Monday, 6 July 2015

Malam Citra Budaya 2015

Okay harini kita nak cerita pasal Malam Citra Budaya 2015 pulak.

Apa tu?

Haa kalau nak tau Malam Citra Budaya ni dia macam Cultural Night yang selalu buat masa Taaruf Week dekat Gombak tu. Cuma kali ni, show ni dibuat dalam minggu kedua sem 2 14/15. Kisahnya ditukar macam ni sebab kalau buat masa Taaruf Week, student yang lain tak boleh nak tengok sebab Cultural Night tu dibuat sebelum bukak sem. 

Disebabkan show kali ni dibuat dalam minggu kedua sem 2 14/15, jadi kami yang terlibat dengan persembahan kalini tak payah mai uia dua minggu awal untuk training. Kami cuma kena mai seminggu awal ja sebelum sem bukak.

Sempat laa aku balik kampung kat Kelantan tiga hari hehehe.

Kalau dulu aku main tingkah, kali ni aku jadi percussionist yay. Kali ni dapat main jidur.

Haa kalau siapa yang taktau jidur tu macam mana, ni laa dia bentuk jidur tu. 
*pakcik google, mintak izin pinjam gambar ya*

Ni masa training seminggu sebelum sem bukak. Kebetulan Kak Sheda ada kat KL, jadi dia mai melawat kami.

Tangkap gambar pakai kamera iPhone, ofkos laa muka semua orang flawless gittew hihihi.

Masa ni ada photoshoot untuk video teaser malam budaya citra sebabtu yang lain semua pakai baju denim Andeka. Tapi kami yang jadi percussionists ni kena siapkan tapak bonang, sebab tu tak pakai baju denim sekali.

Show paciak masa first week of the sem.

Waktu training gabung dengan kelab-kelab citra yang lain

Masa ni kami semua tengah tunggu makanan sampai. 

Lepas operasi mengangkut barang ke main hall untuk rehearsal

Sementara nak tunggu loading barang kat atas stage tu, kita tangkap gambar dulu hihihi

Benda paling best lepas show *tak termasuk operasi angkat barang bawak balik kat bilik training* ialah bergambar hihihi

Gegirls dengan akak pianist kita, Kak Aman

Yang pakai baju Melayu kaler-kaler tu students dari Indonesia. Depa perform Tari Saman Acheh.

Kak Lina, Raihan, Hanin, Sheera dengan Faiz. Faiz ni Person-In-Charge untuk Andeka. Thank you Faiz sebab jaga kami yang kadang-kadang banyak songeh ni hahaha

Dengan kelab anglung

Yang tengah tu Amir, dia vocalist untuk Acoustic Band

Para performer dengan Cikgu Zana

Performers dan ahli Andeka yang lain

Mana ada kamera, kat situ konfem ada muka-muka kami hahaha

View dari backstage masa show tengah berlangsung. 

Kali kedua join show besar macam ni, Alhamdulillah stage fright tu dah makin kurang. Tapi still ada sikit-sikit.

Harap-harap dapat join lagi show besar macam ni.

Haa kalau ada yang nak tengok show ni, boleh laa klik link ni Malam Citra Budaya 2015
Semoga enjoy :)
















Tuesday, 30 June 2015

A year with Andeka

Sejak dari zaman sekolah menengah lagi (masa kat Sakba) aku teringin nak main caklempong. Semua ni start masa aku nampak budak-budak caklempong practice kat bilik muzik. Dalam hati aku nak jugak join tapi aku dengar cerita cikgu takmau ambik orang yang takdak basic muzik. Last-last aku pendam ja laa hasrat hati.

Sejak dari hari tu, kalau aku PBM ( short for Pulang Bermalam )aku selalu tengok dekat youtube video-video caklempong. Dari youtube laa aku terjumoa Andeka Caklempong. Kiranya aku tau pasal Andeka ni sebelum aku masuk UIA lagi hehehe.

Dipendekkan cerita, aku terpilih untuk masuk dalam kelab ni masa aku first year degree. Ofkos laa sebelum terpilih tu nak kena pi interview bagai. Cuak sangat masa tu sebab takdak basic muzik langsung. Nasib baik lepas fuhh...

Setahun bersama dalam Andeka ni banyak aktiviti yang aku join. Banyak jugak laa yang aku belajar.

Masa mula-mula masuk tu memang rasa awkward sebab tak kenal ramai orang. Tapi bila dah kenal semua orang hmm rasa macam nak lepak kat Istana tu lama-lama.

Fyi, Istana tu gelaran yang kami bagi untuk bilik training.

Ni laa antara aktiviti-aktiviti yang aku join

First aktiviti ialah induction day untuk batch 11. Pagi tu ada macam explorace lepastu malam tu ada makan-makan sikit.

Ritual wajib induction night ni ialah setiap batch baru kena buat persembahan. Ni laa persembahan kami yang tak seberapa sangat hahaha.

Ni first debut aku hahaha. Main paciak sempena inter-mahallah cultural week 13/14.
Walaupun main paciak tu sat ja tapi tiba-tiba boleh kena stage fright. Terus blank taktau nak ketuk apa. Hmm teruk jugak laa

Disclaimer: Pinjam tudung akel didi pastu tudung tu takmau menjadi habis kelepet sana sini tu yang kena lipat tudung lagutu


Haaa ni pulak program Busrah (Busking + Usrah) dekat Taman Layang-Layang. 
Aktiviti Busrah ni ada 2 sesi, pagi dengan petang.
Mula-mula ada sesi busking, lepastu makan tengahari dengan slot pengisian sikit dengan Cikgu Ku Zahir.
Sepatutnya petang tu ada lagi busking, tapi hujan jadi kami pun main laa benda lain hahaha.

Ni masa wedding Presiden kami, Kak Tim. Lepas habis pi wedding Kak Tim, balik tu terus sambung training untuk show taaruf.

Ni masa training gabung untuk show taaruf sem 1 14/15 

Kadang-kadang boring jugak makan kat kafe uia jadi kami sekali-sekala ada laa jugak makan kat luar masa minggu training ni.

Muka masing-masing yang puas lepas dah habis show taaruf. Yay first big show aku walaupun banyaaaaakkkkkk sangat salah haha malu sangat.

Ni pulak masa wedding cikgu kami, Cikgu Zana beberapa hari lepas show taaruf tu.



Ni pulak masa program busking di mana Andeka Caklempong bergabung dengan kelab angklung dekat Taman Tasik Titiwangsa.

Ni masa Show Recital 2.0. Show Recital ni tiap-tiap bulan ada. Setiap kelab di bawah CiTRA akan hantar satu team junior dan satu team senior untuk perform dalam show ni.

Main paintball dengan ahli Andeka yang lain. Best hahaha siap dapat 'bekam free' lagi haha.

Sepanjang sem kedua aku dengan Andeka, ada 3 show wedding. Semua show tu aku join hehehe. Best sebab dapat makan nasi kenduri free sambil boleh tambah pengalaman sambil boleh try semua busana Andeka hehehe. Ni gambar-gambar kat show wedding yang aku pernah join.

Show wedding dekat Shah Alam. Ni namanya 'show rezeki last minute'. Sebab apa aku cakap lagutu, kalau ikutkan aku tak dapat pun nak join show ni. Tapi last minute ada yang tarik diri, jadi dapatlah aku join hehehe

Show wedding untuk kakak kak Syaqirah, senior Andeka kami. Ni laa first wedding show aku. Daripada tau main 2-3 lagu ja, dah boleh main lebih kurang 20++ lagu yay


Show wedding kak Sheda, senior Andeka kami. Ni laa show first Andeka yang buat di luar kawasan KL/Selangor. Wedding ni buat kat Teluk Intan, Perak.


Masa ondewei nak pi rumah kak sheda kat Perak.

Wedding Kak Sheda

Ni dekat halaman homestay yang budak perempuan duduk dekat Perak.
Dok tengah acah-acah buat photoshoot cover majalah hahaha.

Dah alang-alang pi Perak, apalagi kita pun pi laa berjalan kat Menara Condong Teluk Intan.

Menara Condong Teluk Intan.

Program solat hajat perdana dan majlis perpisahan buat para senior yang bakal bergraduasi sem tersebut.

Seronok tau buat aktiviti sama-sama dengan ahli Andeka yang lain. One year and still counting :)
























Tuesday, 23 June 2015

AGD / AGM Andeka Caklempong 2014

Macam yang semua orang tau, AGD dengan AGM tu kan aktiviti wajib setiap kelab/persatuan setiap tahun, Sama jugak macam kelab Andeka Caklempong. kami pun ada jugak AGD / AGM ni.

Untuk AGD /AGM ni, mainboard akan suruh batch intake tahun tu handle.
Contohnya tahun lepas adalah untuk intake Batch 11. Maka, Batch 11 laa yang kena handle AGD / AGM tahun tu.

Fyi, Batch 11 tu batch aku laa hehe

So duduklaa kami satu batch brainstorm segala idea pikiaq apa yang nak kena buat segala bagai. Aku jadi biro training sekali dengan ayu. Biro training ni untuk apa? Haaa...
Masa AGD / AGM tu, Batch 11 kena perform untuk senior2. Ni memang ritual wajib dalam AGD / AGM Andeka. Jadi aku dengan Ayu kena handle waktu training dan yang sewatu dengannya gitteww.

Kami sepakat nak buat tema 'Kampung'. Semua orang kena pakai baju bertemakan kampung2 sikit. Even makanan untuk malam tu pun ala-ala kampung. Ada daging salai masak lemak, kerabu mangga, ayam goreng berempah dengan kuih-muih sikit. Hmm sedapnya.


Preparation petang hari kejadian.

Event ni macam biasa laa, lepas bukak majlis dengan al-Fatihah, ada ucapan dari director CiTRA dengan presiden kelab. Lepas tu pembentangan bajet kot. Haha taktau laa pembentangan apa sebab aku takdak kat dalam waktu tu tapi rasanya pasal bajet dgn expenditure kelab laa kot sebab Financial Controller yang bentang.

Habis semua benda tu barulaa sampai ke part yang semua orang suka. MAKANNNNN!!!!!
Tapi kami Batch 11 takleh makan lagi sebab kena get ready nak perform.

Haaa ni laa performance kami malam tu. Kami perform medley Desa Tercinta dengan Kampung Boy.

Percussionists

Aku kena main gereteh. Nervous kot masa ni sebab first time main gereteh. Dah laa main pun banyak salah.

Ni partner gereteh aku, Nisa. Nasib baik dia terer, bolehlaa nak cover sikit2 bunyi2 sumbang yang aku buat sebab salah main.


Lepastu, ada sesi pengumuman mainboard untuk tenure 2015 pulak. Ada 13 calon semuanya, lepastu semua  yang hadir kena undi 6 orang yang layak untuk jadi mainboard. Tapi sebelum tu, ada penyampaian award untuk best dressing yang kami namakan sebagai 'Tok Penghulu' untuk lelaki dan 'Bidan Kampung' untuk perempuan. Khalid dengan Kak Marjan menang award ni *clapsound* 

Habis semua benda tu, kiranya AGD / AGM ni secara rasminya tamat. Dah setahun Batch 11 membesar dalam Andeka Caklempong. Dah boleh dah handle program. Dah boleh dah join show. Rasa macam baru semalam ketaq lutut gelabah ayam nak pi interview. *shed tears*

 Bila program dah habis, mestilaa semua orang eksaited nak ambik gambaq haha. Tapi sebab aku lapaq, aku tak peduli sangat dah tangkap2 gambaq ni. Maka berbahagialah aku dengan makanan hahaha.

 Batch 10 bergambar dekat photobooth yang kami pulun buat + photobomb by Iyah





Batch 11 yang kelaparan selepas penat dok pulun bagi program ni smooth. Nampak tak muka kebuloq aku tu hahahaha

Well, at least ada laa sikit gambaq aku. Bersinar-sinar ibarat dilimpahi cahaya bulan gittew ambik hang hahaha

Family Andeka Caklempong :)

Ni video persembahan kami malam tu hee~~~
Tapi maaflaa video tak berapa nak lawa sangat



I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...