Wednesday, 25 May 2016

A battle with some evil winged beasts

Okay so macam ni kisah dia.

Petang semalam, aku pi jogging keliling uia. Hmm satu round ja laa mampu. Lepas balik jogging tu, aku pun rehat-rehat laa atas lantai kat bilik tu nak keringkan peluh sambil scroll insta, twitter, fb dan sebagainya. Masa tu dah nak dekat maghrib. Tingkap bilik masih lagi terbukak. Dalam hati,

"Alaa satlagi laa kita tutup tingkap. Lek luu, scroll dulu"

Sedang aku khusyuk scroll, tiba-tiba ada dengaq bunyi buzzz buzzz kat bilik. Dalam hati lagi,

"OMG ADA EVIL WINGED BEAST MASUK BILIK OMG OMG MAYDAY MAYDAY"

credits: GIFsec.com

Okey takpalah. Aku pun macam fikir,

"Hmm kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita kot"

Oh no no no.
SALAH SAMA SEKALI.
Dahlah terbang sesuka hati kat bilik orang, lepastu boleh pulak evil winged beast tu langgar kaki aku. Aku pun terjerit kecil,

"AAAA JANGAN SENTUH AKUUUUU"

Lepastu evil winged beast tu pun terbang pi kat tempat lain Tak lama lepastu, dia ajak kawan dia lagi sorang mai. Aduhhh satu pun dah cukup menakutkan, apatah lagi dua huwaaa. Tanpa berfikir panjang, demi menyelamatkan diri sendiri, aku ambik ridsect kat dalam loker pastu spray kat dua-dua evil winged beasts tu. Tingkap pulak aku tutup takmau bagi depa panggil backup yang lain.

"Iyargh matilah dikau"

Kata aku sambil meneruskan operasi penyemburan ridsect.

Tak lama lepastu, sekor dah kembali menemui Sang Pencipta. Kawan dia yang sekor lagi ni liat betul. Takmau mati lagi. Tapi dia dah pening-pening, terbang pun tak betul. Sambil mengumpul saki-baki keberanian yang ada, aku ambik kertas, cedok evil winged beast tu guna kertas tu, pastu buang kat luar bilik.

Fuhhh lega. Peace is restored.

Haa nak tau dak apadia evil winged beasts tu?

Jeng jeng jeng


Okeylaa aku mengaku yang aku exaggerate sikit bab bagi nama tu. Evil winged beasts ambik hang kemain glamour nama aku bagi. Padahal realitinya, setakat kelkatu cinonet ja. Hmm tapi yang ni tak cinonet macam biasa okayyyy. Dia besaq sikit sebabtu bunyi sayap dia kuat.

Haha ikutlah nak label aku ni penakut ka apa ka hmm tapi hmm aku memang takut pun dengan semua jenis serangga yang bersayap. Dengar bunyi sayap dia buzz buzz pun dah cukup menyeksakan tau. Tu belum mai rama-rama atlas lagi. Fuh kalau yang tu, nak spray dengan ridsect pun dah tak mampu. Menangis ja boleh. Lol.

Mesti orang kata,

"Heyyy budak ni harap ja badan besaq, tapi serangga kecik tu pun takut. Euww"

credits: giphy.com


Hahaha alaaa jangan laa macamtu. Alaa dia macam orang yang takut kucing laa padahal kucing tu bukan makan dia pun. Dahlaa kiut.

Haha sekian saja kisah aku dan pertarungan aku dengan evil winged beasts ni.
Hambar kan?

credits: www.carigold.com

Haha.
Ah biarlah.
Aku ni memang mudah terhibur. Benda macamni pun terhibur sendiri.
Lol.
Kbye.



No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...