Wednesday, 25 May 2016

A battle with some evil winged beasts

Okay so macam ni kisah dia.

Petang semalam, aku pi jogging keliling uia. Hmm satu round ja laa mampu. Lepas balik jogging tu, aku pun rehat-rehat laa atas lantai kat bilik tu nak keringkan peluh sambil scroll insta, twitter, fb dan sebagainya. Masa tu dah nak dekat maghrib. Tingkap bilik masih lagi terbukak. Dalam hati,

"Alaa satlagi laa kita tutup tingkap. Lek luu, scroll dulu"

Sedang aku khusyuk scroll, tiba-tiba ada dengaq bunyi buzzz buzzz kat bilik. Dalam hati lagi,

"OMG ADA EVIL WINGED BEAST MASUK BILIK OMG OMG MAYDAY MAYDAY"

credits: GIFsec.com

Okey takpalah. Aku pun macam fikir,

"Hmm kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita kot"

Oh no no no.
SALAH SAMA SEKALI.
Dahlah terbang sesuka hati kat bilik orang, lepastu boleh pulak evil winged beast tu langgar kaki aku. Aku pun terjerit kecil,

"AAAA JANGAN SENTUH AKUUUUU"

Lepastu evil winged beast tu pun terbang pi kat tempat lain Tak lama lepastu, dia ajak kawan dia lagi sorang mai. Aduhhh satu pun dah cukup menakutkan, apatah lagi dua huwaaa. Tanpa berfikir panjang, demi menyelamatkan diri sendiri, aku ambik ridsect kat dalam loker pastu spray kat dua-dua evil winged beasts tu. Tingkap pulak aku tutup takmau bagi depa panggil backup yang lain.

"Iyargh matilah dikau"

Kata aku sambil meneruskan operasi penyemburan ridsect.

Tak lama lepastu, sekor dah kembali menemui Sang Pencipta. Kawan dia yang sekor lagi ni liat betul. Takmau mati lagi. Tapi dia dah pening-pening, terbang pun tak betul. Sambil mengumpul saki-baki keberanian yang ada, aku ambik kertas, cedok evil winged beast tu guna kertas tu, pastu buang kat luar bilik.

Fuhhh lega. Peace is restored.

Haa nak tau dak apadia evil winged beasts tu?

Jeng jeng jeng


Okeylaa aku mengaku yang aku exaggerate sikit bab bagi nama tu. Evil winged beasts ambik hang kemain glamour nama aku bagi. Padahal realitinya, setakat kelkatu cinonet ja. Hmm tapi yang ni tak cinonet macam biasa okayyyy. Dia besaq sikit sebabtu bunyi sayap dia kuat.

Haha ikutlah nak label aku ni penakut ka apa ka hmm tapi hmm aku memang takut pun dengan semua jenis serangga yang bersayap. Dengar bunyi sayap dia buzz buzz pun dah cukup menyeksakan tau. Tu belum mai rama-rama atlas lagi. Fuh kalau yang tu, nak spray dengan ridsect pun dah tak mampu. Menangis ja boleh. Lol.

Mesti orang kata,

"Heyyy budak ni harap ja badan besaq, tapi serangga kecik tu pun takut. Euww"

credits: giphy.com


Hahaha alaaa jangan laa macamtu. Alaa dia macam orang yang takut kucing laa padahal kucing tu bukan makan dia pun. Dahlaa kiut.

Haha sekian saja kisah aku dan pertarungan aku dengan evil winged beasts ni.
Hambar kan?

credits: www.carigold.com

Haha.
Ah biarlah.
Aku ni memang mudah terhibur. Benda macamni pun terhibur sendiri.
Lol.
Kbye.



Sunday, 22 May 2016

Recital 8.0

Sementara still dalam mood menulis ((sebab ada gap panjang between papers)) moh lew kita publishkan segala draft yang dah berkurun tu hehe.


Orait so hari isnin lepas lepas lepas, emm to be exact on 9th May, was the first ever recital held for this semester. Tapi recital kali ni fokus untuk junior yang baru join Citra.

((I thought I DID wrote something about the past recitals but hmm where is it?
Goshhh can't believe I never wrote anything 'bout it lol))

Okey back to this post.

Pada awalnya, aku sebagai one of the mainboard kena jadi advisor untuk team caklempong. Lepastu, supposedly ada 2 orang dari batch 12 (batch tahun lepas) akan jadi komiti dan PIC.
Kiranya kerja aku macam pantau gitu-gitu ja.

But then, sebab minggu tu banyak orang dah start busy, sebab dah minggu-minggu akhir sem kan, so sorang ja batch 12 yang available, Najmin. Jadi, mainboard semua sepakat jadikan Najmin sebagai komiti dan aku yang akan jadi PIC.

Hmm you're the one who asked for it paghah.

And so the story begins. Haa kemain laa gigih cari players. Thankfully, dalam masa setengah jam ja dapat full 14 players.
Fuhh kemain laju budak-budak ni.

Disebabkan dapat tahu pasal recital ni hmm rasanya lebih kurang seminggu cemtu ja dari tarikh event, so mau tak mau kena laa buat training tiap-tiap hari, even masa sabtu ahad. Hey, did I told you that life as a citra member requires a lot of sacrifice? Yup, weekends are one of those.

Selain kena train bebudak ni, PIC ada satu lagi kerja. Masa hari kejadian, ada macam potluck petang tu. Jadi setiap kelab kena contribute sejenis makanan. Dapat tahu pasal benda ni pun rasanya 3-4 hari sebelum event. Hah matilah hang nak cari supplier makanan untuk approx 150 people dalam masa 3-4 hari tu.

Dengan nak setel bebudak ni, cari makanan, meeting dengan komiti lain, assignment, and training untuk wedding a week after recital, hmm you can never imagine how hectic the past last weeks of semester were for me.

Training session

Alhamdulillah, ramai yang datang tolong masa training. Mainboard, biro training, senior yang lain banyak datang tolong.
Thank you.
Moga Allah balas jasa kalian. Boleh mati kot rasanya kalau kena handle sorang-sorang dari A to Z.

The same thing goes to makanan potluck. Untuk memudahkan kerja, aku pilih nak bawak creampuff ja. Awal-awal tu, ramai supplier kata tak boleh hantar on that day. Cuak teruk kot masa tu. Nasib baik ada sorang brother ni boleh buat dan hantar masa hari kejadian.
Fuhh legaaaa.

Kalau siapa-siapa nak order desserts ka apa-apa ka boleh try cekidaut

IG: @safabakery

ataupun boleh contact bro ni 019-955 3313

Bakery depa based dekat KL tapi boleh ja kalau nak mintak buat delivery. Ofkos laa ada charge sikit.

*Okay sambung cerita recital*

Lepas seminggu pulun training, finally the big day has arrived.


Soundcheck session.

Soundcheck sepatutnya start dalam pukul 4.30pm cemtu tapi sebab hari kelas kan, so ramai yang tak sampai lagi, so in short, everything was dragged. Dari sesi soundcheck, rehearsal, makan, hmm semualah pendek kata drag habis. Tapi nak buat macam mana kan, takkan nak suruh orang ponteng kelas.

Muka-muka nervous haha

Kalau ikutkan flow, sepatutnya caklempong merupakan kelab pertama yang akan perform. Tapi siapalah yang sangka, betul-betul 2-3 minit sebelum event start, hujan turun lebat gila. Tak dapat nak perform. Jadi siapa yang sepatutnya perform dekat gazebo ni terpaksa delay, bagi group yang kena perform kat dalam seminar room perform dulu. Last-last, daripada first performance, jadi second last performance. Hmm taktahu nak kesian ke nak gelak hmm.


Minutes before hujan lebat turun

Masa awal-awal event tu, ada sesi pengenalan PIC setiap kelab. PIC lain semua kemas-kemas, hmm yang aku ni dah basah kena hujan lol.

Disebabkan takut hujan takkan berhenti, last-last caklempong kena angkut barang-barang masuk dalam TR (training room). Hah kesian bebudak ni dahlaa kena tunggu lama sebab giliran dah tukar, lepastu kena angkut ke hulu ke hilir pulak barang-barang. Maka berpindahlah kami ke dalam TR.


Why you guys have to be so cute hmm

Lepas dah hmm dalam 2 jam lebih cemtu tunggu turn, finally, it's showtime baybeh wuhuuu




Alahai kiutnya semua orang. What a proud PIC I am.

Haha masa postmortem dengan bebudak ni, ada yang kata

"Mula-mula nervous sebab first performance kan. Tapi bila dah kena angkat-angkat barang macam ni, lepastu jadi second last performance pulak tu, terus hilang rasa nervous tu"

Hmm agaknya ni lah kot hikmah di sebalik kisah hujan lebat sampai kena pindah-pindah barang semua.

And the best part selain tengok bebudak kiut ni perform is........

taraaaaa

seniors yang bersemangat turun untuk support adik-adik batch 13 perform. Haa kemain gigih siap bawak sepanduk bagai.
Terharu jugak walaupun bukan aku yang di-support haha







Ahh semua orang memang daebak

And so, recital 8.0 came to the end....hmm at least untuk performers lah.
Kita yang PIC dengan komiti ni tak habis lagi. Ada postmortem bagai.


Komiti dan PIC lepas habis event.
Dah, takpayah sibuk nak cari mana muka aku dalam gambaq ni. Takdak pun haha sebab masa ni tengah angkut-angkut barang bawak naik ke bilik caklempong pastu tengah berehat-rehat depan aircon lol.

Lusa tu, kami ada postmortem. Postmortem ni buat rilek-rilek santai-santai ja. Semua orang bawak makanan, lepas habis postmortem, ada potluck kecik-kecik antara kami. Yang terlibat postmortem ni pun tak ramai mana, PIC, mainboard recital, dengan head bureau ja. Mana-mana subcom yang nak join dialu-alukan, tapi ada sorang ja kot kalau tak silap.

Muka tak sabaq nak makan tu hahaha



Dengan habisnya postmortem ni, habislah tugas kami except for secretary dengan financial controller lah kot haha sebab nak kena siapkan report program kan haha.

Ni kali kedua aku kena handle recital sebagai PIC. Kali pertama masa dua sem lepas. Cabaran? Hmm lebih kurang sama lah, orang tak concentrate bila kita bercakap etc semua tapi seronok jugak sebenarnya.

To be honest, recital makin lama makin penat. Aku pun taktau pasaipa hmm tapi penat kalini lagi teruk dari penat dulu. Lepas ni kalau ada orang offer jadi PIC ecital, walau desperate macam mana pun dah takdak orang nak handle ka apa ka, aku surrender dah kot haha takmau lah jadi haha aduhh penat ah.

Walaupun sebenarnya masa malam recital tu, aku patutnya pi stadium sebab ada closing ceremony untuk Kusef (which i'm pretty sure gonna blog about it hmm soon) (forget about it, too lazy haha), tapi takpalah, tengok bebudak kiut ni perform pun dah cukup puas. Hmm medal kusef tu, takpalah nanti ja lah tuntut.

And sebelum terlupa, a big thanks to biro media Andeka Caklempong sebab laju gila upload video persembahan malam tu.
Siapa nak tengok video bebudak kiut ni, boleh laa klik link kat bawah ni

1st song
Mudiak Arau 

2nd song
Medley Inang Cina & Cak Tun Tun







Saturday, 21 May 2016

Appreciation Post: Biro Dakwah dan Tarbiyah Andeka Caklempong

Okay so entri kali ni aku nak dedicate dekat Biro DnT Andeka tahun lepas.
Macam lawak kan tetiba orang yang suka gelak kuat-kuat huhahuha macamni boleh jadi Biro DnT.

Okay cerita dia start macam ni. Dulu, masa time AGD yang Batch 11 kena handle, ((kalau nak baca entri tu boleh klik SINI )) aku antara calon-calon untuk mainboard tenure 2014/2015. Fortunately, alhamdulillah aku tak menang dan aku pun rasa lega sebab aku tak rasa aku ready untuk tanggungjawab besar macam tu.

Lepas dah kalah tu, aku ingatkan aku dah terselamat dari all these leadership stuffs apakebenda semua ni. Hmm rupa-rupanya semua calon yang kalah bertanding diserap jadi head bureau. Okaylah okaylah kena jadi head bureau. Ingatkan hmm dapat biro yang melibatkan kerja-kerja organising macam busana ke teknikal ke.

Masa first meeting antara head bureau baru dengan mainboard, tetiba hamka suruh aku yang bagi tazkirah. Gila terkejut dah laa dengan tak prepare isi apa semua, aku pun main bedal entah apa-apa *aku harap sangat tak buat ajaran sesat kat situ* dahlaa dengan nervous apa semua sebab aku memang gugup kalau kena bercakap depan orang kalau unprepared. Ala-ala stage fright gittew.

Lepas setel tazkirah, hamka start sebut satu-satu nama head bureau dengan biro yang dia pegang. Masa kena bagi tazkirah tu lagi aku dah syak something. Oh last-last betul apa yang aku syak, kena pegang biro dakwah.

Aku pun dalam hati "WHAAAAAAAAAATTTTTTT"

CREDITS: ReactionGIF.org

Tbh, memang awalnya aku nak tolak.

ALASAN #1

Aku tak rasa aku orang yang layak untuk handle biro ni sebab rasanya ada lagi calon yang lebih layak dari aku.

ALASAN #2

Dari sekolah rendah sampailaa masuk universiti, aku tak pernah (mungkin ada tapi indirectly) jadi ketua atau lead something. Jadi nak kata kat sini aku ni jenis yang teruk dari segi leadership skill. Almaklumlah, dekat uia pun aku skip kelas leadership.

ALASAN #3

Simply sebab aku memang malas.


Banyak kan alasan. LOL.
Orang tua-tua cakap, kalau memang dah takmau tu, berjuta alasan boleh bagi.
Tapi, ada sekali tu sorang senior aku (tak ingat siapa, sorry sunbaenim) pernah pesan, kalau orang appoint kita untuk lead sesuatu, itu tandanya Allah dah tutup aib kita. Jadi, bersyukurlah dan terima tanggungjawab yang diberi.
Hmm burnnnn baybehhh burnnnn pergh kena kat diri sendiri.
Finally, aku pun terima.

Penolong aku, merangkap advisor agong aku, Umar. Mainboard yang jaga biro dakwah pulak Faiz.


Credits to Umar sebab dia yang semangat buat logo dengan soto biro.
Eh no sorry bukan soto tapi motto.

Sepanjang setahun pegang biro dakwah ni, hmm banyak benda best, benda baru dapat belajar. Banyak jugak cabaran dia sampai kadang-kadang rasa nak give up.

Seriously tak tipu part nak give up tu.

But then, what's the meaning of life kalau asyik hidup senang lenang no difficulties at all kan?

credits: taffydesu.devianart.com

Chillax ah paghah, yukenduit girl!

Biro ni takkan bergerak kalau aku sorang yang buat semua benda. Thanks to Umar dan Faiz yang banyak sangat tolong, semua masalah setel hmm rasa nak menangis terharu *shed tears*

Ni lah program terakhir yang biro dakwah handle untuk tenure lepas, Program Solat Hajat dan Apreciation untuk graduating students.
Fuh lega dah habis tanggungjawab.





Gambar masa agd dulu.

Mungkin tak banyak yang aku ceritakan pasal dua orang ni dalam post kali ni. Hmm tapi percayalah, serius tak tipu aku memang betul-betul terhutang budi dengan depa.

Walaupun dah belanja kfc sorang satu sebagai tanda penghargaan, tapi rasanya setakat ayam 2 ketul sorang tu tak cukup kot nak balas apa yang depa dah buat.

Thanks guys seronok dapat kita bekerja sekali.
Thank you sebab dah tolong macam-macam.


Sincerely,
budak-chubby-kiut-bernama-farah.

credits: www.crunchyroll.com
*sambil tulis sambil shed tears lol*
 







Examination period starter pack

Dah masuk exam week gaisss hmm.

saja takmau padam birthdate kat ic so that orang ingat birthday kita hahaha
Exam week ye?
Hmm apa yang kita perlukan masa exam week?
jeng jeng jeng

Caffein


Kegunaan:
Untuk stay awake nak stay up malam-malam
Untuk stay focus masa exam takmau bagi tidoq

Tapi jangan banyak sangat ambik kafein sampai 3-4 cawan nescafe dia bantai sehari.
Pening kepala satgi lol.


Breakfast Kit


Kalau yang ada exam pagi tu, please jangan lupa ambik breakfast dulu tau. Kalau yang ada exam petang pun still kena ambik breakfast.
Ah tak kisahlah exam ke tak exam ke, semua orang still kena ambik breakfast okay.
Breakfast ni antara waktu makan yang paling penting dalam seharian hidup kita. Kalau tak percaya, boleh pi google 'kebaikan breakfast' okay.
*acah-acah dietitian*


Plentiful of snacks/jajan


Emm kadang-kadang tengah study tu mesti lapaq kan?
Hmm ni laa function simpan stok snek/jajan kat bilik tu. Kot-kot pukul 12 malam lapaq, mana ada kiosk kat mahallah yang bukak *excluding mahallah brothers*
Ratah telur rebus pun boleh jadi okay daripada kebuloq lepastu meroyan tak tentu pasal.


Maggi


Ni kan makanan feveret almost every student hehe mana boleh terkeluar dari list exam starter pack.
Simpan laa sikit 2-3 peket maggi kat bilik tu.
kadang-kadang kan malas nak pi kafe beli makanan/berjimat teruk sebab dah hujung sem so hmm maggi laa yang jadi 'knight in shining armour' kita haha.
Tapi jangan laa sampai tiap-tiap hari balun maggi. Oi tak baik untuk kesihatan.


Instant drinks


Cari laa apa-apa instant drink yang boleh mengenyangkan contohnya soya, milo, horlicks etc.
Kalau nak study tapi takmau makan benda berat masa lunch sebab takut mengantuk, boleh minum instant drink macam ni.


Oats


Compliment kepada instant drink tadi.
Campur oats dengan milo etc.
Ni kalau tiba-tiba lapaq malam-malam, makan oats pun okey jugak.


Lots of plain water


Don't forget to stay hydrated.
Minum air banyak-banyak, bagus untuk kesihatan, bagus untuk nak kurus hihi.
Sehari paling kurang pun 2 litres. Tu paling kurang tau.


Fighting spirit

credits: GoBoiano

Never give up on studying no matter how hard it seems.
Banyakkan berdoa, keep fighting okay!


credits: mynameart.com


All the best untuk exam. :)









I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...