Thursday, 29 October 2015

Festival Gamelan dan Caklempong Antarabangsa 2015

13 September lalu, team caklempong uia telah membuat persembahan sempena Festival Gamelan dan Caklempong Antarabangsa 2015 (IGCF'15). Sebenarnya festival ni tiga hari, tapi team uia punya slot masa hari ketiga.

Team festival

#AndekaTV update dari depa masa tengah soundcheck.


 #AndekaTV update dari depa sebelum perform. Cikgu tengah busy pakaikan tanduk kat hamka.



Masa persembahan. Lawa lighting dia.



Antara ahli Andeka yang mai nak bagi support

Proud of them walaupun takleh nak pi tengok :')



Disebabkan aku dengan kak suya ada full rehearsal untuk TCoL masa hari tu, kami dua orang pun dok  ulang-ulang ayat "mesti best kalau dapat pi" haha. 

Nasib baik boleh tengok video Lopak Kito kat youtube hehe.













Sunday, 13 September 2015

A half-day off from TCoL's training

Aku tahu aku sepatutnya tidur sekarang ni *it's 2.07am* kalau tak habislaa nanti overslept esok. Dah laa pukul 9 kena setup alat. Hmm tapi takpalah. Sikiiiiiiiiittttttttttt ja lagi hehe

Harini cikgu cakap start berkumpul dekat TR (short for Training Room) pukul 5 petang. Aku pun "oh okay yay boleh sambung tidoq lepas subuh"
OKAY JANGAN TIRU TABIAT DI ATAS

Mula-mula dalam hati konon-kononnya "okay tengahari ni kita start study sikit lepastu kita gerak pi tr lepas asaq"
Acah-acah azam tahun baru sangat nak start study awal sem. Lewls.

Tak lama lepas aku ada 'nawaitu' yang sangat cemerlang gemilang terbilang tu, tiba-tiba mai pulak 'nawaitu' lain.
"Apa kata kita pi berjimba kat Jalan TAR. Bukan selalu boleh pi"

Aku pun lepastu bersiap ala kadar ja lepastu terus keluaq tunggu bas. Masa tu nak dekat pukul 1 tengahari. Sampai Jalan TAR, dah masuk waktu zohor. Pi laa sembahyang sat lepastu baru laa mulakan 'Operasi MembeliBelah' hahaha.

Tak laa banyak mana pun aku shopping tapi hmm biasalaa orang perempuan hmm.


Barang first yang aku beli ni haa perfume Victoria Secret. Aku selalu tengok orang pakai perfume jenama ni. Macam best. Aku pun nak laa jugak try. Ni botol saiz sederhana. Harga dia rm15. Kalau saiz besar lagi harga rm25. Kalau yang saiz cinonet sikit murah ja, rm5 tapi mesti cepat habis nanti sebab kecik ja. Yang kaler biru aku beli ni nama dia 'Endless Love'. Hmm boleh tahan jugak laa bau dia. Sedap. Wangi.


Lepastu jalan sikit lagi aku jumpa kedai jual tudung banyak-banyak. Ada kedai ni dia jual bawal crepe rm5 sehelai. Aku pun borong laa 6 helai hehehe. Best pakai bawal crepe ni sebab dia senang menjadi kat muka so tak payah bersusah payah spray starch kat tudung semata-mata nak bagi dia muncung lawa. *Girls paham kot masalah ni hmm* Lagi satu, bawal crepe ni kain dia tak jarang sangat jadi tak pakai inner tudung pun takpa.


Dari awal aku niat nak mai Jalan Tar ni, aku memang nak beli baju kurung sepasang. Punya laa dok jalan tengah-tengah terik + jerebu sambil makan sosej yang macam Uncle Bob punya tu, tetiba aku nampak ada satu kedai ni dia jual baju kurung less than rm100. Aku pun masuk laa. Pastu berkenan kat baju kurung pahang ni. Harga yang makcik tu bagi rm65. 

Bagi aku, harga ni okay ja. Sebab selalunya upah menjahit baju kurung pahang ni rm40++. Tu tak kira lagi harga kain. Kalau total up, lebih laa dari harga baju ni. Aku memang suka baju kurung pahang sebab bila pakai nanti kita akan nampak kurus hahaha.

Dalam gambar ni memang buruk sikit laa. Almaklum laa aku ni bukan photographer sangat pun. Ambik gambar pakai phone cikai ja. Tapi kalau tengok dengan mata sendiri, baju ni memang cantik. Dia kain songket tapi yang telah di-cotton-kan gittew. So tak laa panas macam kain songket sebenar.

Lepas dah habis shopping, aku rasa macam nak lukis inai kat tangan. Aku pun pi laa kat port kakak-kakak makcik-makcik melukis inai. 

Gemuknya jari hmm
Mula-mula aku sua tangan kanan dulu kat kakak tu. Dia pun lukis laa corak ni. Cantik kan. Suka tengok orang yang pandai melukis inai ni. Dah laa dia main lukis lagutu ja tak refer kat buku corak apa pun. 

Jari ke sosej tu?

Lepas seronok tengok dia lukis tangan kanan, aku pun sua tangan kiri "akak, tangan kiri pun nak jugak". Dia pun lukis laa corak ni. Tak sama dengan hat tadi, tapi almost similar. Sebelah tangan rm5 jadi total rm10 sebab aku buat dua belah tangan.

Ada kakak/makcik yang akan tanya "Adik, kuku nak buh inai sekali tak?" 
Nasihat aku JANGAN. Sebab dia akan charge rm1 untuk setiap kuku. Total nanti jadi rm10 untuk inai lukis + rm10 untuk sepuluh kuku = rm20. Baik pi beli inai kat kedai mydin (jalan depan sikitttt dari tempat lukis inai) lepastu balik rumah bubuh sendiri kat kuku.

Lepas dah lukis inai, masa tu pukul 3,30 petang. Aku pun rushing balik sebab takmau terlambat pi training TCol. nasib baik sempat. Sejam kemudian aku sampai uia.

Orang kata shopping ni terapi kepada stress. Hmm betul laa tu. Balik shopping tadi terus hilang stress haha. Tapi takleh laa nak buat selalu. Pokai laa nanti.

Ok lah selamat beradu gaiss. Sebelum tu, kalau siapa yang berkesempatan pada 13 september 2015, Andeka Caklempong dari UIAM akan membuat persembahan di Festival Gamelan dan Caklempong Antarabangsa 2015. Show pukul 3 petang. Pi laa support depa okay. Penat depa prektis nak dekat 2 bulan tau.

Apa-apa pertanyaan boleh contact no yang tertera okay. 

Nah teaser sikit



Dan jangan lupa jugak, 14 dan 15 September ni akan ada event The Colours of Life di CAC UIA Gombak. Hari pertama akan ada Grand Concert yang dipersembahkan oleh CiTRA-IIUM Traditional Orchestra. Malam seterusnya akan ada persembahan teater dari dua production house. And what's best is Istana Budaya dan IT Bezz sponsor event ni.

Jemput datang tau. Semua dialu-alukan :)











Monday, 31 August 2015

Kelas BM Madam Mascitah

Short sem kali ni aku pakat dengan roommate aku si farhana nak ambik subjek BM sama-sama. Aku dengan farhana ambik bm dengan madam mascitah. Sehari sebelum masuk kelas tu, farhana cakap kat aku "weh farah ko jangan gatal tetiba nak drop bm lepastu tinggal aku sorang-sorang dalam kelas tu. aku dah laa tak kenal sape-sape"

Aku pun "yelaa pahana.. aku pun kenal kau sorang je dalam kelas tu" 
Drama sangat aku dengan farhana dekat bilik haha konon-kononnya kami kenal sesama sendiri ja dalam kelas tu lol.

Lepas aku check siapa classmate aku dekat iTaaleem, aku pun pi laa dekat compartment farhana "weh pahanaaaaaaaaa classmate kita semua budak econs laa"
Aku memang tiap-tiap awal sem aku suka check siapa classmate dengan aku. Mana nak tau kot-kot satu kelas dengan bakal crush ka hahaha okok tu tak lawak pun.

Belajar bm ni best haha. Tiap-tiap hari masuk kelas asyik gelak ja sebab madam pun jenis yang suka melawak. Bayangkanlaa aku yang mudah terhibur ni tiap-tiap hari kena control jangan gelak kuat-kuat sangat dalam kelas hmm.

Tugasan pertama yang kami kena buat ialah bentuk satu kumpulan dalam 5-6 orang untuk pembentangan projek.


Ni groupmates aku. Yang kiri sekali tu laa si farhana, roommate aku. Tepi farhana, farah najihah. Yang duduk tu haziq, tapi orang panggil dia Toq. Yang kanan sekali tu emy. Kami kena acah-acah tubuhkan syarikat sendiri lepastu konon-kononnya jual produk kecantikan keluaran syarikat kami padahal produk tu EDC yang supply haha. Lepas brainstorm kemain lama, kami pun setuju nak bubuh syarikat kami nama Durrah Dahayu Sdn. Bhd. Durrah bermaksud mutiara, Dahayu pulak bermaksud kecantikan camtu. 


Selain projek ni, kami jugak kena pecah masuk group lain lepas tu kena bercakap kat depan sebagai salah satu assignment. Setiap group dapat tugasan lain-lain. Ada yang kena buat mesyuarat, ucapan awam, wawancara dan macam-macam lagi laa. Group aku kena buat ucapan awam. Dah laa group first yang kena present, siapalaa yang tak cuak.


Ni team ucapan awam. Dapat satu group dengan Azzim, Najua dengan Teha.

Kami buat *konon-kononnya* majlis perasmian koleksi jubah terbaru dari butik kami. Untuk assignment ni, azzim berlakon jadi model, najua berlakon jadi pereka fesyen untuk butik kami, teha jadi mc, lepastu aku pulak jadi datin apabenda entah yang konon-kononnya datang untuk merasmikan pelancaran jubah ni.

Azzim yang gigih berusaha tahan gelak masa modelling dalam kelas

Teha MC yang comel haha


Lepas habis present. Fuhhh legaaaa

Classmates aku mostly sama batch dengan aku kecuali 4 orang. 3 orang junior lepastu lagi sorang senior. Ni laa classmates aku. Tiap-tiap hari mengadap muka depa.

Juwe, Mai, Najua, Madam, Diha dengan Spark.

Emifazira, Shaik, Madam, Musliha, Teha, dengan Shahira

Amiin, Ereena, Madam, Aina, Syazwani, Azzim

Miza, Hafizah, Suzana, Madam, Mimie, Salwani, Raisudin

Selain gelak tiap-tiap hari dalam kelas, kami ni jenis yang suka bergambar. Madam pun kadang-kadang join sekali. Dalam phone tu penuh dengan gambar kelas bm ja hahaha.












sorry cikud dengan emi terbuat peace sampai tutup muka hihi 










Siapalah yang tak rindu kelas bm ni. Aina ada buatkan video khas untuk kami semua. Thank you Aina. 


Hmm selamat menghabiskan sisa-sisa cuti gaiss. Haha dan semoga semua dapat keputusan yang cemerlang lusa ni.




Friday, 21 August 2015

IIUM Sports Carnival 2015

Dah lama sebenarnya buat draft pasal isc ni haha tapi takdak idea nak karang ayat. Mentang2 harini baru habis jawab paper BM, ada laa idea tu dia mai sikit2 walaupun isc ni dah lama habis dah outdated sangat haa.

Oh well, tak kisah laa. At least nanti boleh tunjuk entri ni kat cucu "Cu, ni masa nenek muda gagah perkasa nenek main hoki". Walaupun aku rasa by the time aku nak tunjuk kat cucu aku dia akan tanya "Nek, dulu2 benda alah blog ni femes ka?"

Amboi hambarnya. Kay. Tapi tetap nak gelak kat lawak hambar sendiri haha.

ISC ni dia kira macam sports day kat sekolah laa. Bezanya kalau kat sekolah kita lawan antara rumah sukan, kat sini lawan antara mahallah. Haa gitu.. Dia ada banyak sukan macam olahraga, volleyball, netball hmm dan banyak lagi.

Mestilaa aku pilih nak masuk hoki hehe sukan paling feveret dari sekolah rendah lagi. Selalunya game hoki ni main 11 sebelah tapi untuk peringkat isc ni, main 7 sebelah ja. Sebab susah nak cari orang kot kalau buat 11 sebelah. Hmm kot laa.


Time training


Tu yang lelaki baju biru tu coach team hafsah.  Dia memang main hoki untuk UIA. Apa ntah nama dia. 
Hazim? Nazim? Nizam? Aiman? 
Ampunnnnnnnnnnnn coach saya memang betul2 tak ingat nama coach T.T

Tapi dia ajar memang best haha. Sebab kebanyakan kami dalam team ni yang dah lama tak pegang stick (termasuk aku laa tu haha), jadi dia ajar benda2 basic macam cara hit dengan slap yang betul, passing, hmm macam2 lagi.


Punya laa komited coach ni sampai dia siap whatsapp lagi apa yang kami nak kena improve waktu training. Harap2 tahun depan sudi lagi jadi coach kami haha.

Ni laa team hoki hafsah

Game petang lawan nusaibah
Dari kiri: anati, salijah, kak yana, kak ein, syu, tak ingat nama tapi anisah kot haha, kak syifa, farah mozaimi, farahtayah, jenab.

Game malam lawan safiyyah

Part yang paling sedih mestilaa kalah tak dapat pi semi final. 
Soooooooo sadddddddddd.
Hmm tak kisahlah, ada orang sanggup rekrut kita yang basic skill dah berkarat berkulat berteraboq ni pun dah cukup terharu *shed tears sikit*

Yang kiri tu Anati, kapten hoki hafsah.
Yang kanan tu kak jia, manager hoki hafsah.

Kalau ikutkan, kami ingat lepas habis game ni nak belanja coach makan. Tapi tu pun kalau menang haha. Tapi sebab dah tersangkut kat grouping, hmm tunggu tahun depan je laa coach hmm.

Lepas habis isc ni, depa yang mustang dalam team ni (anat, kak ein dengan syu) ajak laa kami yang lain ni try turun training mustang. Aku dengan kak yana pun kemain semangat haha. Tapi aku selalu laa jugak skip training haha okay jangan tiru tabiat buruk ni


First friendly game

Lepastu masa bulan puasa haritu,aku ada jugak try selection untuk masum. Hehe result dia macam biasa laa, mesti tak dapat pi punya.

Training malam time bulan puasa
Tapi nak kata macam bersyukur sebab tak dapat pi pun ya jugak. Haha azab wehhhhhhhhhh training time bulan puasa.

Okay tiap2 hari isnin-jumaat ada training. Petang pukul 5.30 - 6.30. Lepastu kelam kabut beli makanan bukak puasa. Bukak puasa pulak kena pantang sikit. Takleh makan makanan yang berat sangat. Daging takleh makan sebab lambat hadam, nanti semput time training malam. Makanan yang pedas pun takleh makan. Masa mula2 bulan puasa tu memang berat banyak turun yay sebab bukak puasa tak makan benda berat.

Lepastu sambung pulak training malam dari pukul 9 - 12 lebih. Habis training pukul 12 tu belum termasuk lagi sesi cooling down. Terawih pun tak lagi. Selalunya aku tidur pukul 2 pagi tiap2 hari. Esok tu memang kena tahan mengantuk sungguh2 dalam kelas haha. 

Tapi tahun depan macam nak try lagi sekali. Tu pun kalau aku boleh tahan azab dia hmm.

Thursday, 20 August 2015

IDC 2015

Okay okay aku mengaku aku sepatutnya baca buku, study untuk exam esok tapi hmm sekarang kan petang. Orang cakap kalau petang2 tak elok study, sebab tak masuk otak katanya. hihi.

Entry harini nak cerita pasal IDC 2015 ataupun nama penuh dia IIUM Interschool Debating Championship. (This IDC does not stands for 'I don't care' okay). Dah lebih seminggu dah IDC ni habis. Baru sempat nak update.


Dan sebelum ada yang tanya "hang reti ka nak debate ni? suruh cakap sikit kat depan pun asyik dok gelak ja", meh aku jawab siap2, aku join event ni sebagai komiti tau, bukan peserta. Peserta ni budak2 sekolah menengah. Memang kalah laa team aku kalau aku jadi peserta sebab asyik gelak ja nanti hahaha


Ada orang cakap kat aku "awat hang rajin sangat join benda2 macam ni?" 
Haha. Aku join sebab sepanjang 9 hari event ni (dari 3 Aug - 11 Aug) dapat makanan free. Kan dah save duit kat situ hihi. Selain makanan, dapat T-shirt free, tudung Aidijuma free, starpoint dengan sijil. Siapa yang tak suka dapat benda2 free macam ni kan.

Aku jadi komiti katering. Lagilaa seronok sebab deal dengan MAKANANNNNNNNNNNN hahahahaha *okok farah sila behave*

Hey, siapa kata komiti katering tak penat. Penat okayyy. Pukul 6.30 pagi sepatutnya dah terpacak dekat tempat bertugas sampai pukul 8.30 malam. Okaylaa okaylaa ada lagi biro yang lagi penat okaylaa okaylaa.

Dalam satu biro ni ada dalam 30 orang. Kami dibahagikan kepada 3 group kecil mengikut kategori bahasa debat. Ada BM, BI, dengan Arab. Aku kena jaga dekat tempat BI. Team BI ni perempuan ja. Lagilaa seronok hehe.



Caterinas berjaya sedang bekerja

Makcik guard belanja kami makan rambutan




Caterinas berjaya yg kepenatan bekerja. Kami makan duluuuuu


Okay sampai disini saja kali ni, habis exam kita tulis entry banyak2 sikit





I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...