Monday, 23 January 2017

ISC 2016

ISC 2016 ni merupakan edisi kali kedua buat aku.
Aku pernah tulis pasal ISC 2015 kat SINI

Masa 2015, aku join satu sukan ja, which was hockey. Tahun ni punya edisi (2016), aku decide untuk cabar diri sendiri join lagi satu sukan, which was athletic. To be specific, acara larian jarak sederhana, 1500m. Acara ni memang favourite aku masa zaman-zaman kat HSBM dulu-dulu. Kiranya kali ni, aku wakilkan hafsah untuk dua sports; hoki dengan olahraga.

It all started on 18th November 2016. sehari lepas birthday aku  Tu lah hari first untuk game hoki kategori perempuan. First game start pukul 6 kalau tak silap, tapi kapten, Syu suruh turun awal untuk stretching, warming up segala bagai.

Kalau masa 2015, tak sure lah kita panggil sistem apa, kalah mati dua kali kot namanya. Ha kita guna sistem ni. Macam ada peringkat grouping, lepas tu johan dan naib johan setiap group lawan kat semis. Tapi kali ni, depa tak guna sistem tu dah. Kali ni guna sistem liga. Maybe sebab tak ramai kot mahallah yang hantar wakil untuk hoki. Lagi satu kelainan, kali ni kami main 7 sebelah instead of 11 sebelah macam dulu.


First game kami lawan Mahallah Asma'

Lepas game lawan Asma', kami rehat lama jugak laa sebab next game kami lepas maghrib.


Sementara tunggu next game, kami relaks dulu makan sikit-sikit sambil tengok game tak-ingat-siapa-lawan-siapa.


Before our second game against Mahallah Nusaibah.

Lucky for us, dapat seri untuk game kali ni. Kenapa lucky? Sebab Nusaibah antara pencabar yang agak hebat dan kami pun memang pulun jugaklah game ni takmau bagi kalah sebab kalau kalah, rosak sikit laa chance nak dapat gold medal.

And with one win, one tie, tamatlah hari first untuk Hoki ISC 2016. Next game dijadualkan pada 21st November.

Tapi, on 20th November tu aku ada event athletics. On the same day jugak, patutnya aku join Road To Trail Run tapi terpaksa tarik diri sebab clash lepastu aku jual nombor bib aku kat orang lain yang nak join.

Namelist atlet olahraga Hafsah and their respective events

Ni bib aku untuk event olahraga.

Nervous beb sehari sebelum tu. Mana taknya, dah lama tak compete untuk track and field. Last aku compete masa form 5 dulu tapi tu pun dalam acara 400m dengan 4x400m. Last aku lari 1500m ni rasanya masa form 3 dulu kot. Gila lama.

Pagi tu, madam sangat baik hati offer nak hantarkan kami pi stadium. Dapatlah merasa sikit duduk dalam kereta takyah jalan kaki pi stadium walaupun berhimpit dalam kereta madam ahaha.

"Alaa, uolls ni kan kecik-kecik je mesti muat punya" - bak kata madam

Waktu ni tengah tahan nervous haha.




The (incomplete) Hafsah's athletics team.

Walaupun aku tak dapat medal kali ni, tapi aku puas sebab aku rasa aku dah put on my best effort masa tengah lari tu. For once, aku tak terfikir pun nak give up walaupun tengah penat masa tu. ((which I usually did back when I was competing in 400m during high school years))

Untuk event ni, ada dua wakil dari hafsah. Aku dengan Mira. 1500m ni kita kena lari 3 and a half round kalau ikut track kat stadium tu. Sepanjang lari tu, aku boleh dengar teammates yang lain dengan kawan-kawan dari team lain tengah cheer

"Go HAFSAHHHHH!!!"
"Hafsah GO! Sikit lagi tu!"
"Kemon farahhh sikit lagiiiiii" 

Bila orang cheer kat kita, plus dengan 'Good Luck' wishes dari kawan-kawan sebelum aku lari buat aku rasa macam semangat sikit nak habiskan larian aku.
Thanks guys :')

Tadaaa. Final result untuk 1500m women's category.
Finished eighth with time taken 8:19:78
Banyak lagi nak kena improve. Kena selalu turun training, kena kuat mental etc barulah boleh on par dengan Kak Seha, gold medallist untuk event ni. Hebat weh Kak Seha tu. Boleh katakan setiap acara yang dia masuk mesti dia dapat medal.
#IDOLA 

Ni masa prize giving ceremony petang tu. Kalau tak silap hafsah dapat bawak balik 4 silvers, 2 bronze? Haha tak ingatlah dapat berapa. Dah lupa.

Balik tu, terus kalut-kalut basuh baju hafsah sebab esoknya tu aku ada satu lagi game. Final game untuk hoki. Macam biasa, game kami start pukul 6 lebih tapi dah kena berkumpul kat turf pukul 5 lebih.

Tactical briefing sikit-sikit by captain, Syu. Aku yang pakai bib no 4 tu.
((dari belakang nampak macam kurus pulak k lol))




All hyped up for our match against Mahallah Sumayyah and Mahallah Safiyyah.

We were aiming for the gold medal sebab memang nampak peluang cerah, 4 wins and 1 tie. Plus, kami nak tebus balik kekalahan kat grouping stage tahun lepas. But we were denied by Nusaibah just by 2 goal differences.

Hmm sedih laa sikit sebab semua orang memang berharap nak gold. Tapi silver medal pun okey jugak. Kita dah usaha, tapi kalau memang bukan rezeki kita, siapalah kita untuk menidakkan kekuasaan-Nya.
#tazkirahpetang

So here you go, the silver medallist for ISC 2016 Women's Hockey;
HafsahHawks

Ingatkan prize-giving ceremony buat lepas habis semua game, rupa-rupanya dia nak sekalikan dengan prize-giving ceremony untuk hoki lelaki, which was on 22nd November. Tapi aku tak dapat nak join sebab ada Recital malam tu. Last-last Syu buat delivery medal dari bilik-ke-bilik sebab ramai jugak yang takleh pi prize giving ceremony.

Our silver medal :)

At last, dapat jugak aku merasa medal ISC. Tahun lepas tak dapat, 2017 mungkin dah tak join kot sebab dah nak habis belajar.



My Internship Diary: Week 2



Baru masuk minggu kedua intern. Rasa macam dah lama pulak haha. Cerita minggu kedua ni lebih kurang ja dengan cerita minggu pertama.



Untuk hari ni, macam biasalah rutin harian aku pagi-pagi buat report open PO dengan open PR. Lepastu dalam pukul 12 lebih macam tu kot, ada 3 bungkusan atas meja aku. Mula-mula macam pelik jugaklah, apa benda tu. Takkan makanan untuk bukak puasa kot. Awal lagi.

Rupa-rupanya tu sample maltodextrin. Kisahnya, kalau ada sample sampai, mula-mula sample tu akan dihantar ke department planning dulu. Lepas tu, planner akan take note batch number sample tu. Lepas dah take note, sample tu akan pass pulak kat QC.

Macam bungkusan makanan bukak puasa pun ada jugak.

Lepas take note nombor batch semua sample, aku pun seronoklah sebab dapat keluar jalan-jalan haha sebabnya lab QC jauh sikit dari operation building tu. Dia dekat-dekat dengan kantin sikit.

Selain tu, aku kena hantar weekly production schedule dekat manufacturing manager untuk dia sign.
Haa tu ja kerja untuk harini.



Harini pun sama jugak rutin harian aku. Takdak apa yang lain pun.

Oh cumanya harini kena check open PO untuk 22 Jun. Sebabnya 22 Jun tu kan cuti umum sempena Nuzul Quran, jadi sepatutnya takdak incoming delivery haritu. Jadi kerja aku kena check kalau-kalau ada incoming delivery haritu, lepastu bagitau planner yang involve untuk dia reschedule balik delivery tu.



Harini pun macam biasa, setelkan rutin harian open PO dengan open PR hari-hari. Takdak tambah apa-apa benda baru lagi.




Lepas siap dua-dua report, Karina ajar aku buat satu report baru. Report untuk stocks per batch. Report ni untuk chilled products macam yogurt, drinking yogurt dengan pasteurised milk. Tujuan buat report ni kita nak tengok berapa banyak yang kita dah produce. Haa macam tu lah lebih kurang. Haha aku pun dah tak ingat sangat sebab dah berapa bulan habis intern lol.

Harini Miss Yee, ((yang duduk dekat meja hmm taktau nak describe sama ada tepi atau depan aku, complicated sikit)) ajar aku benda baru.
Miss Yee ajar check availability of raw material. Nak kena check raw material tu cukup ke tak untuk production haa lebih kurang macam tu laa. Kalau tak cukup, then kena alert kan planner mana yang terlibat cemtu.



Last day of the week yay!

Basically, harini pun rutin tak banyak berubah.

Setelkan open PO, open PR, stock per batch, lepastu check raw material.

And then, petang tu ada meeting antara planning department, plant dengan warehouse. Meeting ni cuma nak bentangkan balik revised production plan masa minggu raya nanti. Meeting pun sat ja, dalam setengah jam macamtu.

Balik meeting tu, tengok-tengok ada lagi sample sampai atas meja. Yay masa untuk jenjalan tawaf kilang hahaha. Lepas setel take note batch number sample tu, aku pun keluar laa nak pi hantar kat lab QC. On the way nak pi hantar tu, terserempak dengan Mira dengan Azraai baru balik dari ambik makanan bukak puasa.

Yesssss harini dapat makan nasi ayam penyet haha.

Haa tu ja untuk minggu ni.

Oh ya, untuk minggu ni aku patut berterima kasih dekat fariha sebab dia rajin tolong hantar aku pagi-pagi pi lrt naik motor hehe.

Kisahnya, bas paling awal masuk uia pukul 6.30 pagi, kadang-kadang ada laa lambat sikit dalam pukul 6.35 macam tu. Kalau naik bas, biasanya dalam 6.45 atau 6.50 baru sampai lrt. Lepastu macam rushing sikit laa sebab nanti terkejar-kejar nak sampai sana lepastu nak kena risau pasal sempat ke tak nak naik bas etc omg penatlah nak menggelabah hmm. Since fariha tengah buat part time kerja kat mahallah office sepanjang cuti ni, dia pun baik hati nak tolong hantar aku pagi-pagi sebab kesian hmm tapi lama-lama aku yang kesian kat fariha sebab dia takleh tidur balik lepas subuh lepastu kena mengadap angin pagi yang sejuk gilaaaaaaaaa hmm.
Kamsahamnida fariha :D




My Internship Diary: Week 1

This post will be about some of my journey masa awal-awal start intern haritu.

Last paper aku untuk sem ni pagi Isnin lepas, 6/6/16. Dahlah hari first puasa. Orang lain seronok-seronok puasa kat rumah, kita tengah kalut nak jawab exam lagi.

Okay takpalah. Lepas habis exam hari Isnin tu, esoknya aku dah start first day intern. Amboi tak sempat nak bernafas. Malam sebelum tu aku dah start dah cuak teruk. Macam-macam aku dok pikiaq sampai nak tidoq pun tak lena.


Alhamdulillah lepas macam-macam dugaan nak dapat tempat intern, akhirnya aku dapat jugak rezeki untuk intern dekat Dutch Lady Milk Industries Bhd, dekat Petaling Jaya.
Okay so here it goes.



Pagi-pagi pukul 5 dah bangun. Lepas makan sahur ala kadar dengan apa yang ada kat bilik, aku pun bersiap-siap. Pukul 6.10 aku dah keluar bilik, tunggu kat bus stop. Dalam pukul 6.30 macam tu, bas pun mai. Lepastu naik LRT sampai ke stesen universiti. Nasib baik masa turun tu, bas yang aku nak naik tu dah nak gerak. Aku sampai Dutch Lady pukul 7.55.

Pas pelawat

Lepas dah sampai tu, aku kena isi borang dan kena pakai pas pelawat. Disebabkan aku ni first day kat sini, aku still kena tunggu Kak Fiza (HR) mai ambik aku dari pondok pak guard tu. Kak Fiza bawak aku jumpa supervisor aku, Miss Tan Poh Lian. Dekat Dutch Lady ni, aku dapat Planning Department. Supervisor aku pun brief laa serba sikit jobscope department ni. Habis briefing, aku dibawak jumpa team planning. Ada 7 orang semua sekali, including sv aku, tapi sorang takdak buat sementara waktu sebab tengah ambik maternity leave.

Sempat pulak sembang dengan faiz kat sini haha. Tapi tempat kami lain-lain laa. Aku punya tempat kat level 2, dia punya tempat kat level 3.

Ni laa meja sementara aku. Aku duduk kat tempat Kak Mira ni dulu sementara dia tengah cuti.

Hmm untuk first day ni, tak banyak pun kerja yang aku kena buat. Banyak leisure time haha.

Dalam pukul 4 lebih tu, Natalie, salah sorang teammates planning, bawak aku pi kantin untuk ambik makanan berbukak. Haah kat sini dapat elaun makan, so jimat laa sikit duit aku hihi. Ingatkan kecik ja tempat ni, rupa-rupanya besar jugak.

Untuk first day, aku still rasa awkward nak pi sembang dengan yang lain-lain. Aku pun macam krik krik sikit laa kat situ. Tapi depa semua sebenarnya friendly ja. Lepastu sebab ni first day, aku macam blur lagi laa pasal timing bas rapid apa semua tu. Lepastu dahlaa masa pagi-pagi nak pi kerja tu, aku salah turun. Sepatutnya aku turun kat Jaya One, tapi aku terturun awal sikit. Akibatnya, ambik hang jauh jugak laa nak kena jalan sampai ke kilang tu. Ni laa padah tak belajar kat CFS PJ, tak berapa nak familiar dengan area ni hmm.

Aku sampai bilik pun lagi 4-5 minit sebelum berbukak. Uish penat jugak laa ulang-alik Pj-Gombak sobs rasa nak menangis pun ada. Malam tu mak aku call, sembang-sembang tanya pasal macam mana first day kerja, okey ka dak etc.



Hari kedua pun aku still kena pakai pas pelawat lagi. Harini ada safety induction dengan new joiners yang lain. Aku, Faiz, Wei Hon dengan En Tarmimi. Mula-mula ada briefing pasal safety, lepastu briefing pasal quality assurance (QA), lepastu Kak Fiza masuk untuk setelkan isi-isi borang segala bagai. Habis semua tu, Kak Fiza bawak kami untuk buat fingerprint scan untuk attendance, lepastu bawak pusing-pusing satu kilang.

Yayyyyy dah dapat staff punya card hehehehe.

Untuk hari kedua pun tak banyak kerja jugak. Aku just kena asingkan kertas-kertas mana yang boleh recycle, mana yang kena bubuh dalam shredder.


Ni haa bertimbun kertas aku nak kena asingkan.

Lepastu harini aku jumpa kawan intern baru, nama dia Mira. Dia intern untuk department QA.



Harini ada rezeki nak keluar uia awal sikit so pagi tu sempat laa nak tumpang Faiz pi tempat kerja. Dia kutip aku kat LRT Asia Jaya. Harini awal gila lah aku sampai hehe dalam pukul 7.30 macamtu.

Harini dapat belajar benda baru. Natalie ajar aku macam mana nak buat report open purchase order (PO) dengan open purchase requisition (PR). So setakat ni, tiap-tiap pagi, aku kena buat dua report ni lepastu emel kat the whole team.

Lepastu harini, aku kena buat filing untuk weekly production plan. Ada tiga production plan yang nak kena buat, powder, sterilized milk dengan chilled products. Lepas setel filing ni, kena label pulak file tu. Tapi aku sempat siap dua file ja.

Rasanya harini lah hari paling drama bagi aku. Dahlah pagi-pagi bangun dah azan. Duhh baru ramadhan keempat dah ada tragedi terlepas sahur sobs.

Lepastu masa aku nak balik tu, hujan lebat. Boleh pulak aku lupa nak bawak payung harini. Aku pun redah ja laa jalan kaki dalam hujan dari kilang sampai ke bus stop. Aku ada jugak buat muka kesian sepanjang berjalan tu, kot-kot laa ada yang kesian nak tumpangkan aku hmm tapi takdak siapa sudi hmm. Sampai kat bus stop tu, aku dah basah lencun. Kasut tak payah cerita laa, dah bertakung air kat dalam tu, sikit lagi nak ada ikan berenang dalam tu.

Harini jalan jem teruk. Selalunya naik bas nak pi LRT universiti tu ambik masa dalam setengah jam kalau time nak balik, tapi harini sampai sejam. Oi lamanya. Harini aku sampai bilik lambat gila. Pukul 8.25 baru sampai. Dah nak dekat isyak dah. Taktau laa nak menangis ka nak redha ka apa ka.



Yesss harini hari jumaat, last day untuk bekerja minggu ni yayyyyyy.

Harini tak banyak kerja pun. Mula-mula pagi tu aku buat report open PO dengan open PR, lepastu emel kat semua orang. Dah setel dengan dua-dua report ni, aku sambung kerja-kerja filing production plan yang tak habis semalam.

Labelling yang aku buat. STM stands for sterilized milk, POW for powder, CHP for chilled products.

Lepas dah siap filing dengan label, aku memang takdak kerja langsung haha. Lepastu aku pun belek-belek segala report yang ada dalam komputer ni. Hmm kemain parah jugak aku nak paham segala short form report-report semua tu haha.

Petang tu, Mira ajak aku pi ambik makanan berbukak. Aku pun ikutlaa dengan penuh kegembiraan sebab selalunya aku jalan sorang-sorang ja pi kantin tu.

Disebabkan aku dah fobia dengan jem semalam, harini aku try venture jalan baru nak balik uia. Instead of tunggu bas rapid kat depan Jaya One, lepastu naik sampai LRT universiti, aku try tunggu bas dekat bus stop tepi kilang tu. Bas tu bawak sampai LRT Asia Jaya. Rupa-rupanya laluan kat sini tak jem sangat petang-petang. Aku sampai bilik awal jugak laa harini, dalam pukul 6.30 macamtu. Ya Allah kalau aku tau, awal-awal lagi aku dah naik bas kat situ. Tobat takmau dah naik bas depan Jaya One tu hmm.

Haa tu lah diari intern aku untuk minggu first ni. Niat pada awalnya konon-konon nak buat weekly diary lah tapi hampeh ahaha baloq liat.

Saturday, 7 January 2017

2016, It's a Wrap!


2016 IN A WRAP


(1) Appointed as one of Andeka's mainboard



It was one of the biggest amanah given to me this year. Maybe ada lah kot yang kata

"Alah setakat jadi FC ja pun. Budak Econs kan memang terer bab kira-kira duit ni"

NEHIIIIIIIIIIIIII!!!!!!

It was more than just kutip-duit-kira duit-thing. Anyway, glad that it was over now haha.

(2) Went for a trip to Penang with Gamelan Gema Gangsa



I was invited by Zati to join their 3 days trip. It was fun, getting to know more people and making new friends. We had lots of laugh, and we do eat a lot too haha.

Thanks for the invitation!

Oh and here are the links for the posts about this trip;


(3) Citra Open Day - The Last Concert 



Here's a pic taken before the concert begun. One thing for sure, back then, I didn't realized that this concert will be my last. This semester will be my last semester in IIUM but I'm not performing this time :')


By the way, I did wrote a post on COD before this.

(4) Andeka Busking



We went for a busking session at KL Tower earlier this year. It was a bit tiring with all those training beforehand, but it was super-fun on d-day itself. Plus, it was my first time visiting KL Tower since I came to study here in 2012.

Managed to write a blogpost on this too

(5) Recitals


Here's me with my anak-anak asuhan yang nakal tapi comel(?)

Recitals were held twice in 2016, one in each semester. I did not performed during the first, instead, I was the person-in-charge for Andeka's performers.

Oh and I did blogged about it a little. Here it is



And this one is the latest recital, where I did performed alongside with other senior members of Andeka :')
I've promised the senior team that I'll write a post about this, but emm biasalah pemalas sikit kan hahaha nanti-nantilah.

(6) Konsert 3 Lagenda - Bagaikan Mimpi




Up until today, I still felt like it was a dream. Having the chance to perform on the same stage with Orkestra Tradisional Malaysia and these 3 legends; M,Nasir, Ramli Sarip and Jamal Abdillah, surely it was beyond imagination.

Yelah mana taknya, dahlah basic knowledge pasal muzik pun suam-suam kuku ja, alih-alih dapat offer nak perform kat konsert ni. Habis ja konsert tu, balik bilik takleh tidoq sebab still tak percaya haha.

Anyway, it was one of the best moment in my life and I really hope that someday, my family will be able to watch me performing on stage, tak kisahlah konsert kecik ka besaq ka or even busking.

(7) Show IMWS - Rezeki



Ha ni pun best jugak sebab dia macam rezeki lepas kecewa sebab something.
Betullah orang kata;

"Allah takkan tarik sesuatu melainkan untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"
"Kehilangan itu bukan melemahkan, tetapi menjadikan kita lebih baik"
:')

Show IMWS in a wrap;
-performing in front of Permaisuri Agung
-first time performing as a gereteh (dah lama tunggu nak dapat peluang ni)

Made two blogposts about this show;

(8) 3-months of internship at Dutch Lady Milk Industries


Gambar ihsan google sebab tak teringat pun nak ambik gambaq lembu ni

I was offered a placement for internship at Dutch Lady a week before my semester ended. Masa tu memang seronok betoi sebab lagi sikit nak give up cari tempat intern.

Lots that I've learnt during my three months here. Made new friends, and it was a bit sad on my last day here, but I've managed to hold back tears haha.

I've promised someone that I'll write something about my internship journey here.
So, wait for it.

(9) Sports activities


I've participated in two major tournaments, one minor tournament and a few runs in 2016.

Represented KENMS in handball for KUSEF '16. We've managed to bring back bronze medal for our kulliyyah.

A few weeks later I represented my department, BECS in Econs Sportsfest. Played two sports; handball and tug-of-war. This is a picture of my teammates and I just right after we finished playing tug-of-war. Managed to get bronze for both sports.


Represented Mahallah Hafsah for ISC '16 in two sports, athletics and hockey. I didn't made it to the podium for athletics. Quite sad though. But I was more than happy when we've won silver in hockey. 

I'm planning on writing something about ISC. So hmm tunggulah lagi 2-3 bulan ka ahaha.

2016 also marked my first ever experience in rock climbing. Of course lah it was fun, but penat gila oi hahaha. Balik dari rock climbing tu terus sakit-sakit badan hahaha. Thanks to Nana sebab ajak join. Kalau tak, sampai bila-bila lah takkan pernah merasa apa tu rock climbing.

And here are some runs that I've paticipated this year. Tak banyak mana pun.

Ever Run 2016
Organized by: Convest '16

Groovy Run
Organized by: Aikol

Road to Green
Organized by: Engitex

(10) Shows


Show wedding Abg Amad

Show IMCW

Show wedding Ampang(?)

Show for IIUM Educare Convocation Ceremony

Paciak for 32nd IIUM Convocation

Wedding show in July

(11) I'm feeling 22~~~




Came back from an exhausting day on 17th November just to find out these sweet little surprises that my friends had made for me. Couldn't even thanked them enough.

Terharu beb :')

And I can say that Abang Harith's homecoming to Andeka was one of the best birthday gifts that I've ever received.

(12) End of Niche Gamelan course


I'm taking a two-years niche gamelan course since my second year in IIUM. After four kind-of-exhausting semesters, this course has came to the end.

Seronok laa sikit sebab dah tak payah kelam-kabut pi training room tapi sedih laa jugak since we've been together for four semesters.

Bye gais. It's my pleasure to meet all of you.


In short, 2016 is a year full of colours. I pray that I'll be more successful in 2017.
And I pray the same too for those who are reading this :)














I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...