Friday, 21 August 2015

IIUM Sports Carnival 2015

Dah lama sebenarnya buat draft pasal isc ni haha tapi takdak idea nak karang ayat. Mentang2 harini baru habis jawab paper BM, ada laa idea tu dia mai sikit2 walaupun isc ni dah lama habis dah outdated sangat haa.

Oh well, tak kisah laa. At least nanti boleh tunjuk entri ni kat cucu "Cu, ni masa nenek muda gagah perkasa nenek main hoki". Walaupun aku rasa by the time aku nak tunjuk kat cucu aku dia akan tanya "Nek, dulu2 benda alah blog ni femes ka?"

Amboi hambarnya. Kay. Tapi tetap nak gelak kat lawak hambar sendiri haha.

ISC ni dia kira macam sports day kat sekolah laa. Bezanya kalau kat sekolah kita lawan antara rumah sukan, kat sini lawan antara mahallah. Haa gitu.. Dia ada banyak sukan macam olahraga, volleyball, netball hmm dan banyak lagi.

Mestilaa aku pilih nak masuk hoki hehe sukan paling feveret dari sekolah rendah lagi. Selalunya game hoki ni main 11 sebelah tapi untuk peringkat isc ni, main 7 sebelah ja. Sebab susah nak cari orang kot kalau buat 11 sebelah. Hmm kot laa.


Time training


Tu yang lelaki baju biru tu coach team hafsah.  Dia memang main hoki untuk UIA. Apa ntah nama dia. 
Hazim? Nazim? Nizam? Aiman? 
Ampunnnnnnnnnnnn coach saya memang betul2 tak ingat nama coach T.T

Tapi dia ajar memang best haha. Sebab kebanyakan kami dalam team ni yang dah lama tak pegang stick (termasuk aku laa tu haha), jadi dia ajar benda2 basic macam cara hit dengan slap yang betul, passing, hmm macam2 lagi.


Punya laa komited coach ni sampai dia siap whatsapp lagi apa yang kami nak kena improve waktu training. Harap2 tahun depan sudi lagi jadi coach kami haha.

Ni laa team hoki hafsah

Game petang lawan nusaibah
Dari kiri: anati, salijah, kak yana, kak ein, syu, tak ingat nama tapi anisah kot haha, kak syifa, farah mozaimi, farahtayah, jenab.

Game malam lawan safiyyah

Part yang paling sedih mestilaa kalah tak dapat pi semi final. 
Soooooooo sadddddddddd.
Hmm tak kisahlah, ada orang sanggup rekrut kita yang basic skill dah berkarat berkulat berteraboq ni pun dah cukup terharu *shed tears sikit*

Yang kiri tu Anati, kapten hoki hafsah.
Yang kanan tu kak jia, manager hoki hafsah.

Kalau ikutkan, kami ingat lepas habis game ni nak belanja coach makan. Tapi tu pun kalau menang haha. Tapi sebab dah tersangkut kat grouping, hmm tunggu tahun depan je laa coach hmm.

Lepas habis isc ni, depa yang mustang dalam team ni (anat, kak ein dengan syu) ajak laa kami yang lain ni try turun training mustang. Aku dengan kak yana pun kemain semangat haha. Tapi aku selalu laa jugak skip training haha okay jangan tiru tabiat buruk ni


First friendly game

Lepastu masa bulan puasa haritu,aku ada jugak try selection untuk masum. Hehe result dia macam biasa laa, mesti tak dapat pi punya.

Training malam time bulan puasa
Tapi nak kata macam bersyukur sebab tak dapat pi pun ya jugak. Haha azab wehhhhhhhhhh training time bulan puasa.

Okay tiap2 hari isnin-jumaat ada training. Petang pukul 5.30 - 6.30. Lepastu kelam kabut beli makanan bukak puasa. Bukak puasa pulak kena pantang sikit. Takleh makan makanan yang berat sangat. Daging takleh makan sebab lambat hadam, nanti semput time training malam. Makanan yang pedas pun takleh makan. Masa mula2 bulan puasa tu memang berat banyak turun yay sebab bukak puasa tak makan benda berat.

Lepastu sambung pulak training malam dari pukul 9 - 12 lebih. Habis training pukul 12 tu belum termasuk lagi sesi cooling down. Terawih pun tak lagi. Selalunya aku tidur pukul 2 pagi tiap2 hari. Esok tu memang kena tahan mengantuk sungguh2 dalam kelas haha. 

Tapi tahun depan macam nak try lagi sekali. Tu pun kalau aku boleh tahan azab dia hmm.

2 comments:

Unknown said...

Salam..nak tnye..iium mustang ade kt uia gombak je ke?kt uia kuantan ade x?😊

farahtayah said...

Wslm. Tak sure pulak pasal uia kuantan. Tp untuk team hoki ni, ada je players dari kuantan. Diorang lidv dekat gombak masa shortsem sebab ada intensive training everyday. Kalau waktu long sem, diorang tak datang gombak.

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...