Monday 23 January 2017

My Internship Diary: Week 2



Baru masuk minggu kedua intern. Rasa macam dah lama pulak haha. Cerita minggu kedua ni lebih kurang ja dengan cerita minggu pertama.



Untuk hari ni, macam biasalah rutin harian aku pagi-pagi buat report open PO dengan open PR. Lepastu dalam pukul 12 lebih macam tu kot, ada 3 bungkusan atas meja aku. Mula-mula macam pelik jugaklah, apa benda tu. Takkan makanan untuk bukak puasa kot. Awal lagi.

Rupa-rupanya tu sample maltodextrin. Kisahnya, kalau ada sample sampai, mula-mula sample tu akan dihantar ke department planning dulu. Lepas tu, planner akan take note batch number sample tu. Lepas dah take note, sample tu akan pass pulak kat QC.

Macam bungkusan makanan bukak puasa pun ada jugak.

Lepas take note nombor batch semua sample, aku pun seronoklah sebab dapat keluar jalan-jalan haha sebabnya lab QC jauh sikit dari operation building tu. Dia dekat-dekat dengan kantin sikit.

Selain tu, aku kena hantar weekly production schedule dekat manufacturing manager untuk dia sign.
Haa tu ja kerja untuk harini.



Harini pun sama jugak rutin harian aku. Takdak apa yang lain pun.

Oh cumanya harini kena check open PO untuk 22 Jun. Sebabnya 22 Jun tu kan cuti umum sempena Nuzul Quran, jadi sepatutnya takdak incoming delivery haritu. Jadi kerja aku kena check kalau-kalau ada incoming delivery haritu, lepastu bagitau planner yang involve untuk dia reschedule balik delivery tu.



Harini pun macam biasa, setelkan rutin harian open PO dengan open PR hari-hari. Takdak tambah apa-apa benda baru lagi.




Lepas siap dua-dua report, Karina ajar aku buat satu report baru. Report untuk stocks per batch. Report ni untuk chilled products macam yogurt, drinking yogurt dengan pasteurised milk. Tujuan buat report ni kita nak tengok berapa banyak yang kita dah produce. Haa macam tu lah lebih kurang. Haha aku pun dah tak ingat sangat sebab dah berapa bulan habis intern lol.

Harini Miss Yee, ((yang duduk dekat meja hmm taktau nak describe sama ada tepi atau depan aku, complicated sikit)) ajar aku benda baru.
Miss Yee ajar check availability of raw material. Nak kena check raw material tu cukup ke tak untuk production haa lebih kurang macam tu laa. Kalau tak cukup, then kena alert kan planner mana yang terlibat cemtu.



Last day of the week yay!

Basically, harini pun rutin tak banyak berubah.

Setelkan open PO, open PR, stock per batch, lepastu check raw material.

And then, petang tu ada meeting antara planning department, plant dengan warehouse. Meeting ni cuma nak bentangkan balik revised production plan masa minggu raya nanti. Meeting pun sat ja, dalam setengah jam macamtu.

Balik meeting tu, tengok-tengok ada lagi sample sampai atas meja. Yay masa untuk jenjalan tawaf kilang hahaha. Lepas setel take note batch number sample tu, aku pun keluar laa nak pi hantar kat lab QC. On the way nak pi hantar tu, terserempak dengan Mira dengan Azraai baru balik dari ambik makanan bukak puasa.

Yesssss harini dapat makan nasi ayam penyet haha.

Haa tu ja untuk minggu ni.

Oh ya, untuk minggu ni aku patut berterima kasih dekat fariha sebab dia rajin tolong hantar aku pagi-pagi pi lrt naik motor hehe.

Kisahnya, bas paling awal masuk uia pukul 6.30 pagi, kadang-kadang ada laa lambat sikit dalam pukul 6.35 macam tu. Kalau naik bas, biasanya dalam 6.45 atau 6.50 baru sampai lrt. Lepastu macam rushing sikit laa sebab nanti terkejar-kejar nak sampai sana lepastu nak kena risau pasal sempat ke tak nak naik bas etc omg penatlah nak menggelabah hmm. Since fariha tengah buat part time kerja kat mahallah office sepanjang cuti ni, dia pun baik hati nak tolong hantar aku pagi-pagi sebab kesian hmm tapi lama-lama aku yang kesian kat fariha sebab dia takleh tidur balik lepas subuh lepastu kena mengadap angin pagi yang sejuk gilaaaaaaaaa hmm.
Kamsahamnida fariha :D




No comments:

I Miss My Bloggggggg

Annyeong yeorobunnnn~~~~ Wahhhh it's been a loooongggggggg time I haven't been here T.T I know I did promised myself to wri...