Tuesday 28 February 2017

Andeka Family Day 2016

Ingat tak post sebelum ni aku pernah cerita pasal Efest Cup kan? (Kalau tak ingat boleh klik SINI PLEASE) Okay so sehari lepas habis Efest Cup tu, aku ada Family Day dengan Andeka pulak. Fuh penat Efest Cup pun tak sempat nak habis lagi. Kalau tahun sebelum ni, family day buat kat Sungai Chiling. Pi mandi sungai, pastu ada bbq dengan aktiviti lain sikit. Kali ni, kami main bowling lepastu sambung berpiknik dekat Taman Layang-Layang.


Pukul 12 tengahari, semua orang kena berkumpul kat Istana untuk registration. Ada briefing sikit dari committee, lepastu ada pembahagian kumpulan. Lepas tunggu semua sampai, kami pun bertolak ke Selayang Mall nak pi main bowling. Kami sampai sana dalam pukul 1 lebih, so sebelum game, pi laa sembahyang zohor siap-siap dulu kat surau mall ni. Sementara nak tunggu game start, kami pun rileks-rileks dulu sambil bergambar hihihi.





Presiden dan aiskrimnya



"No comment no comment"


Kak waniwano dan Kak Suya





Oh ya, family day ni bukan setakat untuk current members dalam Andeka ja. Even alumni pun boleh join family day ni. Antara alumni yang join;

Abang Rasul, Abang Hadi

Kak Aton, Abang Pian

Lepas semua dah pilih and pakai kasut, pastu berebut bola lol, kami pun start lah main. Setiap team ada lima orang player dan sorang dapat main dua game. Ha kemain lah semua tunjuk bakat terpendam masing-masing.

Tutorial memilih bola by Abang Ocul

Nak masukkan jari pun terkial-kial kesian budak ni lol.

Semua orang tengah excited sebab dah berjuta kali strike lah apa lah tapi budak yang tengah pegang phone tu still got no idea how to strike or spare or how to score in this game lol.

Meskipun masih blur, budak tersebut masih excited(?) untuk bermain.
Hashtag sportslover katanya.

Result second game untuk team aku. Ha tengoklah nama siapa yang dapat lowest score kat sini.

Lepas dah berhempas pulas main dua game, it's time to wrap it up. Lets not forget some official pictures at the bowling place. Taraa here's some.



Of course, mestilah tak lupa tangkap gambar dengan Nana kat sini. Best buddy in Andeka since first year dulu kot. (Lupakan penampakan kat belakang tu please lol)

Nak dekat dua jam jugaklah kami kat sini. By the time game dah habis, masa tu ada lagi 5-10 minit nak masuk waktu Asar. Kami pun berjemaahlah ke surau mall lagi sekali nak sembahyang Asar. Lepas tu, barulah kami bertolak pi Taman Layang-Layang pulak untuk next activity.

Orang lain lepas sampai kat Taman Layang-Layang tu, terus depa pi kat spot yang ditetapkan. Tapi aku dengan Kak Wani gigih pi buat PokeHunt dulu kat area yang banyak pokemon. Masa ni kan tengah famous lagi PokemonGo tu ahaha. Serius tak tipu banyak gila pokemon menarik kat situ haha. Pokestop pun banyak. Buat pulak ada orang pasang Lure Module kat almost every Pokestop kat situ, hah lagi banyaklah pokemon datang hahaha.

Lepas dah puas tangkap pokemon sikit-sikit, barulah kami pi join depa yang lain piknik kat sana haha.

MASA UNTUK PIKNIK YAY!









Budak berdua ni kalau mulut tak penuh dengan makanan, mesti tengah gelak tak berhenti. Sama je perangai budak berdua ni hahaha.



Lepas orang lain semua banyak yang dah habis makan, ada aktiviti penyampaian hadiah untuk winning team dengan best individuals masa game tengahari tadi. Aku masa ni memang tak peduli apa dah, tengah busy menghabiskan makanan aku ja. Haha biasalah aku kan slow eater. Aku tak ingatlah siapa yang menang semua hadiah tu. Tapi yang pasti, aku pun ada dapat award okay. Cubalah teka apa dia award aku?

Penerima Anugerah Tempat Kedua Tercorot.

Seriously, aku tak tipu haha. Dalam banyak-banyak orang yang main haritu, aku dapat second last. Adoyai boleh bayangkan lah dia punya sedih tu lagumana. Orang lain semua tengah seronok dapat strike, dapat spare, dapat jatuhkan at least 5 pin ke atas untuk setiap balingan. On the other side, aku pulak mesti masuk longkang setiap kali baling. Kalau kena time aku cemerlang sikit, bolehlaa dapat 2-3 pin yang jatuh. Sekali ja aku dapat strike, tu pun sebab luck.

Rasa rugi pun ada sebab bayar mahal-mahal tapi main kelaut. Rasa sedih tu of course lah ada. I guess bowling is just not my kind of sports. Taknak dah main ramai-ramai nanti confirm aku paling loser kat situ. *shed tears*

Lepas dah bagi hadiah, kami main game charades. Kemain semua hingaq dok main game ni hahaha. After that, ada lagi masa sebelum balik. Kami diberi kebebasan untuk buat apa-apa saja sampai pukul 6. Aku macam biasalah, sambung balik PokeHunt sambil merawat kesedihan mengenangkan prestasi buruk aku masa game tengahari tu lol.

Nana dengan Fiqa sempat lagi tidur masa ni.


Ada yang pi lepak-lepak kat tepi tasik tengok orang bagi makan ikan.

Ada yang gigih berphotoshoot macam ni

Kind of loving this silhoutte picture taken by my almost dying phone sebab main PokemonGo lama sangat

Lepas puas ber-PokeHunt sampai bateri phone bagi warning tinggal 15%, aku pun patah balik pi kat tempat tadi. Nak join orang lain ambik gambar, aku dah tak larat. So aku pun duduk termenung kat atas rumput tu lol. All of sudden, Nana (lepas dia dah bangun dari tidur) ajak aku tangkap gambar acah-acah macam The Fault in Our Stars tu. 

 

Gigih tahan gelak okay

Sebelum balik, haruslah ada official pictures dulu. Nah ni dia





Kudos to all committees yang bertungkus lumus menjayakan family day kali ni.



Sincerely yours,
farahtayah
































No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...