Wednesday, 20 January 2016

Tabur East

Assalamualaikum dan hai gaiss.

Kali ni nak cerita pasal kisah naik bukit tabur.
Dah 3 tahun lebih aku study dekat uia gombak (dari cfs sampailah dah nak masuk 3rd year degree), rasanya ni laa first time aku naik bukit yang ada dekat sini.

Kisah macam mana aku boleh ikut naik Bukit Tabur ni start masa exam week haritu. Entah macam mana, tiba-tiba Farid ajak naik Tabur dalam group whatsapp Andeka. Proposed date untuk panjat Tabur ni 9hb Dec. Mula-mula aku macam 'eh nak ikut ka dak?' sebab esoknya tu aku ada exam. Dah laa paper Intermediate Macro II, antara paper yang susah laa jugaak. Kemain lama dok pikiaq, last-last aku pun ikut ja laa sebab kalau tak ikut kali ni, taktau bila lagi orang nak ajak naik.

Mula-mula sikit ja orang yang nak ikut. Tapi lama-lama makin ramai. Kami naik 12 orang semuanya termasuk sorang guider.

Geng Tabur East 9/12
Abg Zarif (guider)

Farid

Umar

Kajai

Khalid dan abang khalid

Husni

Ain

Farah kawan ain

Kekyu

Timah

 Aku

Perjalanan kami start malam sebelum tu. Dalam pukul 11.45 malam, kami pun keluar dari uia lepastu overnight kat luar sebab takut pakgad tak lepas kalau nak keluar pukul 4-5 pagi. Thanks to Umar, alhamdulillah kami dapat tempat tidur yang selesa. Geng lelaki tidur kat pusat tuisyen, geng perempuan tidur kat tadika yang cute sangat hehe.

Kami start panjat dalam pukul 5.30 pagi macam kalau tak silap. Eh ke pukul 6? Haha tak ingat exact time, tapi lebih kurang camtu laa. Memandangkan Husni dah pernah naik tabur sebelum ni, jadi dia yang guide kat depan. Abg Zarif duduk belakang sekali, orang selalu panggil sweeper. Disebabkan dah lama tak exercise, (last aku exercise masa turun training hoki time bulan puasa haritu), serius tak tipu semput teruk weh nak sampai puncak. Dalam hati, aku macam 'wehhhhh bila nak sampai' 'wehhh hampa takmau berhenti ambik nafas sat ka' 'weh boleh dak aku tunggu kat sini ja' dan macam-macam lagi ayat yang lebih kurang. Mengada kan aku lulz hahaha.

Kami berhenti solat subuh kat tengah-tengah jalan. Solat pun gilir-gilir sebab ruang pun takdaklah besar mana. Aku dengan kekyu jenis pemalas nak ambik wudhuk guna air dalam botol sebab renyah. Jadi kami ambik wudhuk siap-siap kat tadika kami tidur tu pastu hmm tahanlah sedaya upaya jangan bagi batal wudhuk tu.



The view before sunrise subhanallah memang cantik :)

Lepas semua dah siap solat subuh, kami lajukan sikit pace sebab takut tak sempat nak tengok sunrise. Aku pun dah lost track berapa jam sebenarnya kami hike sebab tak pakai jam.






Nasib baik sempat kejar sunrise. Cantik sangat :)

Bila dah sampai kat puncak, rasa macam 'fuyooooooooo' sebab view dari atas memang sangat cantik. Boleh nampak tasik kat bawah tu. Takdak laa rasa menyesal sangat tidur 2-3 jam, struggle dengan laluan yang susah apa semua tu. Okey, tak laa susah mana pun laluan Tabur East ni, aku ja yang mengada hahaha. Yang part susah tu sikit ja, masa nak turun kat part berbatu-batu tu. Yang lain okey ja. Aku saja ja exaggerate heh.


Ni laa tasik yang aku cerita tu

Apa yang kita buat bila dah sampai kat puncak? Of course laa bergambar hehe.














Muka tengah tahan cuak sebab gayat haha












what it takes for a good picture














Some videos that we recorded up there just for fun :D








Lepas dah puas bergambar semua, kami pun makan sikit bekalan yang kami bawak. Sekadar untuk alas perut ja. Satgi tergolek pulak sebab lapar.




Sambil makan sambil bergambar

Dalam pukul 8.45 pagi kami dah start nak gerak turun. Mak oi, atas bukit pun boleh jem. Disebabkan laluan nak naik dengan turun dari puncak tu one way, (which is kat tempat batu-betu yang aku dok membebel susah tu), jadi makan masa sikit nak turun tu sebab nak kena tunggu turn.


Time ni tengah dok tunggu turn nak turun kat tempat batu-batu tu.


Haa nampak tak jem kat tempat batu-batu tu? Kalau naik lambat-lambat time weekend memang ramai macamni


Laluan nak turun ni senang sikit dari laluan nak naik. Banyak slide ja hehe syok laa jugak.




Kat bawah tu ada taman perumahan. Pastu ada laa taman mainan. Hmm bagi laa can depa dua ni jadi kanak-kanak balik sat haha.

Farah Nadia, Farah Idayu, Farah Aida

Tiga ketul farah yang eksaited naik bukit

Sebelum balik uia, kami singgah makan cendol sat kat kedai tepi jalan.




Husni yang tetap setia dengan headlampnya walaupun dah selamat turun XD



Dah puas makan, kami pun gerak balik uia dan meneruskan operasi study untuk paper seterusnya. Disebabkan naik tabur ni tak warm up apa dulu, plus dah lama tak exercise, esok tu habis sakit satu badan. Padan muka hang paghah, naik bukit tak reti nak beringat, kan dah kena jawab exam sambil tahan sakit :/

Okey, setakat tu ja pasal Tabur East. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, kita pi naik bukit lain pulak hehe.







No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...