Saturday, 21 May 2016

Appreciation Post: Biro Dakwah dan Tarbiyah Andeka Caklempong

Okay so entri kali ni aku nak dedicate dekat Biro DnT Andeka tahun lepas.
Macam lawak kan tetiba orang yang suka gelak kuat-kuat huhahuha macamni boleh jadi Biro DnT.

Okay cerita dia start macam ni. Dulu, masa time AGD yang Batch 11 kena handle, ((kalau nak baca entri tu boleh klik SINI )) aku antara calon-calon untuk mainboard tenure 2014/2015. Fortunately, alhamdulillah aku tak menang dan aku pun rasa lega sebab aku tak rasa aku ready untuk tanggungjawab besar macam tu.

Lepas dah kalah tu, aku ingatkan aku dah terselamat dari all these leadership stuffs apakebenda semua ni. Hmm rupa-rupanya semua calon yang kalah bertanding diserap jadi head bureau. Okaylah okaylah kena jadi head bureau. Ingatkan hmm dapat biro yang melibatkan kerja-kerja organising macam busana ke teknikal ke.

Masa first meeting antara head bureau baru dengan mainboard, tetiba hamka suruh aku yang bagi tazkirah. Gila terkejut dah laa dengan tak prepare isi apa semua, aku pun main bedal entah apa-apa *aku harap sangat tak buat ajaran sesat kat situ* dahlaa dengan nervous apa semua sebab aku memang gugup kalau kena bercakap depan orang kalau unprepared. Ala-ala stage fright gittew.

Lepas setel tazkirah, hamka start sebut satu-satu nama head bureau dengan biro yang dia pegang. Masa kena bagi tazkirah tu lagi aku dah syak something. Oh last-last betul apa yang aku syak, kena pegang biro dakwah.

Aku pun dalam hati "WHAAAAAAAAAATTTTTTT"

CREDITS: ReactionGIF.org

Tbh, memang awalnya aku nak tolak.

ALASAN #1

Aku tak rasa aku orang yang layak untuk handle biro ni sebab rasanya ada lagi calon yang lebih layak dari aku.

ALASAN #2

Dari sekolah rendah sampailaa masuk universiti, aku tak pernah (mungkin ada tapi indirectly) jadi ketua atau lead something. Jadi nak kata kat sini aku ni jenis yang teruk dari segi leadership skill. Almaklumlah, dekat uia pun aku skip kelas leadership.

ALASAN #3

Simply sebab aku memang malas.


Banyak kan alasan. LOL.
Orang tua-tua cakap, kalau memang dah takmau tu, berjuta alasan boleh bagi.
Tapi, ada sekali tu sorang senior aku (tak ingat siapa, sorry sunbaenim) pernah pesan, kalau orang appoint kita untuk lead sesuatu, itu tandanya Allah dah tutup aib kita. Jadi, bersyukurlah dan terima tanggungjawab yang diberi.
Hmm burnnnn baybehhh burnnnn pergh kena kat diri sendiri.
Finally, aku pun terima.

Penolong aku, merangkap advisor agong aku, Umar. Mainboard yang jaga biro dakwah pulak Faiz.


Credits to Umar sebab dia yang semangat buat logo dengan soto biro.
Eh no sorry bukan soto tapi motto.

Sepanjang setahun pegang biro dakwah ni, hmm banyak benda best, benda baru dapat belajar. Banyak jugak cabaran dia sampai kadang-kadang rasa nak give up.

Seriously tak tipu part nak give up tu.

But then, what's the meaning of life kalau asyik hidup senang lenang no difficulties at all kan?

credits: taffydesu.devianart.com

Chillax ah paghah, yukenduit girl!

Biro ni takkan bergerak kalau aku sorang yang buat semua benda. Thanks to Umar dan Faiz yang banyak sangat tolong, semua masalah setel hmm rasa nak menangis terharu *shed tears*

Ni lah program terakhir yang biro dakwah handle untuk tenure lepas, Program Solat Hajat dan Apreciation untuk graduating students.
Fuh lega dah habis tanggungjawab.





Gambar masa agd dulu.

Mungkin tak banyak yang aku ceritakan pasal dua orang ni dalam post kali ni. Hmm tapi percayalah, serius tak tipu aku memang betul-betul terhutang budi dengan depa.

Walaupun dah belanja kfc sorang satu sebagai tanda penghargaan, tapi rasanya setakat ayam 2 ketul sorang tu tak cukup kot nak balas apa yang depa dah buat.

Thanks guys seronok dapat kita bekerja sekali.
Thank you sebab dah tolong macam-macam.


Sincerely,
budak-chubby-kiut-bernama-farah.

credits: www.crunchyroll.com
*sambil tulis sambil shed tears lol*
 







No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...