tiket taktaulah berapa harga dia sebab pihak komiti trip yang setelkan. Kami mai-mai terus masuk enjoy. Dalam muzium ni, ada macam-macam painting yang nampak real. Yalah, nama pun muzium 3D kan. Pi laa ramai-ramai dengan kawan-kawan atau family, baru best sikit nak bergambar.
Make sure jelajajah seluruh muzium ni tau, kalau tak rugi nanti macam aku. Haha dalam dok seronok-seronok jenjalan dalam ni, rupa-rupanya ada certain tempat yang aku terlepas lol. Dekat gambar-gambar tu, pihak muzium dah tanda siap-siap tempat untuk ambik gambar. kiranya kita takpayah laa jenuh pikiaq angle mana nak duduk untuk dapatkan gambar yang cantik. Oh lagi satu, boleh jugak kalau nak mintak tolong staf yang ada kat situ untuk tolong tangkapkan gambar hihi.
"Aww suwitnya awak tolong suapkan ittew makanan omnomnomnom" |
"Nak ambik gambar saya? Hmm posing cemni ok?" |
Seronoknya jadi orang tinggi hihihihi |
Drama kejam ibu dan anak tirinya |
"Heyy kauuu nak sangat kan kacau kitorang, meh sini aku babap kau" |
"Coz i'm gojes liddat" |
"sabaq sat nah cheq nak pi hantaq ET balik rumah dia" |
"Tolonggg jangan makan aku pleaseeee" |
Ni baru sikit ni gambar. Ada banyak lagi sebenarnya kat muzium ni.
Antara yang terawal habis tawaf satu muzium tu sampai sempat lepak kat kedai opposite muzium tu minum ayaq.
Ni nama dia Amal.
Ni kat luar muzium tu. macam cantik pulak dia gantung banyak-banyak tanglung warna pink kat sini.
Ah panjang pulak coretan day 2 ni. Okey tunggu #GGtakespenang Day 2 Part 2 pulak untuk pengembaraan selanjutnya hehe.
#GGtakespenang series:
No comments:
Post a Comment