Monday 23 January 2017

My Internship Diary: Week 1

This post will be about some of my journey masa awal-awal start intern haritu.

Last paper aku untuk sem ni pagi Isnin lepas, 6/6/16. Dahlah hari first puasa. Orang lain seronok-seronok puasa kat rumah, kita tengah kalut nak jawab exam lagi.

Okay takpalah. Lepas habis exam hari Isnin tu, esoknya aku dah start first day intern. Amboi tak sempat nak bernafas. Malam sebelum tu aku dah start dah cuak teruk. Macam-macam aku dok pikiaq sampai nak tidoq pun tak lena.


Alhamdulillah lepas macam-macam dugaan nak dapat tempat intern, akhirnya aku dapat jugak rezeki untuk intern dekat Dutch Lady Milk Industries Bhd, dekat Petaling Jaya.
Okay so here it goes.



Pagi-pagi pukul 5 dah bangun. Lepas makan sahur ala kadar dengan apa yang ada kat bilik, aku pun bersiap-siap. Pukul 6.10 aku dah keluar bilik, tunggu kat bus stop. Dalam pukul 6.30 macam tu, bas pun mai. Lepastu naik LRT sampai ke stesen universiti. Nasib baik masa turun tu, bas yang aku nak naik tu dah nak gerak. Aku sampai Dutch Lady pukul 7.55.

Pas pelawat

Lepas dah sampai tu, aku kena isi borang dan kena pakai pas pelawat. Disebabkan aku ni first day kat sini, aku still kena tunggu Kak Fiza (HR) mai ambik aku dari pondok pak guard tu. Kak Fiza bawak aku jumpa supervisor aku, Miss Tan Poh Lian. Dekat Dutch Lady ni, aku dapat Planning Department. Supervisor aku pun brief laa serba sikit jobscope department ni. Habis briefing, aku dibawak jumpa team planning. Ada 7 orang semua sekali, including sv aku, tapi sorang takdak buat sementara waktu sebab tengah ambik maternity leave.

Sempat pulak sembang dengan faiz kat sini haha. Tapi tempat kami lain-lain laa. Aku punya tempat kat level 2, dia punya tempat kat level 3.

Ni laa meja sementara aku. Aku duduk kat tempat Kak Mira ni dulu sementara dia tengah cuti.

Hmm untuk first day ni, tak banyak pun kerja yang aku kena buat. Banyak leisure time haha.

Dalam pukul 4 lebih tu, Natalie, salah sorang teammates planning, bawak aku pi kantin untuk ambik makanan berbukak. Haah kat sini dapat elaun makan, so jimat laa sikit duit aku hihi. Ingatkan kecik ja tempat ni, rupa-rupanya besar jugak.

Untuk first day, aku still rasa awkward nak pi sembang dengan yang lain-lain. Aku pun macam krik krik sikit laa kat situ. Tapi depa semua sebenarnya friendly ja. Lepastu sebab ni first day, aku macam blur lagi laa pasal timing bas rapid apa semua tu. Lepastu dahlaa masa pagi-pagi nak pi kerja tu, aku salah turun. Sepatutnya aku turun kat Jaya One, tapi aku terturun awal sikit. Akibatnya, ambik hang jauh jugak laa nak kena jalan sampai ke kilang tu. Ni laa padah tak belajar kat CFS PJ, tak berapa nak familiar dengan area ni hmm.

Aku sampai bilik pun lagi 4-5 minit sebelum berbukak. Uish penat jugak laa ulang-alik Pj-Gombak sobs rasa nak menangis pun ada. Malam tu mak aku call, sembang-sembang tanya pasal macam mana first day kerja, okey ka dak etc.



Hari kedua pun aku still kena pakai pas pelawat lagi. Harini ada safety induction dengan new joiners yang lain. Aku, Faiz, Wei Hon dengan En Tarmimi. Mula-mula ada briefing pasal safety, lepastu briefing pasal quality assurance (QA), lepastu Kak Fiza masuk untuk setelkan isi-isi borang segala bagai. Habis semua tu, Kak Fiza bawak kami untuk buat fingerprint scan untuk attendance, lepastu bawak pusing-pusing satu kilang.

Yayyyyy dah dapat staff punya card hehehehe.

Untuk hari kedua pun tak banyak kerja jugak. Aku just kena asingkan kertas-kertas mana yang boleh recycle, mana yang kena bubuh dalam shredder.


Ni haa bertimbun kertas aku nak kena asingkan.

Lepastu harini aku jumpa kawan intern baru, nama dia Mira. Dia intern untuk department QA.



Harini ada rezeki nak keluar uia awal sikit so pagi tu sempat laa nak tumpang Faiz pi tempat kerja. Dia kutip aku kat LRT Asia Jaya. Harini awal gila lah aku sampai hehe dalam pukul 7.30 macamtu.

Harini dapat belajar benda baru. Natalie ajar aku macam mana nak buat report open purchase order (PO) dengan open purchase requisition (PR). So setakat ni, tiap-tiap pagi, aku kena buat dua report ni lepastu emel kat the whole team.

Lepastu harini, aku kena buat filing untuk weekly production plan. Ada tiga production plan yang nak kena buat, powder, sterilized milk dengan chilled products. Lepas setel filing ni, kena label pulak file tu. Tapi aku sempat siap dua file ja.

Rasanya harini lah hari paling drama bagi aku. Dahlah pagi-pagi bangun dah azan. Duhh baru ramadhan keempat dah ada tragedi terlepas sahur sobs.

Lepastu masa aku nak balik tu, hujan lebat. Boleh pulak aku lupa nak bawak payung harini. Aku pun redah ja laa jalan kaki dalam hujan dari kilang sampai ke bus stop. Aku ada jugak buat muka kesian sepanjang berjalan tu, kot-kot laa ada yang kesian nak tumpangkan aku hmm tapi takdak siapa sudi hmm. Sampai kat bus stop tu, aku dah basah lencun. Kasut tak payah cerita laa, dah bertakung air kat dalam tu, sikit lagi nak ada ikan berenang dalam tu.

Harini jalan jem teruk. Selalunya naik bas nak pi LRT universiti tu ambik masa dalam setengah jam kalau time nak balik, tapi harini sampai sejam. Oi lamanya. Harini aku sampai bilik lambat gila. Pukul 8.25 baru sampai. Dah nak dekat isyak dah. Taktau laa nak menangis ka nak redha ka apa ka.



Yesss harini hari jumaat, last day untuk bekerja minggu ni yayyyyyy.

Harini tak banyak kerja pun. Mula-mula pagi tu aku buat report open PO dengan open PR, lepastu emel kat semua orang. Dah setel dengan dua-dua report ni, aku sambung kerja-kerja filing production plan yang tak habis semalam.

Labelling yang aku buat. STM stands for sterilized milk, POW for powder, CHP for chilled products.

Lepas dah siap filing dengan label, aku memang takdak kerja langsung haha. Lepastu aku pun belek-belek segala report yang ada dalam komputer ni. Hmm kemain parah jugak aku nak paham segala short form report-report semua tu haha.

Petang tu, Mira ajak aku pi ambik makanan berbukak. Aku pun ikutlaa dengan penuh kegembiraan sebab selalunya aku jalan sorang-sorang ja pi kantin tu.

Disebabkan aku dah fobia dengan jem semalam, harini aku try venture jalan baru nak balik uia. Instead of tunggu bas rapid kat depan Jaya One, lepastu naik sampai LRT universiti, aku try tunggu bas dekat bus stop tepi kilang tu. Bas tu bawak sampai LRT Asia Jaya. Rupa-rupanya laluan kat sini tak jem sangat petang-petang. Aku sampai bilik awal jugak laa harini, dalam pukul 6.30 macamtu. Ya Allah kalau aku tau, awal-awal lagi aku dah naik bas kat situ. Tobat takmau dah naik bas depan Jaya One tu hmm.

Haa tu lah diari intern aku untuk minggu first ni. Niat pada awalnya konon-konon nak buat weekly diary lah tapi hampeh ahaha baloq liat.

No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...